Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 10 Mac 2014

Misteri Kehilangan Pesawat MH370

Teks : Nur Balqis Qahira

11 Mac 2104.Hari ini sudah masuk hari keempat kehilangan pesawat MH370 yang berangkat dari KL ke Beijing pada pukul 12.40 am.Ia menjadi tumpuan dan seluruh dunia sedang mencarinya.Bantuan misi pencarian dan penyelamat dari negara luar juga semakin bertambah.

Kehilangan pesawat MAS MH370 benar-benar satu misteri.

Pelbagai spekulasi telah dibuat.Tiada sebarang tanda-tanda kecemasan yang dikesan oleh menara kawalan.

Jika dirampas pengganas,mana tuntutannya?

Jika menghadapi masalah,kenapa menara kawalan tidak dapat mengesan tanda-tanda kecemasan?Kenapa mereka tidak menghubungi menara kawalan?

Mana serpihannya jika ia meletup.

Pelbagai spekulasi dicipta.

Ramai pakar dari dalam dan luar negara telah ditemuramah untuk memberikan pandangan. Namun ia masih kekal misteri. Sains dan teknologi masih juga belum menemui jawapannya.

Semalam, TV3 menenuramah Kapten Norudin Abd Majid.

Bukan calang-calang orang. Beliau merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS.

Apabila ditanyakan pendapat beliau apakah yang berlaku ke atas MH370, beliau dengan penuh yakin berkata: "HILANG! Benar-benar hilang!"

Jawapan beliau diluar jangkaan biasa hinggakan host rancangan terkedu.

Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, beliau menjawab:

"Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga..
Sekiranya teknologi sains tidak berjaya, maka kita kena guna cara lain.
Benda ni ada kaitan dengan sains dan pencipta sains itu sendiri (Allah)"...tambahnya.

Selagi belum ada tanda-tanda,selagi itulah ia kekal MISTERI dan GHAIB.




Buat masa ini, hanya Allah yang tahu. Buat masa ini harapan masih ada.Ramai yang mengharapkan keajaiban berlaku,begitu juga saya.

Kesedihan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 juga turut dirasai.

Berdoa semoga mereka mereka ditemui dalam keadaan selamat dengan kadar yang segera.

Ya Allah, mudahkan urusan kami, mudahkan urusan mereka. Tenangkan hati kami, tenangkan hati kaum keluarga mereka. Amin. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...