Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 15 Julai 2017

Resipi Ayam Pansuh Versi Moden

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Lama tak update blog.Ada je ni,sejak pindah rumah ni jarang sangat update blog sebab kat rumah saya takleh pasang streamyx.Tak boleh la nak layan laptop ,guna smartphone je untuk buat kerja online.

Kuota dah penuh.Ramai sangat orang kat kawasan ni pakai streamyx so terpaksalah diri ini mengalah dan mengundur diri.Huhu


Beberapa hari sebelum raya,suami saya dan kengkawan dia plan nak buat ayam pansuh untuk menu berbuka.

Awal-awal lagi dah standby buluh.Tak lain tak bukan saya la yang jadi tulang belakang untuk projek dorang tuh.

Seingat saya,sekali je saya pernah makan ayam pansuh ni,masa kecik-kecik dulu.Ayah saya pernah buat semasa saya berumur dalam 6 tahun.

Ramuan dia pun saya tak pasti.Untuk menjayakan projek ayam pansuh dorang tuh,saya pun search resipi dia dan saya try resipi ni.

Ni resipi moden ya,bukan resipi original zaman feudal.Yelah,zaman dulu mana ada bawang semua tu kan.


Ok,firstly,korang kena sediakan buluh lemang.Ni husband saya guna buluh besar pulak.Haha



Cuci bahagian luar dan dalam bersih-bersih.
Jangan ketuk ya,nanti bocor pulak.

Bahan-bahan :

1. Seekor ayam (potong dadu kecik-kecik)

2. 5 Ulas Bawang Putih

3. 2 Ulas Bawang Besar

4. 2cm Halia

5. 1cm Kunyit

6. Daun Kunyit 1 helai besar(hiris halus )

7. Serai 2 batang (titik)

8. Daun ubi kayu

9. Air

10. Garam.Saya guna Perencah Maggi Cukup Rasa.Lagi umpphhh.Versi moden.

11.Cili merah (optional).

12.Serbuk bawang goreng (optional)





Cara membuat :

1.Tumbuk bawang putih,kunyit,halia dan sebiji bawang besar.Sebiji lagi hiris cecantik.
Jangan blend,nanti hancur sangat,tak cantik.

2.Titik serai tersebut.

3.Hiris daun kunyit.

4.Koyakkan daun ubi.

5. Gaulkan semua bahan tersebut dengan ayam.

6.Masukkan perencah Maggi Cukup Rasa dan gaulkan.




                                                         
Perap selama setengah jam.

Kemudian,masukkan ke dalam buluh dalam ukuran 3/4.

Tambahkan air sehingga sama paras dengan ayam.

Sumbat daun ubi ke dalam buluh untuk menutup buluh tersebut.


Kemudian,bakar macam bakar lemang.Guna bara api.

Bila air dah mendidih keluar dari bahagian atas buluh tu,maknanya dah masak.


Tadaa..



Saya suka masakan yang pedas,so saya tambah cili.

Last sekali,taburkan serbuk bawang goreng.

Makan dengan nasi panas-panas.Tak pandang belakang dah,haha.


Menarik(klik) :
*Formula Rezeki Melimpah-Ruah
*Panduan Letupkan Jualan Di Instagram
*Ketahui Teknik Superstar Berniaga Di Fanpage



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...