Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Khamis, 13 November 2014

Pangkal Rahim Pendek Ketika Hamil ;Pengalaman 56 Hari Di Wad


   
Teks:Nur Balqis Qahira
Pangkal Rahim Pendek Ketika Hamil
13/11/2014

        Dah lama tak update entri baru di blog ni.Hari ni kandungan baru berusia 35 minggu 1 hari. Target kali ini mahu melahirkan bayi cukup bulan at least 36 minggu atau 37 minggu.Sebelum ini,saya pernah melahirkan anak sulung (pramatang 33 minggu,sekarang dia sudah berusia 3 tahun).Sejak "berkampung" di wad selama 56 hari,saya langsung tak sentuh laptop.Online busssiness hanya beroperasi dari wad dan menggunakan smartphone sahaja sebagai pengganti laptop.Walaupun tidak mempromosi sebarang produk fizikal & digital ketika di wad,namun saya tetap masih menerima tempahan daripada customer.Saya juga tidak perlu keluar untuk mengepos tempahan pelanggan kerana urusan pembungkusan dan penghantaran dilakukan oleh rakan niaga sepanjang saya berada di wad.Majoriti customer saya yang order STOKIN AJAIB dan lain-lain daripada kedai online 24 jam(blog).Semestinya kalian tahu BLOG memang sangat berkesan dalam pemasaran online selain facebook.

Gambar:Koleksi Peribadi

Credit gambar : Baby Center

     Saya  kongsikan  pengalaman sepanjang mengandung kali kedua dan berkampung di wad selama 56 hari.Pada 11/09/2014,saya pergi ke klinik pakar di HPD kerana ada appointment untuk scan  fetus(baby dalam kandungan) dan pangkal rahim(serviks).Ketika itu,kandungan baru mencecah 26 minggu 1 hari.Berdasarkan pengalaman saya sepanjang di wad,apabila sebut tentang pangkal rahim ramai juga ibu yang tidak tahu apa itu pangkal rahim.Pangkal rahim adalah hujung rahim atau nama saintifiknya dikenali serviks(rujuk gambar di atas).

     Selepas doktor selesai scan pangkal rahim,beliau memberitahu saya bahawa saya perlu admit wad.Beliau juga memaklumkan kepada saya bahawa pangkal rahim saya pendek iaitu hanya 2.3 cm.Risiko melahirkan bayi pramatang pada ketika itu sangat tinggi iaitu sekitar 70%.Inilah kali pertama berpisah dengan Qaleesya sepanjang berada di wad.

    Kira-kira pukul 7:30 pm,saya dibawa ke bilik bersalin(labour room) untuk menjalani cerebral protection selama 24 jam.Ubat untuk mematangkan saraf tunjang dan otak janin dimasukkan ke dalam badan saya selama 24 jam.Saya juga membuang air kecil menggunakan tiub.Sepanjang 24 jam menjalani cerebral protection,mata asyik melihat jam dan berharap masa berlalu dengan cepat kerana tidak tahan menahan rasa sakit ketika ubat dimasukkan ke badan saya.Rasa panas dan sakit akibat ubat tersebut menyebabkan saya seperti mahu keluar dari bilik tersebut.

    Suntikan dexamethasone yang berfungsi untuk mematangkan paru-paru janin juga perlu saya terima di kedua-dua belah punggung.Aduh,sakitnya!(sakit yang teramat tau,siapa yang pernah dapat suntikan dexa sahaja yang tahu bagaimana rasa sakitnya).


Gambar:Koleksi Peribadi

     Tujuan cerebral protection tersebut adalah untuk persiapan  dan usaha mematangkan saraf tunjang,otak dan paru-paru janin memandangkan kandungan saya ketika itu baru 26 minggu.

     Setelah selesai menjalani cerebral protection selama 24 jam,saya dimasukkan ke wad ibu mengandung dan bersalin.Doktor menasihati saya supaya fully bedrest di wad.Hari kedua saya berada di wad,saya merasakan seolah-olah janin dalam perut seakan-akan mahu keluar ketika berdiri dan berjalan ke tandas.Selama 2 minggu saya menggunakan wheel chair untuk ke tandas.Saya juga mengambil inisiatif sendiri dengan mandi di atas kerusi.

     Scan pada 17/09/14,panjang pangkal rahim ialah 2.1 cm.Manakala,scan pada 24/11/2014 pula pangkal rahim semakin memendek iaitu hanya 1.1 cm. Ketika usia kandungan mencecah 30 minggu,saya diberi suntikan dexamethasone lagi untuk mematangkan paru-paru janin kerana risiko bersalin pramatang bertambah tinggi ekoran daripada panjang rahim hanya 1.1 cm.Semakin besar perut,semakin pendek pangkal rahim.Doktor juga memberikan ubat uterogestan yang dimasukkan melalui vagina sampai ke pangkal rahim untuk menguatkan rahim.Setiap malam sebelum tidur,saya perlu memasukkan 2 biji(200mg) ubat tersebut sampai kandungan mencecah 36 minggu.


