Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Rabu, 27 November 2013

Sentiasa Ada Saat Diperlukan


Teks : Nur Balqis Qahira
Imej : Koleksi Peribadi



Hari ini,Qaleesya kurang sihat,batuk-batuk dan selesema.Dia kurang aktif berbanding biasa.Kebiasaannya,dia akan “mengemas’’ mainannya di ruang tamu.Sudah semestinya,keadaan ruang tamu akan "kemas'' dikerjakannya.Saya meneruskan aktiviti pemasaran seperti biasa di SOHO mini.

     Sesekali,dia menarik tangan ibunya yang sedang menjalankan aktiviti pemasaran online.Pastinya dia inginkan perhatian dan pelukan si ibu.Saya meluangkan masa seketika untuk memenuhi kehendaknya yang mahu didukung untuk membacakannya ‘’animals” yang tertera pada dinding.Saya akan membaca dan mengajarnya menyebut perkataan-perkataan yang dilekat pada dinding "tadika mini" di sebelah kanan meja SOHO saya.Dia senyum sambil tangannya menunjuk gambar yang disebut oleh si ibu.

   Seringkali saya terfikir bagaimana agaknya jika saya mencari rezeki di luar rumah dan menghantarnya ke pusat asuhan kanak-kanak.Apakah yang akan terjadi di saat dia kurang sihat dan inginkan perhatian?Saya bersyukur kerana telah mengambil keputusan untuk menjaganya sejak dia dilahirkan.Dunia IT yang semakin canggih ini juga sangat membantu suri rumah untuk menjana pendapatan di samping menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak tanpa memerlukan khidmat pengasuh atau pembantu rumah.

   Walaupun berhadapan dengan kerenah anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian sepenuhnya,tetapi ia adalah suatu kepuasan yang tidak terhingga bagi seorang isteri dan ibu.Selain memastikan rumah tangga terurus dan anak-anak terjaga,aktiviti promosi dan pemasaran tetap dijalankan untuk mencapai target yang telah ditetapkan.2 perkara ini dilakukan serentak.Sentiasa ada saat si permata hati memerlukan di kala sihat dan sakit.

   Itulah rutin seorang suri rumah  siber, penat tapi digagahkan kerana itulah amanah, juga tanggungjawab yang dilaksanakan dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal erti penat kerana dilakukan dengan seikhlas mungkin.

Bagi yang sedang merancang untuk bekerja dari rumah,sila klik pautan di bawah :


Mahu Sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah ?Klik pautan di bawah :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...