Teks : Nur Balqis Qahira
Foto: Google
Realiti Bekerja Dari Rumah
Working At Home Mom(WAHM)

Letih tak terkira.Nak "cuti & rehat" sayang pulak dengan masa yang berharga ni.Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Bekerja dari rumah sambil menggalas tanggungjawab sebagai pengurus rumah tangga bukan semua wanita boleh melakukannya.Kadang-kadang tiada masa untuk diri sendiri.Tak cukup tidur itu sudah biasa.Tapi puas apabila si cilik sentiasa berada di depan mata.Menjana pendapatan dari rumah sambil mengurus dan menjaga orang tersayang.
Inilah realiti seorang WAHM.Letih,penat tetapi hati puas sebab dapat menjaga anak sendiri di samping menjana pendapatan hanya dari rumah.
WAHM tetap pilihan hati.Suri rumah sepenuh masa vs suri sumah bekerja dari rumah itu berbeza ok..
Walaubagaimanapun,saya sudah tidak ada hati untuk mencari pekerjaan di luar rumah.Selesa bekerja dari rumah sendiri dan mempunyai SOHO(Small Office Home Office) yang hanya beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.
Ada tak ibu-ibu yang mengalami masalah seperti di atas?Atau ada tak yang mahu tahu lebih lanjut cara mengatasi masalah di atas?
Penyelesaiannya ada dalam Ebook Super Wahm,Super Mom(Urus Masa,Urus Karier,Urus Tenaga,Urus Rumah Tangga)
10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM
Super Mom.
1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah
Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook
ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah.
Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar
sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan
bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang
ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut.
2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang
Jujur
Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati
ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan
pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang
ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya
adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.
3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan
Sendiri
Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu
yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan.
Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa
yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan
modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.
4. Panduan Rutin Harian
Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti
bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan
tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh
anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu
yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka.
Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik
dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi
memudahkan kerja rumah.
5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan
Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang
tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku
apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan
'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi,
anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot
yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat
kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan
kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk
melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan
dan sebagainya jika mampu.
6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan
Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu
suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang
masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di
waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan
badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin
harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya
ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan
anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk
aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial
juga!
7. Motivasi Ibu Hebat!
Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan
sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling.
Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita.
Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal,
tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca
Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari
seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk
kita.
8. Rawat Dan Rehat
Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan
dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu
sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun
tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha
9. Cari Ilmu Baru
Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau
juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus
atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial,
jumpa kenalan baru.
10. Bina Rangkaian
Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di
facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM
Community), kumpulan ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang
berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika ada masa boleh
sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain.
Isi Kandungan
Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja2.4
Puan M berkongsi dilema
Bab 3: Kisah
Inspirasi Wahm Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6 Faziatun Nisa
Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri
3.8 Hani
Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda
Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry
Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.4 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.5 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.6 Norain Kanafi
Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2 Ibu super
sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga 5.3 Sibuk yang fleksibel
Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat
Bab 7: Tips urus
rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan
Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman
Ebook Super WAHM,Super MOM,Hanya RM25 sahaja.
Sila klik butang di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan