Isnin, 20 Julai 2020

5 JENIS BENCANA KEWANGAN WANITA



 Langit tidak selalunya cerah,adakalanya mendung dan adakalanya hujan.

1.Kematian suami
Mati datang bila-bila masa tanpa mengira usia.

2. Penceraian
Tiada isteri yang mahu bercerai,selalunya itu jalan terakhir.

3. Masalah Kesihatan Suami
Ia datang tanpa diduga pada bila-bila masa.Apa akan berlaku sekiranya suami tidak mampu bekerja lagi kerana sakit teruk?

 

4.Tiada Sumber Pendapatan
Bagaimana mahu meneruskan kelangsungan hidup jika tiada sumber pendapatan?Segalanya perlukan duit.
Jika tidak bekerja di luar,jana pendapatan dari rumah di kala masih ada kesempatan.Manfaatkan teknologi ke arah kebaikan.

5.Tiada simpanan langsung
Lagi parah jika tiada kesedaran menyimpan.Jika ada simpanan,sekurang-kurangnya kita masih mampu berdiri dan tidak mengharapkan simpati dan ihsan orang di kala bencana datang melanda.



Tak kira apa status sekalipun,bekerja atau surirumah,isteri atau single,sediakan payung sebelum hujan semasa langit masih cerah kerana langit yang cerah boleh bertukar mendung dan hujan.

Jana pendapatan,buat simpanan  dan mula belajar melabur.

Langkah pertama ialah pelaburan pada diri sendiri,iaitu menuntut ilmu agar masa depan terjaga.

Tiada manusia yg lahirnya terus pandai.Seorang bayi akan belajar dan terus belajar tanpa putus asa.Dari belajar meniarap,merangkak,bertatih,jatuh berkali-kali kemudian bangun kembali dan akhirnya berlari.

Menulis untuk nota diri sendiri yang kadang-kadang lalai dan leka.

Kerana aku seorang wanita,isteri dan juga ibu.

Nur Balqis Qahira
20 Julai 2020


Mahu belajar tentang pelaburan saham Bursa Malaysia?
Jom kita sama-sama menuntut ilmu.
Tenaga pengajar tersebut juga adalah seorang wanita.
Semua boleh melabur sama ada surirumah bekerja atau sesiapa sahaja,asalkan berumur 18 tahun ke atas.Tak perlu berlatar belakangkan accounting,tetapi perlu RAJIN.

Klik SINI : BELAJAR SAHAM BURSA MALAYSIA


Mahu belajar menjana pendapatan melalui youtube :
Klik SINI : JOM JADI YOUTUBER




Isnin, 6 April 2020

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2 i-lestari KWSP


Teks : Nur Balqis Qahira






 Kerajaan telah mengumumkan bahawa akaun 2 KWSP dibenarkan utk pengeluaran sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh maksimum 12 bulan berikutan wabak virus COVID-19  yang melanda seluruh dunia.

Tujuannya adalah untuk meringankan beban dan menampung kos sara hidup bagi rakyat yang terjejas akibat penyebaran virus tersebut sekaligus membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan.


Pemohonan pengeluaran akaun 2 i-lestari ini boleh dilakukan  melalui 3 cara iaitu :

1.Melalui i-akaun
2.Melalui emel
3.Melalui pos

Dah daftar i-akaun?
Jika belum,anda boleh mendaftar i-akaun melalui emel.


Jom kita tengok tutorial pemohonan untuk pengeluaran melalui i-akaun.

1. Sila log masuk ke i-Akaun kwsp: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Pilih menu Withdrawal dan pilih New Application
3. Pilih i-lestari
4. Masukkan amaun (maksimum RM500) dan maklumat diri
5. Tekan submit.Siap.
6. Print (jika perlu)

Sangat mudah semudah membawang di hujung jari.Hehe
Jika anda tidak mendaftar i-akaun,ada 2 cara yang anda boleh guna iaitu sama ada melalui emel atau pos.



