Nak Gaji Setiap21 hb?

Lokasi :Dimana-mana sahaja(online/offline)

Masa Bekerja : Fleksibel(bila-bila masa)

Part time/Full time

Syarat-syarat:

1.Warganegara Malaysia

2.Berumur 12 tahun dan ke atas

3.Ada Handphone

4.Ada Akaun Bank

Jika anda melepasi syarat di atas,"Tahniah" anda layak.

Nak GAJI 21HB DARI RUMAH?SILA MASUKKAN NAMA & EMAIL ANDA UTK SAYA MEMBERIKAN MAKLUMAT LENGKAP!

Nama

No.Telefon

Emel

Thursday, 7 November 2013

Anugerah Terindah

Teks : Nur Balqis Qahira
Foto : Koleksi Peribadi


7 November 2013,Alhamdulillah,hari ini Qaleesya sudah genap berumur 2 tahun.Dia aktif dan membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.Selamat hari lahir,sayang.Semoga menjadi anak yang solehah dan berakhlak mulia.
   
       Saya ingin berkongsi pengalaman yang saya lalui ketika bersalin dan berpantang di  hospital.Sebaik terjaga dari tidur pada pukul 6 pagi,air ketuban mengalir laju membasahi kain.Pada waktu itu,saya tak terfikir itu adalah air ketuban memandangkan tarikh saya dijangka bersalin masih jauh.Saya tak terasa sakit,hanya air ketuban yang mengalir laju seperti air paip.Saya dan suami bergegas ke hospital dan doktor memaklumkan bukaan rahim sudah 4cm.Saya masih tidak terasa sakit langsung.Tiada sebarang kontraksi.
   
      Doktor akhirnya membuat keputusan untuk membuat induksi supaya mempercepatkan proses kelahiran kerana bimbang bayi lemas dalam rahim atau dijangkiti kuman.Kira-kira pukul 3.30 petang,saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 1.8 kg.Kelahiran pramatang 33 minggu.Saya melahirkannya tanpa sebarang torehan episiotomi.Ini memudahkan saya bergerak dan berjalan tanpa perlu risau ketika berpantang di hospital.

Ketika berusia 2 hari 

      Dia dimasukkan ke dalam incubator selama 3 minggu.Indahnya saat kali pertama menyusukannya.Pada hari ke-3 selepas kelahirannya,dia berhenti bernafas sebanyak 2 kali dan doktor mengesahkan bayi saya telah dijangkiti kuman.Hibanya hati seorang ibu melihat anak kecilnya yang baru berusia 3 hari dipenuhi dengan wayar dan alat bantuan pernafasan di atas ventilator.Saya hanya mampu berdoa dan mengalirkan air mata.Saya juga tidak begitu ambil berat tentang berpantang ketika di hospital kerana telalu risaukan Qaleesya.



         Selepas 3 minggu,doktor membenarkan kami balik.Saya berpantang di rumah tanpa dijaga oleh orang yang lebih berpengalaman,hanya suami yang menjaga dan membantu membuat kerja-kerja rumah memandangkan saya tinggal berjauhan dengan ibu.Saya mencari info dan panduan menjaga bayi sera berpantang melalui pembacaan buku dan carian Google pada masa itu.Maklumlah,ini adalah kelahiran pertama dan saya tidak pernah menjaga bayi sebelum ini.

          Ketika dia berumur dua bulan,doktor mengesahkan dia menghidap penyakit riket(tulang lembut) disebabkan kekurangan Vitamin D.Menurut doktor,hal ini biasa berlaku kepada bayi yang lahir pramatang.Doktor menyarankan agar memberikannya alfacalcidol yang berharga RM400 sebotol(lebih kurang 50ml).Setiap hari,saya tidak pernah lupa untuk menitiskan ubat tersebut ke dalam mulutnya secara konsisten selama 5 bulan.Doktor memeriksa darahnya setiap 2 minggu sekali untuk memastikan keadaan darahnya nomal.Selepas darahnya kembali normal,pengambilan alfacalcidol dihentikan.Tangannya penuh dengan kesan suntikan akibat pemeriksaan darah.Kesan suntikan tersebut masih kelihatan sehingga sekarang.




