Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Khamis, 28 November 2013

Taska,Pengasuh atau Berhenti Kerja?

Teks :Nur Balqis Qahira
Imej : Carian Google

Sekadar gambar hiasan

Memegang status bekerja dari rumah mungkin menjadi impian ramai orang.Tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita,sudah ramai yang sukses.Jika anda ingin memulakan usaha bekerja dari rumah,anda boleh memilih jenis pekerjaan(kerjaya)atau memulakan bisnes berskala kecil.
Faktor utama yang mendorong wanita bergelar ibu mahu bekerja dari rumah ialah faktor anak-anak.Selain ingin menjaga anak dengan air tangan sendiri dan menguruskan rumah tangga,wanita bergelar isteri dan ibu juga mampu menjana pendapatan hanya dari rumah.

Mari baca sedikit sedutan dari Sinar Harian di bawah ini.

PUSAT ASUHAN BUKAN PILIHAN YANG MUDAH
  
Bagi ibu muda, Roslina Anuar, 29, beliau dan suami pada mulanya bercadang untuk menghantar anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak, dan ketika itu dirinya mula diselubungi perasaan takut dan bersalah walaupun anak belum dilahirkan.
   
"Sejak mendapat tahu saya mengandung, kami membuat keputusan untuk menghantar anak ke pusat asuhan atas faktor usia ibu bapa serta mereka pula tinggal jauh dari rumah kami," katanya yang bekerja dan tinggal di Ampang, Selangor.
   
Namun sebaik anak sulung dilahirkan, Roslina dan suaminya, Jumadi Boyot, 29, mengubah fikiran dan meminta ibu Roslina yang tinggal di Kuantan untuk mengasuh anak sulung mereka.
   
"Sedih tu memang sedih, tapi kami terpaksa kak, demi mencari rezeki. Perasaan rindu di kala berjauhan hanya Allah yang tahu hingga kadangkala saya menitiskan air mata kerana terlalu rindu. Hanya gambar dan video keletah anak sebagai penawar," kata Roslina dengan nada yang sebak.
   
Bagi mengurangkan beban ibunya, setelah anak sulung mereka Husna berusia tiga tahun Roslina menghantar anak keduanya, Hanis untuk dijaga ibunya dan mengambil Husna untuk dihantar ke rumah pengasuh di Ampang.
   
"Pada mulanya kami ingin menghantar Hanis dan Husna ke Taska namun Hanis diserang kudis buta," katanya.
   
Keadaan itu memaksa Roslina sekali lagi meminta ibunya mengasuh Hanis manakala anak sulungnya Husna dibawa pulang tinggal ke Kuala Lumpur.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/rencana/taska-pengasuh-atau-berhenti-kerja-1.224551

Ada yang sedang merancang untuk jadi wahm (work at home mom) atau bekerja dari rumah? Mulakan dengan perancangan dan persediaan awal. Gunakan dan manfaatkan apa yang ada.Jangan main terjah berhenti terus tanpa persediaan dan ilmu.
Baca di sini : KLIK SINI

 Bagi ibu-ibu yang sedang mencari peluang untuk bekerja dari rumah,ebook ini sangat sesuai untuk anda.Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 101 idea bisnes dari rumah,strategi pemasaran secara offline dan online,khidmat pelanggan online,strategi pemasaran gaya Rasulullah,rahsia bisnes Siti Khadijah dan pengalaman usahawan berjaya.


Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes =RM50 sahaja

11 Sebab kenapa anda perlu miliki ebook ini.

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

 P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.



Untuk mendapatkan pakej lengkap Ebook Bekerja Dari Rumah,sila klik pada pautan di bawah:

Kami juga mengadakan kelas membina blog yang dijalankan 100% secara online. 
Masa belajar adalah fleksibel iaitu mengikut kelapangan sendiri,tidak terikat,tiada tekanan dan belajar di tempat sendiri.Tidak perlu bersusah payah menghantar anak ke taska atau mengambil cuti untuk menghadiri kelas ini.Kelas ini sangat sesuai untuk golongan yang super sibuk.Terbuka kepada lelaki dan perempuan.
Untuk maklumat lanjut,sila klik pautan di bawah: 

..................................
Formula Sihat dan Cantik yang wanita harus ketahui,sila klik ; RAHSIA SIHAT DAN CANTIK

Rahsia Gigi putih Berseri : CARA PUTIHKAN GIGI


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...