Link utk download borang pemohonan pengeluaran i-lestari:

2.Melalui Emel
Nak mohon melalui emel pun boleh.
Borang pemohonan pengeluaran i-Lestari boleh di hantar ke  ke ilestarimohon@epf.gov.my

3.Pemohonan i-lestari melalui pos
Sila hantarkan borang pemohonan pengeluaran ke alamat berikut :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya

Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Sangat mudah,kan.

Pilih salah satu cara di atas mengikut keselesaan anda.

Rujuk FAQ di bawah untuk penjelasan yang lebih lanjut.


Walaupun bekerja sendiri, jangan lupa untuk membuat caruman wang simpanan di KWSP.

BEKERJA SENDIRI JUGA BOLEH MENCARUM KWSP.


Jumaat, 1 Februari 2019

Rujukan Ujian Psikometrik SPA


http://jvsecurepay.com/affiliates/psikometrik/24829


Rujukan untuk Ujian Psikometrik. Ianya adalah rujukan umum, sesuai untuk semua jawatan yang ada ujian Psikometrik.

SPA dah jadikan ujian ini seolah-olah ujian wajib sebelum 
ke tapisan seterusnya.

Dalam kata lain, jika anda memang nak masuk ke 
kerjaya kerajaan, memang kena faham dan tahu bagaimana nak lulus tapisan ini.

STEP #1: 
Buat persediaan secukupnya. 
Tahu dan faham selok-belok
exam Psikometrik ni. Apa yang 
ditanya, apa yang diuji

STEP #2:
Doa dipermudahkan. Minta mak
ayah dan pasangan doakan juga
untuk kita berjaya

STEP #3:
Di hari peperiksaan, 30 minit
sebelum exam online Psikometrik
bermula, siap sedia di depan
komputer.

[masuk part 'bayangkan']

Sebelum mula exam Psikometrik..

"Pejam mata, bayangkan wajah
mak ayah, pasangan kita, bayangkan
masa depan yang cemerlang, 
yakin diri akan berjaya. 
Bayangkan mak ayah senyum,
pasangan gembira dan bangga"

----------

Haa. Macam ni baru ada harapan!
STEP #1 dan STEP #2 tak buat
terus masuk STEP #3, memang
tak menjadi lah.

Dah jadi macam Mat Jenin 
dai atas pokok kelapa. Berangan
lebih, tapi usaha tak ada.

Nampak tak?

Pastikan anda mula dengan 
STEP #1. Rujukan ini untuk
anda buat STEP #1 dengan 
teratur;


Alhamdulillah ramai yang berjaya dan menunggu 
sesi temuduga.


Calon perlu tahu beberapa perkara yang 
sepatutnya. Key paling penting adalah;

"Sembunyikan KELEMAHAN dan
tonjolkan KELEBIHAN"



http://jvsecurepay.com/affiliates/psikometrik/24829


Ini antara email yang kita dapat daripada
Cik Puan Nurul Naqibah;

///////////
"pertama kali,saya ingin berterima 
kasih kpd tim infokerjaya,kerana 
saya sudah lulus ujian psikometrik,
banyak panduan berguna yg diberikan...
Saya juga pertama kali mendapat 
panggilan untuk ujian berkenaan..
Seterusnya menunggu panggilan 
untuk temuduga."

- Nurul Naqibah
////////////

Tahniah untuk beliau. Kami nak lihat anda juga berjaya.

Ikut sahaja tip perkongsian yang kita dah susun dalam 
rujukan khas PSIKOMETRIK 
ni;Klik link rujukan di bawah.



Gembirakan mak ayah anda!

Kami doakan :)

Jumaat, 22 September 2017

Pengalaman Tersesat Sehingga Ke Singapore

Teks : Nur Balqis Qahira
Entri pengalaman

Baru-baru ini,kami sekeluarga ke rumah abang ipar di Masai,Johor.Keesokkan harinya,kami bercadang nak ke Zoo Johor dulu sebelum ke Legoland.Berpandukan waze,kami sekeluarga terlajak sehingga ke Singapore tanpa passport.

Yang peliknya,semasa di tempat pemeriksaan Imigresen Malaysia,kami tidak ditahan langsung.Jadi,kami pun terus je.


