Bismillah
Lazimnya,semua wanita ingin kelihatan muda dari usia
sebenar.Tetapi, mungkin ramai yang masih tercari-cari cara untuk kekal aktif
dan awet muda.Tambahan pula,kehidupan kita tidak lari dari stress. Stress yang tidak
diurus dengan betul boleh menyebabkan wajah sentiasa berkerut dan menghilangkan
seri wajah anda.Mari kita amalkan tips-tips berikut untuk mengekalkan
kecantikan dan kelihatan awet muda.
1.Pengambilan makanan seimbang
Makanan seimbang amat penting dalam kehidupan kita untuk
mengelakkan sebarang penyakit dan berat badan berlebihan.Mereka yang kelihatan
awet muda memang mengambil berat tentang amalan pemakanan mereka. Makanan yang
diambil mestilah mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh
tubuh badan kita.
2.Tidur yang cukup
Mereka yang awet muda kebanyakannya mempunyai waktu tidur
yang mencukupi. Waktu tidur yang cukup dan berkualiti boleh mempengaruhi tahap
kesihatan anda. Tidurlah antara 6 - 8 jam untuk memastikan badan anda kekal
sihat dan cergas.Orang yang kurang tidur akan sering keletihan dan tidak focus kepada
urusan seharian.Bahagian kelopak mata juga akan kelihatan sembab dan ia
menyebabkan wajah kelihatan lebih tua dari usia sebenar.Jadi,pastikan anda
mempunyai waktu tidur yang cukup dan berkualiti.
3.Bersenam
Jangan malas untuk melakukan senaman kerana senaman juga
sangat penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Anda boleh melakukan senaman
sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.Senaman yang paling mudah dilakukan
ialah berjogging,berjalan kaki dan bersukan.
4.Minum air secukupnya
Tubuh kita mengandungi 70% air.Air sangat penting untuk
memastikan organ tubuh kita boleh berfungsi di tahap optimum. Air boleh
membantu melembapkan kulit dan melancarkan peredaran darah. Minumlah
sekurang-kurangnya 2L air kosong setiap
hari.Kekurangan air dalam badan boleh menjejaskan kesihatan.Wajah juga akan
kurang berseri dan menyebabkan kekeringan pada bibir.
5.Senyum dan ketawa
Senyum dan ketawalah.Ketawa amat membantu anda
menghilangkan stress.Jika anda asyik berada dalam keadaan yang tegang tanpa
senyum dan ketawa,wajah anda akan lebih cepat kelihatan tua dari usia sebenar.Garis-garis
kedutan akan terbentuk di wajah anda.Luangkan masa untuk menonton video atau
filem jenaka yang membuatkan anda tidak kering gusi atau bergurau senda dengan
sahabat ataupun keluarga anda.
6.Berfikiran positif
Orang yang selalu berfikiran positif dan bersifat terbuka dapat mengelakkan diri dari tekanan. Anda boleh membaca buku-buku motivasi untuk membantu anda kekal positif dan gembira. Fikirlah secara positif dan perkara-perkara yang positif akan turut berlaku dalam kehidupan anda.
7.Mengambil makanan tambahan yang betul
Pengambilan makanan tambahan juga amat penting untuk
meningkatkan seri wajah dan kesihatan anda.Antaranya ialah jus BIDADARI.Jus ini
dikomposisikan daripada kurma,manjakani,akar serapat,sari bunga,kacip Fatimah,serai,sirih
dan herba-herba lain.Jus ini berfungsi untuk menaikkan seri wajah,mengurangkan
bau mulut dan bau badan,meningkatkan kesihatan terutamanya kesihatan dalaman
seperti keputihan,senggugut,kitaran haid yang tidak teratur,masalah kesuburan
dan pelbagai masalah dalaman wanita.Untuk mendapatkan jus Bidadari ini,sila klik : DE QAHIRA FORMULA SIHAT DAN CANTIK
Tips sihat dan cantik ini adalah sebahagian aktiviti
mudah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.In shaa Allah sedikit
sebanyak saya pasti tips ini boleh membantu anda untuk terus kekal sihat dan
cantik.
Selesaikan masalah kesihatan dan kecantikan anda,sila klik : DE QAHIRA FORMULA SIHAT DAN CANTIK
GIGI KUNING?NAK SENYUM TAPI MALU?HILANG KEYAKINAN DIRI?
TERCARI-CARI CARA PUTIHKAN GIGI?KLIK SINI
GIGI KUNING?NAK SENYUM TAPI MALU?HILANG KEYAKINAN DIRI?
TERCARI-CARI CARA PUTIHKAN GIGI?KLIK SINI
Selamat menjalani kehidupan yang sihat dan ceria.
.......................................................................................................................................................
PENDAFTARAN KELAS ONLINE ASAS BLOG BISNES & PENULISAN MASIH BERLANGSUNG!INI ANDA BOLEH BELAJAR MENGIKUT KESELESAAN ANDA DI RUMAH SENDIRI!MASA BELAJAR ADALAH FLEKSIBEL!IKUT MASA ANDA SENDIRI!
MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI!
.......................................................................................................................................................
PENDAFTARAN KELAS ONLINE ASAS BLOG BISNES & PENULISAN MASIH BERLANGSUNG!INI ANDA BOLEH BELAJAR MENGIKUT KESELESAAN ANDA DI RUMAH SENDIRI!MASA BELAJAR ADALAH FLEKSIBEL!IKUT MASA ANDA SENDIRI!
MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan