Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 16 September 2013

Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963



Assalamualaikum..Selamat Hari Malaysia.
Bertuahnya menjadi rakyat Malaysia kan..

Anda pasti tahu peristiwa yang berlaku pada 50 tahun yang lalu (16 September 1963 )kan?
Jom kita tengok rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang proses penubuhan negara kita Malaysia

27 Mei 1961
Perdana Menteri Tunku Abdul rahman  semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar negeri asia Tenggara di Hotel Adelphi di singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu,Borneo,Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik.

23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Komanwel Cawangan  Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.

18-20 disember 1961
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching,Sarawak.

6-7 Januari 1962
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor  Legislative Assembly  Chamber,Kuala Lumpur.

17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk di negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) & Sarawak.Suruhanjaya ini dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Lord Cobbold,Dato Wong Pao Nee,En.Mohd Ghazali Shafie,Sir Anthony Abell,dan sir David Watherston.Mr.H.Harris bertindak sebagai setiausaha.

3-4 Febuari 1962
Mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia.

21 Jun 1962
Laporan Cobbold telah siap dan dikemukan kepada kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ,Tunku Abdul rahman dengan Tuan Harold MacMillan ,Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.

9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Marborough House ,London.Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangai oleh wakil-wakil kerajaan British ,Persekutuan Tanah Melayu,Sabah,Sarwak dan Singapura.

16 September 1963
Ucapan pengistiharan diadakan di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur.Pengistihran penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri ,Tunku Abdul Rahman di hadapan 30 000 orang rakyat Malaysia.

Ok..itulah proses yang dilalui oleh Tunku Abdul Rahman ketika penubuhan Malaysia.

Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia..


Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...