Saya sempat tanya kepada sekumpulan pegawai imigresen Malaysia yang sedang berjalan kaki macam mane nak U-turn ke Johor .

Salah seorang daripada mereka menjawab,"Terus je,lepas tu belok kanan."

Kami pun terus je sampai lah melalui jambatan.Sepanjang tempoh tersebut,takde signboard sempadan Johor-Singapore.


Kami ingat kami masih berada di Johor.Sampai di tempat pemeriksaan polis,saya tanya lagi.

Sini masih Johor ke Singapore?

Polis tu jawab Singapore .😱😱😱

Alamak,sudah!Terlajak sampai ke Singapore!

Saya cakap kami tersesat.Nak pergi Zoo Johor tapi tersesat sampai ke Singapore.Polis tu pun mintak IC.Kebetulan adik ipar saya tak  bawak IC.(eh,berani ko keluar tak bawak IC)

Dia suruh adik ipar saya tulis nama dan IC je.
Lepas tu kami kena mintak surat di pejabat Imigresen Singapore untuk U-turn ke Johor.Surat tu perlu diserahkan kepada pihak imigresen Malaysia(Johor).

Polis Singapore tu cakap memang ramai orang Malaysia tersesat sehingga ke Singapore.

Lama jugak lah tunggu urusan selesai.Hampir 2 jam sebab orang ramai.Tengahari pulak tu,nak makan kat Singapore,duit Singapore takde 😂.

Nasib baik anak kecik tak banyak ragam.

Setelah selesai urusan di pejabat imigresen Singapore,polis Singapore escort kami untuk U-turn ke Johor.

Saya tengok bukan kami je yang terlajak sampai ke Singapore tetapi ada 3 kumpulan termasuk kami.

Sepanjang berurusan dengan mereka,saya respect cara layanan yang baik daripada polis dan imegresen Singapore.Thank you Singaporean.

Bila dah sesat,kami tak jadi pergi Zoo Johor dan Legoland.

Kami pergi Giant,Plentong je.

*Sempat jugak aku menjejakkan kaki ke Singapore tanpa passport 😁

~Nur Balqis Qahira~

Selasa, 12 September 2017

Komisen 21 Hari Bulan Masuk Awal 10 Hari

Teks & foto : Nur Balqis Qahira

Bergembiralah pengguna Simkad Toneexcel sebab komisen dah masuk ke Akaun bank masing-masing semalam.

Janji setiap 21 hari bulan tetapi selalu sangat masuk awal.

Kali ni awal 10 hari. 



Anda yang masih tercari-cari peluang menjana pendapatan secara part time atau full time dari rumah,hentikan pencarian anda.











Sabtu, 2 September 2017

Senarai Semak Sebelum Exam Online Separa Perubatan

Anda yang terlibat dalam exam online separa perubatan perlu membuat persediaan sebaik mungkin.

Ada ramai calon yang akan menduduki exam online.

Anda akan bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Susah tu,sebab ada KUOTA had yang telah ditetapkan.

Separa Perubatan,Senarai Semak Exam Online Separa Perubatan,Tip Exam Online Separa Perubatan,Panduan Peperiksaan Online Separa Perubatan,Contoh soalan Peperiksaan Separate Perubatan


Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah :

1.Dapatkan ebook Exam Online Separa Perubatan.

Dapatkan di : KLIK SINI






Ambil masa untuk membaca nota dan contoh soalan tersebut.

2.Pastikan komputer terbaik untuk menduduki peperiksaan.

Pastikan line kuat dan tidak loading dengan perlahan.Pada hari exam nanti,ramai yang akan buka laman exam,jadi elakkan membuka multiple browser untuk mengelakkan komputer "hang" & "jammed" ataupun lambat loading.Kami cadangkan buka laman exam sahaja untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.


Elakkan menjawab menggunakan smartphone untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh mengganggu proses menjawab soalan.


Saya cadangkan anda menjawab soalan di cyber cafe jika di rumah anda tidak menggunakan streaymx atau broadband.




3.Buka laman peperiksaan sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal untuk mengelakkan laman menjadi sesak.


