Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 7 Oktober 2016

8 Tips Merawat Anak Demam Panas




Ibu bapa mana yang tak risau kalau anak kecik demam,betul tak?Demam panas tidak boleh dipandang ringan, bimbang komplikasi lain akan berlaku.

Sekiranya suhu badan terlalu panas,bayi dan kanak-kanak berisiko untuk demam sawan dan lain-lain.

Saya nak kongsikan Tips Merawat Anak Demam Panas yang selalu saya amalkan.

1.Tanggalkan Baju Anak
Bila anak kecik demam,pertama sekali saya akan menanggalkan pakaiannya.Bagi dia pakai pampers je.

2.Memandikan Anak
Beberapa hari yang lepas,anak saya yang berumur setahun lebih tiba-tiba demam pukul 3 pagi.Saya terus mandikan dia menggunakan air paip.Bukan air suam ya.Tujuannya adalah untuk menurunkankan suhu badan.

3.Jangan Pakai Pakaian Tebal
Selepas mandikan dia,jangan bagi pakai selimut atau  pakaian yang tebal untuk mengelakkan pengumpulan haba sekaligus  meningkatkan suhu badan.

4.Letakkan Kain Basah Di Dahi dan Badan
Sentiasa letakkan kain basah di dahi dia.Lap muka,ketiak dan badan.

5.Minum Ubat Mengikut Dos danJadual Yang Ditetapkan.
Syrup Paracetamol sangat membantu menurunkan suhu badan.

6. Minum Banyak Air Masak
Beri dia minum banyak air.

7.Pakai Stokin Basah
Pakaikan dia stokin yang basah untuk membantu menurunkan suhu badan yang tinggi.

8.Doa
Doa jangan lupa.Berdoa agar anak cepat sembuh.

Ada lagi nak tambah?Boleh tambah di ruangan komen.

Catatan Seorang Ibu
Nur Balqis Qahira
Mommy Blogger

Nak Jana Pendapatan Dari Rumah ?
Nak Dibayar Setiap 21 hari bulan?

WhatsApp "Gaji Setiap 21 hb" ke 010-7790237

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...