Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 13 Julai 2013

5 Langkah Pupuk Minda Terbuka



Bagi sesetengah orang,berfikiran terbuka atau open minded mudah dilakukan,tetapi majoritinya ada yang masih “berjuang” untuk melakukannya.Meletakkan usaha untuk  berfikiran terbuka dan menerima idea baru jika betul pendekatannya boleh membuahkan hasil di dalam bisnes dan kerjaya anda.Antara langkah yang boleh dipertimbangkan :

1)Lebihkan mendengar daripada bercakap.

Cubalah untuk memahami daripada selalu meminta pemahaman daripada orang lain.Setiap individu mempunyai fikiran yang berbeza.Jika idea yang diberi itu menarik anda pastinya boleh memikirkan bagaimana untuk menjayakan idea itu bersama orang yang memberi pandangan itu.

2.Elakkan daripada membuat keputusan terburu-buru.

Tindakan pertama ialah mendapatkan maklumat yang sebenar dahulu.Jangan mudah melenting dan membuat keputusan tanpa mendengar keputusan yang sebenar.

3.Berterima kasih kepada yang memberi pandangan.

Salah satu punca wujudnya tekanan di kalangan majikan dan pekerja ialah apabila tiada penghargaan yang diberi terhadap cadangan idea yang cemerlang.Apakah rakan sekerja atau “anak buah” anda akan menyuarakan lagi pemikiran kreatif mereka,jawapannya sudah pastilah “tidak”.

4.Galakkan untuk berterus-terang.

Berapa kali seseorang itu menyuarakan pandangan yang telus dan berterus-terang.Bagi rakan sekerja yang sering memberi pujian terhadap segala tindakan anda,adakah anda pasti ia pujian ikhlas?Jika anda boleh bersifat terbuka menerima kritikan dan pandangan yang jujur daripada seseorang itu secara positif,ini bermakna langkah  untuk berfikiran terbuka sudah pun ada di dalam diri anda.

5.Buru peluang baru.

Orang yang bersikap terbuka tidak mudah putus asa dan giat berusaha.Dia sentiasa peka dan berkemampuuan untuk mencari dan menemui idea serta pendekatan baru untuk dicuba.Adakah anda tahu berapa kali saintis Thomas Edison membuat percubaaan sebelum berjaya mencipta lampu mentol?Jawapannya 10 ribu kali.

Sumber: Majalah NUR Mac 2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...