Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 22 September 2017

Pengalaman Tersesat Sehingga Ke Singapore

Teks : Nur Balqis Qahira
Entri pengalaman

Baru-baru ini,kami sekeluarga ke rumah abang ipar di Masai,Johor.Keesokkan harinya,kami bercadang nak ke Zoo Johor dulu sebelum ke Legoland.Berpandukan waze,kami sekeluarga terlajak sehingga ke Singapore tanpa passport.

Yang peliknya,semasa di tempat pemeriksaan Imigresen Malaysia,kami tidak ditahan langsung.Jadi,kami pun terus je.


Saya sempat tanya kepada sekumpulan pegawai imigresen Malaysia yang sedang berjalan kaki macam mane nak U-turn ke Johor .

Salah seorang daripada mereka menjawab,"Terus je,lepas tu belok kanan."

Kami pun terus je sampai lah melalui jambatan.Sepanjang tempoh tersebut,takde signboard sempadan Johor-Singapore.


Kami ingat kami masih berada di Johor.Sampai di tempat pemeriksaan polis,saya tanya lagi.

Sini masih Johor ke Singapore?

Polis tu jawab Singapore .😱😱😱

Alamak,sudah!Terlajak sampai ke Singapore!

Saya cakap kami tersesat.Nak pergi Zoo Johor tapi tersesat sampai ke Singapore.Polis tu pun mintak IC.Kebetulan adik ipar saya tak  bawak IC.(eh,berani ko keluar tak bawak IC)

Dia suruh adik ipar saya tulis nama dan IC je.
Lepas tu kami kena mintak surat di pejabat Imigresen Singapore untuk U-turn ke Johor.Surat tu perlu diserahkan kepada pihak imigresen Malaysia(Johor).

Polis Singapore tu cakap memang ramai orang Malaysia tersesat sehingga ke Singapore.

Lama jugak lah tunggu urusan selesai.Hampir 2 jam sebab orang ramai.Tengahari pulak tu,nak makan kat Singapore,duit Singapore takde 😂.

Nasib baik anak kecik tak banyak ragam.

Setelah selesai urusan di pejabat imigresen Singapore,polis Singapore escort kami untuk U-turn ke Johor.

Saya tengok bukan kami je yang terlajak sampai ke Singapore tetapi ada 3 kumpulan termasuk kami.

Sepanjang berurusan dengan mereka,saya respect cara layanan yang baik daripada polis dan imegresen Singapore.Thank you Singaporean.

Bila dah sesat,kami tak jadi pergi Zoo Johor dan Legoland.

Kami pergi Giant,Plentong je.

*Sempat jugak aku menjejakkan kaki ke Singapore tanpa passport 😁

~Nur Balqis Qahira~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...