Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Rabu, 16 Mac 2016

5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Idaman

Di sini saya kongsikan punca-punca gagal mendapat pekerjaan idaman anda.

 1. Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.



2. Surat iringan permohonan menjelikkan. Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik. Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja. Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan. Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.

Good Luck!!

P.S : Layari rahsia resume kerja untuk mengetahui lebih banyak rahsia dalam sesebuah resume kerja!
        [+] Rahsia Resume Kerja -klik



Info berkaitan : Rahsia Resume Kerja 
                          Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
                         Rahsia Bijak Temuduga 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...