Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Ahad, 15 Disember 2013

3 Tips Memulakan Bisnes

Teks : Nur Balqis Qahira




Jika anda masih belum memulakan sebarang bisnes dan masih teragak-agak untuk melakukannya. Disini ada 3 tips yang boleh anda aplikasikan untuk memulakan perniagaan anda.

1. Mempunyai Matlamat
Ya! Tanpa matlamat, agak sukar untuk anda ingin bermula. Tidak mempunyai matlamat sama ada dalam hidup atau dalam perniagaan adalah seperti memandu kereta tanpa arah. Anda akan pusing-pusing-pusing dan kemudiannya akan menjadi letih lalu berhenti.

Jadi, tetapkan terlebih dahulu matlamat anda. Apakah perkara yang anda ingin capai menerusi perniagaan yang akan anda jalankan kelak?

2. Produk yang menyelesaikan masalah dan menambah nilai hidup pengguna atau prospek.
Produk yang terbaik adalah produk yang dapat menyelesaikan masalah pembeli atau penggunanya. Jadi, pastikan produk atau perkhidmatan anda, dapat membantu menyelesaikan masalah dan menambah nilai hidup orang ramai.

Jika tiada, itu bermakna anda belum fikirkan mengenainya dengan sebaik dan sehabis mungkin. Jika sudah lama fikir tetapi masih tidak dapat juga idea bagaimana produk anda dapat menyelesaikan masalah pembeli. Sila cari produk yang lain.. :)..Cari di sini : 101 Idea Bisnes Dari Rumah

3. Mulakan Dengan Apa Yang Ada
Ya! Mulakan sahaja perniagaan anda dengan apa yang anda sudah ada. Jangan tunggu segala-galanya sempurna dan lengkap baru anda mahu memulakan perniagaan. Kemungkinan besar, waktu tersebut tidak akan tiba. Jika anda hanya ada RM100 di dalam poket.. mulakan sahaja dengan RM100 tersebut.
Untuk bisnes online,mulakan dengan komputer/laptop dan talian internet atau handphone anda.
Anda boleh menjadi agen dropship yang hanya mempromosikan produk orang lain dan mendapat komisen dari jualan anda.Mula dengan modal RM95 sahaja,klik sini>>JANA PENDAPATAN MELALUI SIMKAD

Jika anda gagal untuk membiakkan duit RM100 tersebut, kemungkinan besar, anda juga akan gagal untuk membiakkan duit RM10,000 yang ada di tangan anda.

Mulakan bisnes online anda dengan membina blog dan fanpage.Bagi yang mahu belajar membina blog bisnes atau penulisan secara online,sila klik : KELAS ONLINE ASAS BLOG



Motivasi bekerja dari rumah>>SUPER WAHM,SUPER MOM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...