         Pada masa yang sama,saya melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana saya ingin menjaga dan memastikan kesihatannya terjamin.Alhamdulillah,berkat doa seorang ibu dan pengambilan ubat yang konsisten,dia kini membesar dengan sihat dan aktif.Syukur tidak terhingga.Indahnya anugerah Allah s.w.t.Semoga menjadi anak yang baik dan berakhlak mulia.

Wassalam.
................................................................................................................................................

         Ebook Panduan Lengkap 44 Hari Berpantang Tradisional Dan Moden


RM50 sahaja


Bab 1:Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
Selepas menempuh tiga fasa kehamilan iaitu selama sembilan bulan, ibu melalui pula proses bersalin yang cukup meninggalkan kesan fizikal dan mental. Tempoh selepas sembilan bulan dan fasa baru selepas bersalin memberi peluang kepada diri sendiri berehat dan memulihkan kesihatan. Ia mengambil kira aspek pemulihan fizikal dan mental. Pemulihan fizikal memberi tumpuan kepada pemulihan dalaman, dan juga luaran. Pemulihan dalaman seperti memulihkan peranakan manakala luaran, menyembuhkan luka, menurunkan berat badan dan mengembalikan kecergasan.
Pemulihan mental iaitu persediaan ibu agar mampu mengawal emosi, pertambahan beban tugas, juga mengimbangi tugas sebagai ibu, isteri dan pekerja. Tempoh 44 hari adalah satu tempoh yang diamalkan sejak Siti Hawa, isteri Nabi Adam a.s. Dalam tempoh ini ibu perlu mengambil peluang untuk merawat kesihatan dan masa untuk berehat. Bagi wanita moden hari ini tempoh cuti selama 60 hari atau tambahan lagi cuti adalah peluang yang perlu diambil untuk kembali kepada rutin sebagai seorang ibu, masa untuk bersama bayi dan peluang untuk menguruskan diri.

· Pemulihan kesihatan dalaman
Sepanjang tempoh kehamilan, banyak perkara yang mempengaruhi kesihatan ibu hamil. Biasanya masalah darah tinggi, kencing manis, badan lemah, berat badan meningkat memerlukan pemulihan semula selepas bersalin. Kadangkala masalah ini tidak berlaku sebelum hamil dan selepas bersalin, tetapi hanya berlaku semasa hamil. Justeru pelan pemulihan kesihatan perlu dilihat sebagai satu cara untuk ibu mengambil berat tentang kesihatan dan rawatan. Pakej pemulihan ini termasuk rawatan susulan dengan pakar, pusat kesihatan dan juga amalan kesihatan selepas bersalin.
Manakala pemulihan dalaman seperti, rawatan luka tempat bersalin, mengembalikan kedudukan rahim, mengecutkan peranakan, merawat bahagian sulit wanita adalah antara tumpuan rawatan utama selepas bersalin.

Koyakan semasa bersalin

Koyakan berlaku semasa kelahiran disebabkan banyak faktor. Antaranya saiz anak yang besar, kelahiran secara vakum, ibu mengangkat punggung semasa melahirkan. Untuk proses penyembuhan, selepas dijahit, ibu boleh dan perlu mengetahui status koyakan dan jahitan. Tanya perkara tersebut kepada bidan yang mengendalikan semasa proses bersalin. Ini memudahkan memilih ubatan dan rawatan yang sesuai. Contohnya ibu yang mempunyai koyakan yang banyak, perlu menunggu benar-benar sembuh sekurangnya dua minggu sebelum melakukan urutan tradisional. Boleh mulakan dahulu dengan mengambil ubatan atau rawatan untuk penyembuhan koyakan dan jahitan sebelum memilih rawatan lain seperti urutan, sauna dan sebagainya.
Berbincang dengan pakar atau doktor yang mengendalikan semasa proses bersalin tentang jenis atau kaedah bersalin yang sesuai untuk meminimakan koyakan. Ini bergantung kepada situasi hamil seseorang wanita. Sangat penting menjelaskan keinginan ibu hamil untuk mendapatkan rawatan terbaik dan menjalanani proses bersalin pada tahap kesakitan minima. Juga keupayaan doktor yang mengendalikan ibu bersalin, agar ia membantu proses rawatan semasa berpantang kelak.
Pembedahan

