Imej : Google
Assalamualaikum..
5 November 2013,1 Muharam 1435 Hijrah
Salam Maal Hijrah.
Alhamdulillah ,pejam celik,sedar tidak sedar, kita telah memasuki tahun
baru 1435 Hijrah. Sudahkah kita bersedia untuk berhadapan dengan tahun-tahun
yang mendatang?Tanamkan azam dan niat untuk terus berhijrah ke arah kebaikan.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam
sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota
Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada
1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari
Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana
umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal
Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".Majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan pada tahun ini masih mengekalkan tema yang sama.
Doa akhir tahun dan awal tahun.(Sumber : http://arnamee.blogspot.com/2012/11/doa-awal-dan-akhir-tahun-hijrah-salam.html)
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau
sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah,
sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah
dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada
perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum
bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan
aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk
menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku
melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah
aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka
aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha
Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan
janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1
Muharram 1435 . Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat
rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan
memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya
syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan
ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah
tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu
di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan
tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan
melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha
Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi
dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
(Mohon maaf jika ada tersilap)
Marilah kita sama-sama menghayati erti hijrah.
Semoga kita dapat memperbaiki diri kita kepada yang lebih baik.Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan RahmatNya.Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari-hari yang mendatang yang penuh dengan cabaran.
Wassalam.
...................................................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan