Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Rabu, 18 November 2015

Merawat Anak Batuk,Selesema dan Asma Dengan Sejenis Krim

Teks : Nur Balqis Qahira
18 November 2015

Testimoni Ikhlas Saya Selepas Menggunakan Krim Herba Tropika

Saya nak kongsikan testimoni ikhlas saya selepas menggunakan Krim Herba Tropika. Baru-baru ni kedua-dua anak saya selesema dan batuk.Si kakak berumur 4 tahun dan baby (nak masuk setahun).

Setiap pagi selepas mandi saya sapukan krim herba tropika di dada,tapak kaki,perut dan belakang anak.Begitu juga sebelah malam,saya sapukan berulangkali di dada dan belakang mereka.

Biasanya,apabila batuk sikit je si kakak akan mengalami kadar pernafasan yang laju dan kami terpaksa ke unit kecemasan di hospital untuk mendapatkan nebulizer tanpa mengira tengah malam atau dinihari.Tetapi kali ini sejak saya sapukan krim tersebut berulangkali,dia tidak mengalami masalah pernafasan ketika batuk.

Manakala,si adik pula mula bersin dengan kerap dan hingus yang menyukarkan pernafasannya keluar dengan banyak. Si adik yang mengalami kadar pernafasan yang laju pada waktu malam juga boleh dikawal.

Sepérti biasa,saya pantau kadar pernafasannya dan sapukan Krim Herba Tropika berulangkali pada sebelah malam.Sebelah siang pula,kadar pernafasannya kembali normal.

Saya sapu Krim tersebut di dada dan belakangnya selama 3 hari berturut-turut.Hari ni hari ke-5,walaupun mereka masih batuk-batuk tetapi kadar pernafasan menjadi normal dan tidak perlu admit wad sepérti dulu.




Anak sulung saya pernah masuk wad disebabkan masalah kadar pernafasan apabila batuk.Si adik juga pernah masuk wad selama seminggu pada usia 2 bulan dan 6 bulan sebab masalah kahak yang banyak dan sesak nafas.

Terima kasih Krim Herba Tropika kerana sangat membantu kami.Time ni la krim tu habis tapi saya tak teragak-agak untuk repeat order dan mempromosikan krim ini kepada para ibu sekalian.




Saya sangat mengesyorkan para ibu sekalian untuk berikhtiar dengan Krim Herba Tropika untuk menangani masalah anak batuk,selesema dan asma.Cubalah.

Catatan ikhlas seorang ibu kepada 2 orang anak.

Sedikit keterangan tentang Krim Herba Tropika.



KRIM HERBA BAYI MINYAK KELAPA DARA TROPIKA

Krim Herba Tropika keluaran Tropika Beauty ini dirumus dengan ramuan minyak eucalyptus (minyak kayu putih), halia dan beberapa herba tropika lain membantu memberikan ketenangan kepada bayi dan kanak-kanak sepanjang hari dan juga malam. Pastinya bayi lebih selesa dengan krim herba ini.

Keistimewaan Krim Herba Bayi TROPIKA:

1. Tidak panas serta lembut untuk kulit bayi dan kanak-kanak.
2. Mudah meresap, tidak meleh, melekit atau basah apabila disapu berbanding minyak telon yang lain.
3. Berfungsi sebagai Viks herba bagi mengurangkan masalah batuk dan selsema, (apabila digunakan dengan betul)menghilangkan kahak atau 'phlegm' serta bunyi 'wheezing'.
4. Sesuai untuk bayi atau kanak-kanak dengan kulit sensitif.
5. Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang halal dan suci serta tiada unsur alkohol atau bahan kimia merbahaya.
6. Bahan mujarab semulajadi untuk bayi kembung atau colic. Bahan dalam krim ini membantu melepaskan gas yang terperangkap dalam perut bayi dan membantu bayi tidur dengan lebih lena.

Arahan penggunaan Krim Herba:

1.Sapu pada telapak kaki, sendi-sendi dan perut selepas mandi.
2.Sebelum tidur malam, sapu pada dada dan belakang bayi. Ulang beberapa kali sepanjang malam.

Pastikan anda mendapatkan krim yang original.Krim Herba Tropika ini dijual dengan harga RM39.90. 

PS;Saya tak jual ya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...