Begitu juga bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan, perlu memastikan jahitan dalam benar-benar sembuh sebelum berurut dan berbengkung. Cara berpantang dan resipi untuk ibu yang menjalani pembedahan juga berbeza dengan kelahiran secara normal.

Tinta Pengarang

1.Tujuan rawatan pantang
1.1Tempoh rawat dan rehat
·         Pemulihan kesihatan dalaman
·          Pemulihan luaran
·          Persediaan penjagaan bayi
·         Menurunkan berat badan
 1.2. Fasa berpantang
·          Fasa sebelum bersalin
·         Fasa 44 hari
·         Fasa 44 hari hingga 100 hari
·          Fasa 100 hari dan seterusnya
·         Ubatan konvensional & tradisional
1.3 Pelan kecantikann & kesihatan
1.4 Senarai kelengkapan berpantang
1.5 Perancangan selepas pantang
·         Tip untuk ibu/wanita hamil
·         Tip untuk bapa
·         Panduan  selesai proses bersalin


Bab 2: Persediaan Bersalin
2.1 Lokasi Bersalin
2.2 Kaedah Bersalin
2.3 Persediaan Menyambut Bayi
2.4 Persediaan Mental Dan Fizikal
2.5 Prosedur bersalin

Bab 3: Persediaan Berpantang
3.1 Tujuh persediaan asas
3.2 Bantuan Penjagaan
3.3 Kelengkapan Ibu
3.4 Kelengkapan Bayi
3.5 Penyusuan Eksklusif
3.6 Tip dalam pantang

Bab 4: Rawatan Berpantang
4.1 Tradisional Dan Moden
4.2 Istilah Dalam Pantang
4.3 Masalah Dalam Pantang
4.4 Menu dalam pantang
4.5 Khasiat herba untuk wanita berpantang
4.6 Kekal cergas semasa berpantang

Bab 5: Rawatan Tradisional
5.1 Jenis Rawatan
5.2 Petua Pantang
5.3 Pemulihan selepas bersalin
5.4 Amalan Rutin 44 Hari
5.5 Kekal sihat semasa berpantang

Bab 6 : Rawatan moden
6.1 Jenis rawatan
6.2 Jenis rawatan moden
6.3 Gabungan moden dan tradisional

Bab 7: Rawatan kaedah Islam
7.1 Sejarah perbidanan wanita Islam
7.2Tip dan amalan

Bab 8: Cabaran Langsing
8.1 Menu Dalam Pantang
8.2 Senaman Yang Sesuai
8.3 Detoksifikasi

Bab 9: Diet Sihat Kekal Langsing
9.1 Pemakanan Seimbang
9.2 Gaya Hidup Sihat
9.3 Senaman Sebagai disiplin
9.4 Diet dan senaman selepas pantang

Bab 10: Panduan Langsing & Sihat
10.1 Dilema wanita
10.2 Kekal cergas dan sihat
10.3 Panduan pemilihan kosmetik, ubatan dan pil kesihatan
10.4 Tip agar sentiasa bermotivasi untuk sihat, langsing

Bab 11: Motivasi Selepas Bersalin
11.1 Menangani Tekanan ‘Pelbagai Tugas’
11.2  Tips & Motivasi Suri Rumah

11.3 Tip cergas dan sihat 24 jam

Dapatkan ebook ini dengan harga promosi RM50 sahaja.

Sila klik butang di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!

No comments:

Post a Comment

NAK INCOME SETIAP 21HB?

Sila masukkan maklumat diri anda untuk membolehkan saya menghantar maklumat lengkap tentang BISNES PREPAID TONEEXCEL ini.
Nama
Email
No.Telefon

Click here to create your own form.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...