1. Masa depan
Secara umum, menyimpan dari seawal umur kanak-kanak boleh
meringankan beban dan menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Dengan
memiliki simpanan, kita umpama menyediakan payung sebelum hujan. Kita boleh
menggunakan wang simpanan di saat kita amat memerlukan.
2. Meningkatkan pendapatan
Dengan membuat simpanan dari awal ia boleh meningkatkan
pendapatan keluarga dari semasa ke semasa. Disiplinkan diri untuk mengenepikan
wang gaji kita setiap bulan sebagai tabungan dalam masa kesusahan. Simpanan
tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah.
3. Kecemasan
Simpanan juga dapat meringankan beban kita semasa
menghadapi kecemasan. Contohnya apabila anak-anak demam dan dimasukkan ke hospital, bayaran bil
yang meningkat mendadak ataupun terpaksa bekerja di luar kawasan.Tidak perlu
meminjam wang dari orang lain jika ada wang simpanan sendiri.
Menyimpan sedikit demi sedikit akan menampakkan sejumlah
wang yang besar jika tidak "diusik."Simpanan yang telah mencecah
ratusan ribu juga boleh dijadijan modal perniagaan ataupun membesarkan
rangkaian perniagaan sedia ada. Dengan yang demikian, impian bergelar usahawan
atau jutawan dapat direalisasikan dalam jangka waktu yang dirancang.
5. Memiliki aset hartanah
Aset hartanah sangat penting dalam kehidupan.Tetapi nilai
hartanah masakini melonjak naik dengan harga yang mencecah ratusan ribu ringgit
untuk sebuah rumah teres terutamanya di kawasan KL. Dengan memiliki simpanan
sendiri ia boleh dijadikan wang muka untuk membeli rumah idaman dan mampu
memiliki rumah sendiri.
6. Pendidikan anak-anak
Ada bermacam-macam insuran pendidikan yang diperkenalkan
oleh agensi insuran di negara kita. Pilih saja mana yang terbaik untuk
anak-anak kita. Paling bagus jika bukakan terus akaun SSPN-I untuk kemudahan
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Anak-anak yang layak
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tidak tercicir dari dunia
pendidikan jika ada wang simpanan untuk membiayai pelajaran mereka.
7. Pelancongan
Dengan simpanan yang dimiliki tentu kita tiada masalah
menghilangkan tekanan kerja dengan melancong ke destinasi pilihan. Jika
simpanan yang ada belum mencukupi untuk berjalan ke luar negara, apa salahnya
melancong di dalam negara kita sendiri. Lagipun di Malaysia sekarang ni banyak
pusat peranginan dan resort yang bertaraf dunia. Contohnya melancong ke
Langkawi, mendaki gunung ke Sabah ataupun berehat di resort & spa.
8. Menunaikan rukun Islam kelima
Setelah semua urusan duniawi selesai dan kita pun berjaya
menyelesaikan hutang piutang kita, maka matlamat terakhir kita hidup di muka
bumi ini adalah ke jalan bahagia di akhirat. Dengan menyimpan berdikit-dikit,
tidak mustahil kita dapat menunaikan rukun islam yang kelima dengan mudah dan
dalam usia yang muda. Siapa yang tidak mahu peluang sebegini, kan?
Selamat menabung kawan-kawan...
p/s;Ada handphone?Mari saya
tunjukkan bagaimana menjana pendapatan melalui handphone yang anda guna
tu.Hanya dengan menjadi pengguna yang bijak.
Rahsianya ada di : (http://pendapatanhandset.blogspot.com/)
sms/whatsapp:010-7790237(Puan
Balqis)
p/p/s:Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan dari rumah
secara online,kalian dialu-alukan untuk menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah.Hanya perlukan laptop dan internet.Anda
hanya perlu mempromosi produk informasi/pakej-pakej jualan dan produk-produk
digital.Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik
online/offline, pakej mula bisnes di rumah. Salah satu ebook yang ada setiap
pakej ialah ebook asas blog dan penulisan.Mulakan dengan apa yang ada.
Maklumat lanjut,sila KLIK SINI.
Pendaftaran
kelas-kelas Online seperti berikut juga masih berlangsung seperti biasa:
1.Kelas Asas Blog Bisnes
2.Kelas Asas Blog Penulisan
3.Kelas Penulisan Kreatif(bagi yang mahu menghasilkan
cerpen/novel)
4.Kelas Perakaunan Kecil
5.Kelas Mudah.my
Maklumat lanjut mengenai kelas ini,sila KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan