Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 15 Jun 2015

Resipi Ikan Kerapu Stim Mudah dan Sedap

Teks & foto: Nur Balqis Qahira



Assalamualaikum,
Asyik entri berat je kan.
Entri kali ini saya nak kongsikan satu resipi ikan kerapu stim yang mudah dan yang penting sedap.
1)Seekor ikan kerapu (Saya guna 2 ketul kepala ikan kerapu).
2)3 ulas bawang putih(ditumbuk)
3)3 ulas bawang merah(ditumbuk)
4)2 batang serai(diketuk)
5)Seulas bawang besar(hiris bulat)
6)10 tangkai cili padi(hiris)
7)Daun bawang(hiris)
8)Seinci halia(hiris)
9)3 biji limau kasturi(perah dan hiris kulitnya)
10)Sesudu besar sos tiram
11)Sesudu gula
12)Sedikit garam
13)1/2 cawan air
14)Bawang goreng
Cara-caranya:
1.Lumurkan garam pada ikan yang telah dibersihkan.
2.Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
3.Kemudian lumurkan pada ikan tersebut.
4.Ketuk serai dan selitkan di dalam ikan.
5.Masukkan ikan di dalam Loyang.Saya guna periuk elektrik yang ada alat stim khas.
6.Stim lebih kurang dalam 15-20 minit.
7.Sementara itu,perah limau kasturi dan asingkan jusnya dalam mangkuk.
8.Kulit limau tersebut jangan dibuang.Hiris halus-halus.
9.Selepas 15-20 minit,taburkan hirisan halia,bawang besar dan cili padi.Kemudian,tunggu dalam 5 minit
10.Campurkan sos tiram,air,gula dan jus limau kasturi dalam satu mangkuk.
11.Selepas itu,curahkan campurkan tersebut di atas ikan.
12.Taburkan daun bawang,hirisan kulit limau,bawang goreng  dan angkat.
13.Ikan kerapu siap untuk dihidangkan.




Sedap dan ringkas.

Qaleesya dan baby Taufik pun suka(Saya campurkan bubur nasi dengan isi ikan kerapu stim untuk baby Taufik).

Bahan-bahan pun senang dicari.

Selamat Mencuba☺


Nur Balqis Qahira
nurbalqisqahira.blogspot.com




P/s: Jom buat DUIT dengan HANDPHONE anda
SMS/WhatsApp/Telegram : 010-7790237

_______________________________________________


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...