Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Rabu, 15 Januari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog

Sedikit perkongsian daripada peserta kelas asas blog bisnes online.

Teks: Kizeewatty Zainal
Sumber Teks:http://kizeewattyzainal.blogspot.com/

Apa yang saya dapat dengan berblogging?

Inilah soalan saya semasa terdetik di hati untuk memasarkan perniagaan
vitamin dan makanan tambahan di internet. Bagi saya blog memerlukan
masa yang lebih untuk mempromosikan sesuatu barang berbanding
Facebook. Tapi sebenarnya landasan dan trafik pembaca di dunia
blog amat luas berbanding Facebook, Di mana kita akan di ‘link’ ke blog-blog
yang lain dan jumlah pembaca kita akan bertambah, sekaligus menaikkan
peluang perniagaan kita.

Saya mulakan penulisan saya dalam keadaan santai kerana kelas ini tidak
mempunyai had masa yang ditetapkan. Terpulang pada masa terluang kita
untuk membina blog masing-masing  Arahan yang jelas diberikan mentor
kami setiap kali tugasan yang diberikan. Bagi yang kurang faham dan arif
dengan dunia alam maya ini kita digalakkan bertanya sehingga kita
betul-betul paham. Jangan malu dan segan kerana tiap soalan kita
dapat membantu rakan-rakan yang lain.

Pengalaman saya selaku orang yang buta IT, pada mulanya saya masih
tidak memahami sebahagian tugasan dan cara melayari dunia blog
walaupun telah diterangkan satu persatu. Saya ambil inisiatif lain,
hendak seribu daya kan. Saya mula belajar dengan kawan di pejabat
selepas waktu bekerja. Akhirnya dengan mudah saya dapat memahami
konsep blog ini. Blog saya juga selalu dipantau oleh mentor dan banyak
nasihat-nasihat berguna diberikan untuk menjadikan blog ini lebih tampak
professional di mata pembaca.

Saya diajar dari seseorang yang tidak tahu apa-apa hingga kepada terbinanya
satu blog yang boleh saya bawa lebih jauh lagi. Saya juga diajar cara-cara
membina penjenamaan nama kita di ruang IT, membina url blog, membina
kategori berdasarkan pengalaman dan apa yang ingin dikongsikan.

Paling penting niat kita berblogging ini kerana Allah s.w.t, untuk membantu
lebih ramai pembaca mencapai impian menjana pendapatan dengan bekerja
dari rumah. Melalui kelas blog ini, kawan-kawan baru saya semakin ramai
dan setiap daripada mereka mempunyai hobi, bakat dan pengalaman berbeza.
Mereka sentiasa memberi impak positif dalam hidup saya dan bermulalah
perkongsian ilmu antara kami. Mereka merupakan guru dan kawan yang banyak
membantu dan mendorong saya.

Sekaligus menjadi tanggungjawab kita pula untuk membantu dan memberi
yang terbaik pada orang lain pula. Dan begitulah kitaran ilmu dan kebaikan
yang akan disampaikan ke kepada masyarakat dan anak cucu kita nanti.
Insya Allah

Bagaimana mencari idea untuk penulisan blog kita?

Setiap diri kita ini unik, walaupun hampir sama tapi secara halusnya kita ini
amat berbeza antara satu sama lain. Ilmu, pengalaman dan perwatakan
kita yang menentukan hala tuju blog berkualiti kita ini nanti.

Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Saya mulakan dunia blog saya ini
dengan hati yang berdebar dan risau. Sentiasa mencari ayat yang sesuai
untuk diluahkan tapi Insya Allah lama-kelamaan saya banyak mendapat
idea dari perkongsian cerita dengan rakan-rakan dan juga dari
sikap ingin tahu, pembacaan buku dan juga maklumat di internet.

Secara tidak langsung saya rasakan dunia ini luas dan banyak perkara yang
boleh saya belajar dan beri, dari perkara yang mudah hingga kepada
perkara yang mustahil. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang amat bermanfaat.

Sebagai peringatan yang manis kepada kaum hawa di luar sana, bila kita
sudah memulakan sesuatu, jangan mudah mengalah, sentiasa ‘switch’
minda dan diri kita. Buat sesuatu perkara itu hingga sehabis baik, jangan
sekerat jalan kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda fikir anda
boleh, anda mampu mengharungi Lautan Pasifik dan mendaki Gunung Everest.
Jika anda rasa anda tidak boleh, perjalanan yang setapak pun tidak mudah
untuk anda lakukan. Sekian perkongsian pengalaman berblogging daripada
saya. Saya doakan kehidupan anda hari ini lebih bermakna dan baik daripada
semalam.

Perolehlah kebaikan baik di dunia dan akhirat dengan mula berblogging
dan berkongsi segala kebaikan dengan mereka di luar sana. Inilah salah satu
saham akhirat kita nanti. Insya Allah segala apa yang anda kongsikan amat
bermakna bagi orang lain. Anda pasti terkejut dengan apa yang boleh
anda capai bila sudah mampu mengembangkan sayap dan terbang tinggi di langit.
.............................................................................................................................................
Kami menawarkan beberapa kelas berikut yang berlangsung 100 % secara online.

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 371 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Semestinya anda tahu blog adalah medium pemasaran yang efektif selain facebook

Masa belajar adalah fleksibel.Ikut masa atau kelapangan sendiri.Peserta kelas online boleh berkomunikasi secara langsung dengan fasilitator.Boleh belajar dimana-mana sahaja asalkan ada talian internet.

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.


Peserta  dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.


Maklumat lanjut mengenai kelas ini,sila klik SINI.
_______________________________________________



Bagi yang masih tercari-cari idea bisnes dari rumah,ebook ini sangat sesuai untuk anda.Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 101 idea bisnes dari rumah,strategi pemasaran secara offline dan online,khidmat pelanggan online,strategi pemasaran gaya Rasulullah,rahsia bisnes Siti Khadijah dan pengalaman usahawan berjaya.

11 Sebab kenapa anda perlu miliki ebook ini.

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


EBOOK 101 IDEA HOME-BASED BISNES RM50 SAHAJA

Untuk PENGHANTARAN SEGERA,sila klik butang tempahan di bawah : 


                                                             

Nur Balqis Qahira
010-7790237
Emel : nurbalqisqahira@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...