Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Khamis, 24 September 2015

Cara Merawat Demam Campak Halus Pada Bayi

Teks : Nur Balqis Qahira
25 September 2015


Ringkas sahaja entri hari ini.
Saya nak kongsikan pengalaman baby saya diserang demam campak.

Sebelum tu,dia demam panas.Saya bagi dia mandi seperti biasa.
Apabila malam,suhu badannya semakin meningkat.


Bimbang akan suhu badannya yang semakin tinggi,saya bergegas ke hospital pada pukul 11 malam pada hari kedua dia demam.Sampai di hospital,suhu badannya mencecah 39.5 darjah Celcius.Doktor bagi ubat cucuk kat bontot.


Hari keempat,setelah diberi ubat demam,suhu badannya kembali normal tetapi seluruh muka dan badannya ditumbuhi bintik-bintik halus kemerah-merahan.

Hari kelima,saya sapu minyak zaitun di seluruh muka dan badannya.Saya buat selama 3 hari berturut-turut setiap pagi dan malam sebelum tidur.Sepanjang dia kena demam campak,saya tak bagi dia mandi.

Alhamdulillah,esoknya saya tengok bintik-bintik merah di seluruh muka dan badannya telah hilang.

Bagi mak-mak yang risau macam mana nak merawat anak kecik yang terkena demam campak,boleh la cuba sapu minyak zaitun ke seluruh badan si comel korang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...