Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 26 Oktober 2013

Bekerja Dari Rumah



Memegang status bekerja dari rumah mungkin menjadi impian ramai orang.Tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita,sudah ramai yang sukses.Jika anda ingin memulakan usaha bekerja dari rumah,anda boleh memilih jenis pekerjaan(kerjaya)atau memulakan bisnes berskala kecil.
Bagi yang ingin memulakan bisnes dari rumah atau mahu bekerja dari rumah,ebook di bawah sangat bersesuaian dengan anda.Ebook yang mengandungi semua maklumat dan panduan bekerja dari rumah.

PAKEJ WAHM SOHO BEKERJA DARI RUMAH

Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah. Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.

Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.

1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah

Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut.

2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang Jujur

Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.

3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan Sendiri

Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan. Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.

4. Panduan Rutin Harian

Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka. Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi memudahkan kerja rumah.

5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan

Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan 'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi, anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan dan sebagainya jika mampu.

6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan

Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial juga!

7. Motivasi Ibu Hebat!

Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling. Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita. Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal, tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk kita.

8. Rawat Dan Rehat

Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha

9. Cari Ilmu Baru

Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial, jumpa kenalan baru.

10. Bina Rangkaian

Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM Community), kumpulan ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika ada masa boleh sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain.

Hanya dengan membaca 1 ebook, ibu dapat mengutip pengalaman usahawan hebat yang bermula dari rumah. Ada di kalangan mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana mereka mulakan? Dari mana mereka mendapat idea memulakannya? Apakah formula yang menjadikan mereka kental dan bertahan? Semuanya ada di dalam ebook ini.


 "Perlu Matlamat Jelas Bekerja Dari Rumah"
 Sumber: Ebook super wahm super mom

Cabaran paling besar adalah diri sendiri
>>Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan
>>Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
>>Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di awal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa
baca lebih lanjut dalam ebook super wahm super mom


DAPATKAN EBOOK SUPER MOM,SUPER WAHM INI SEKARANG!

RM25 SAHAJA!

SILA KLIK BUTANG TEMPAHAN DI BAWAH UNTUK PENGHANTARAN SEGERA!




Pakej asas mula berkerja dari rumah merupakan pakej asas bacaan awal untuk bermula.

Pakej Ebook (Kursus Asas Blog,Super Wahm Super Mom dan Panduan Mula Bisnek Butik Online/Offline) 
RM110 sahaja






Pakej Ebook Belajar Asas Blog,Panduan Mula Bisnes Butik Offline/Online dan 101 Idea Home-Based Bisnes
Harga RM150
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!


P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.
.........................

 Iklankan produk / servis anda : SOHO DIRECTORY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...