Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 21 September 2013

Kenali Diri atau Seseorang Melalui Posisi Tidur

Posisi Tidur Tunjuk Personaliti


Assalamualaikum..untuk entri kali ni saya nak kongsikan tentang personaliti seseorang berdasarkan posisi tidur .Mari kita lihat bagaimana cara kita tidur dan apa personaliti kita yang mungkin kita sendiri tak tau...

 Otak berehat ketika waktu tidur dan sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. Sebab itu, selepas bangun tidur badan akan berasa segar. 

Namun, tahukah anda bahawa gaya tidur atau posisi tidur anda boleh menggambarkan personaliti diri anda? Jadi saya ingin berkongsi dengan kalian beberapa posisi tidur dan personalitinya. 

Tidur terlentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Anda adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala anda sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Keluarga adalah agenda utama tetapi mengalami kesukaran untuk bercinta mungkin disebabkan agak memilih. 

Selubung seluruh badan dengan selimut
Sering nampak macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya adalah individu itu ialah seorang yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar memendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. 

Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Individu gaya tidur ini ialah seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. 

Tidur terlentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini menunjukkan identiti dirinya yang sebenar. Seorang yang cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu juga, ia tergolong dalam kategori pemboros namun benasib baik kerana pendapatan yang dimiliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu. 

Gaya bayi
Akhir sekali gaya tidur ini majoritinya wanita. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu.

Yang mana satu gaya tidur anda??

>>Bagi yang mempunyai masalah sukar tidur(insomnia),STOKIN AJAIB adalah penyelesaiannya.

>>Memberi Perlindungan Istimewa Ke Atas Tubuh Terutamanya Pada Bahagian Kaki.

>>D’NIFI adalah Stokin Bertenaga Bio(Berteknologi Nano dari Jepun) diperbuat dari kain kapas berkualiti premium dengan rekabentuk yang selesa dipakai.


>>Ia mengandungi BIO-SERAMIK yang mengeluarkan pancaran INFRA MERAH JARAK JAUH danBERION NEGATIF.

Untuk Maklumat lanjut mengenai STOKIN AJAIB ini,sila KLIK :DE QAHIRA FORMULA SIHAT DAN CANTIK



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...