Uterogestan berfungsi untuk menguatkan rahim

   Ketika kandungan berusia 28 minggu,keadaan janin berada dalam posisi breech (songsang).Kepala di atas,punggung di bawah.Scan pada usia kandungan 30 minggu,ia berada dalam posisi melintang.Doktor memaklumkan bahawa ia akan berhenti berpusing sehingga usia kandungan berusia 36 minggu.Scan pada usia kandungan 32 minggu,ia sudah memusingkan kepalanya ke posisi yang betul iaitu berada di bawah.Panjang pangkal rahim masih 1.1 cm.Panjang pangkal rahim ketika kandungan berusia 34 minggu,pangkal rahim semakin memendek iaitu hanya 6mm.Tak sampai 1 cm.Risiko bersalin pada bila-bila masa.Walaupun begitu,doktor membenarkan saya balik pada usia kandungan ke-34 minggu.Jumlah suntikan dexamethasone(untuk mematangkan paru-paru janin) yang saya terima sepanjang berada di wad ialah 8 kali.


   Selama 56 hari di wad,pelbagai pengalaman yang saya lalui dan pelajari.Sempat pulak jadi pakar breastfeeding selepas mendengar bayi baru lahir yang sentiasa menangis kerana tidak mendapat susu yang mencukupi.Saya menghampiri seorang ibu yang sedang mendukung bayinya yang sedang menangis dengan kuat dan bertanya''Kak,kenapa dia asyik menangis tak henti-henti?''
Si ibu menjawab sambil menangis"Air susu kurang.Baby tak cukup susu"

   Berdasarkan pengalaman saya menjaga bayi pramatang selama 3 minggu di hospital 3 tahun yang lalu,saya berkongsi tip-tip untuk merangsang penghasilan serta memperbanyakkan susu ibu kepada ibu tersebut.Selepas bersalin,urut payudara dari bawah ketiak,minum air suam,mandi air suam,makan nasi panas,makan dengan kerap,berfikiran positif,elakkan stress dan mengepam susu.Insya Allah,susu akan terhasil dengan banyak.Jika mengalami masalah bengkak susu,letakkan sayur kobis segar ke payudara sehingga layu.Ada lagi tips untuk memperbanyakkan susu ibu?Jom kongsikan di ruangan komen di bawah.

   Selama ini,saya tidak tahu bahawa wanita yang melahirkan anak secara normal juga perlu suntikan ubat yang berfungsi untuk mencairkan darah selain daripada wanita yang bersalin secara caesaran.Ia perlu dilakukan selama 7 hari berturut-turut dari hari pertama selepas melahirkan anak.Namun begitu,tidak semua wanita bersalin yang perlu suntikan ubat untuk mencairkan darah tersebut.Hanya wanita yang mempunyai bacaan BMI 30 dan ke atas.Pendek kata,wanita yang mempunyai berat badan berlebihan.

Jom kira BMI(Body Mass Index) melalui formula di bawah.

        Berat(kg)
    ______________= BMI

      Tinggi x tinggi(dalam meter)

Contoh : 57kg
              _______
                
             1.58mx1.58m

             =23.1

Huh,selamat,tak perlu suntik ubat untuk mencairkan darah .hehe

      Berat badan ideal ialah BMI sekitar 18 sehingga 23.Bagi yang kurang dari 18 tu,tergolong dalam golongan yang kurang berat badan.Manakala 24 ke atas berada dalam golongan yang mempunyai berat badan berlebihan.

   Bagi yang mempunyai BMI 30 dan ke atas tu memang wajib suntik ubat untuk mencairkan darah selepas bersalin selama 7 hari berturut-turut.

     Satu benda yang semua orang guna tak kira semasa sihat atau sakit ialah handphone.Handphone menjadi benda wajib dan alat komunikasi yang senang di bawa kemana-mana sahaja.Sepanjang berada di wad,tak pernah lagi saya jumpa orang yang tidak menggunakan handphone malah ada juga yang asyik menghadap handphone sambil menunggu saat bersalin.Sayangnya,mereka hanya menghabiskan duit untuk topup dan langsung tidak mendapat apa-apa pulangan.Di sini,saya nak berkongsi RAHSIA MENJADIKAN HANDPHONE SEBAGAI ASET PENJANA PENDAPATAN,BUKAN TANGGUNGAN. KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

   Tak sampai 24 jam saya discharge selepas berkampung di wad selama 56 hari,Qaleesya pulak admit wad selama 2 hari sebab batuk yang menyebabkan dia tak boleh tidur sepanjang malam.Saya gagahkan diri untuk menjaga Qaleesya di wad walaupun pergerakan saya agak terbatas kerana tidak boleh berjalan dengan cepat dan berdiri lama ekoran daripada masalah pangkal rahim yang semakin memendek.Tambahan pula,waktu bersalin boleh tiba pada bila-bila masa sahaja.Hanya menunggu tanda-tanda kelahiran.


-------------------------------------------------------------------------------------------------



_______________________________________________________________

___________________________________________________
____________________________________________________________________



Dapatkan Ebook Panduan Lengkap Berpantang 44 Hari Tradisional & Moden

Hanya RM30 sahaja

1 ulasan:

  1. Blog Nur Balqis Qahira: Pangkal Rahim Pendek Ketika Hamil ;Pengalaman 56 Hari Di Wad >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Blog Nur Balqis Qahira: Pangkal Rahim Pendek Ketika Hamil ;Pengalaman 56 Hari Di Wad >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Blog Nur Balqis Qahira: Pangkal Rahim Pendek Ketika Hamil ;Pengalaman 56 Hari Di Wad >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...