4.Log masuk mengikut nama & kata laluan di laman peperiksaan.


5.Jawab soalan dengan teliti dan tenang.Jawab soalan yang senang terlebih dahulu.


6.Sediakan kertas kosong untuk mencatat sekiranya perlu.


Username,password dan link peperiksaan.

1.Username ialah nombor Mykad anda.

2.Password (Kata laluan) ialah angka giliran peperiksaan anda.

3.Link akses boleh didapati pada surat panggilan atau emel anda.


Semak maklumat anda di :
[+] http://e-semakanbcc.spa.gov.my


Semak lebih awal sebagai persediaan untuk mengelakkan kesesakan server di saat akhir.


Terus dapatkan ebook Exam Online Separa Perubatan di :

[+] KLIK SINI


Download PREVIEW COPY di SINI



Sabtu, 15 Julai 2017

Resipi Ayam Pansuh Versi Moden

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Lama tak update blog.Ada je ni,sejak pindah rumah ni jarang sangat update blog sebab kat rumah saya takleh pasang streamyx.Tak boleh la nak layan laptop ,guna smartphone je untuk buat kerja online.

Kuota dah penuh.Ramai sangat orang kat kawasan ni pakai streamyx so terpaksalah diri ini mengalah dan mengundur diri.Huhu


Beberapa hari sebelum raya,suami saya dan kengkawan dia plan nak buat ayam pansuh untuk menu berbuka.

Awal-awal lagi dah standby buluh.Tak lain tak bukan saya la yang jadi tulang belakang untuk projek dorang tuh.

Seingat saya,sekali je saya pernah makan ayam pansuh ni,masa kecik-kecik dulu.Ayah saya pernah buat semasa saya berumur dalam 6 tahun.

Ramuan dia pun saya tak pasti.Untuk menjayakan projek ayam pansuh dorang tuh,saya pun search resipi dia dan saya try resipi ni.

Ni resipi moden ya,bukan resipi original zaman feudal.Yelah,zaman dulu mana ada bawang semua tu kan.


Ok,firstly,korang kena sediakan buluh lemang.Ni husband saya guna buluh besar pulak.Haha



Cuci bahagian luar dan dalam bersih-bersih.
Jangan ketuk ya,nanti bocor pulak.

Bahan-bahan :

1. Seekor ayam (potong dadu kecik-kecik)

2. 5 Ulas Bawang Putih

3. 2 Ulas Bawang Besar

4. 2cm Halia

5. 1cm Kunyit

6. Daun Kunyit 1 helai besar(hiris halus )

7. Serai 2 batang (titik)

8. Daun ubi kayu

9. Air

10. Garam.Saya guna Perencah Maggi Cukup Rasa.Lagi umpphhh.Versi moden.

11.Cili merah (optional).

12.Serbuk bawang goreng (optional)





Cara membuat :

1.Tumbuk bawang putih,kunyit,halia dan sebiji bawang besar.Sebiji lagi hiris cecantik.
Jangan blend,nanti hancur sangat,tak cantik.

2.Titik serai tersebut.

3.Hiris daun kunyit.

4.Koyakkan daun ubi.

5. Gaulkan semua bahan tersebut dengan ayam.

6.Masukkan perencah Maggi Cukup Rasa dan gaulkan.




                                                         
Perap selama setengah jam.

Kemudian,masukkan ke dalam buluh dalam ukuran 3/4.

Tambahkan air sehingga sama paras dengan ayam.

Sumbat daun ubi ke dalam buluh untuk menutup buluh tersebut.


Kemudian,bakar macam bakar lemang.Guna bara api.

Bila air dah mendidih keluar dari bahagian atas buluh tu,maknanya dah masak.


Tadaa..



Saya suka masakan yang pedas,so saya tambah cili.

Last sekali,taburkan serbuk bawang goreng.

Makan dengan nasi panas-panas.Tak pandang belakang dah,haha.


Menarik(klik) :
*Formula Rezeki Melimpah-Ruah
*Panduan Letupkan Jualan Di Instagram
*Ketahui Teknik Superstar Berniaga Di Fanpage



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...