Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Khamis, 12 Disember 2013

3 Cara Buat Duit Melalui Blog


Teks : Nur Balqis Qahira

Pada tahun 2000 dahulu, blog adalah amat popular dan merupakan satu revolusi di Internet. "Blog" berasal dari perkataan "Web Log", yang pada mulanya digunakan seumpama buku catatatan "buku log" ataupun seperti sebuah diari merakamkan apa yang terjadi dan dilakukan setiap hari.

    Sebut sahaja topik apa, pastinya terdapat blog yang berkisarkan topik tersebut, dari blog fesyen, blog hiburan, blog teknologi, blog gaya hidup, blog agama dan banyak lagi. Bagaimanakah cara menjana pendapatan melalui blog? Saya akan kongsikan kaedah menjana pendapatan melalui blog.

    Langkah pertama dalam mula menjana pendapatan melaluiblog, sudah tentunya anda perlu memiliki sebuah blog. Pilih tajuk dan tema blog yang anda minati menulis mengenainya. Sudah pasti, mereka yang berbakat dan suka menulis mempunyai kelebihan dalam menghasilkan blog. Tugas anda adalah menyampaikan informasi yang boleh menarik perhatian sasaran anda melawat blog anda.  Blog yang dapat menarik ramai pelawat boleh menjana pendapatan lebih banyak berbanding dengan blog yang kurang popular.

    Cara pertama dalam menjana pendapatan melalui blog adalah melalui pengiklanan. Blog yang berjaya menarik pelawat juga akan boleh menarik pengiklan-pengiklan meletakkan iklan mereka di blog anda. Bergantung kepada isi kandungan dan tema blog anda, sekiranya blog anda menarik sasaran pasaran dari sesebuah bidang yang disasarkan oleh pengiklan, maka di situ, anda boleh menjual sebahagian ruang di blog anda untuk memaparkan iklan.

    Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai blog fesyen yang berjaya menarik ramai penggemar fesyen setiap hari membaca blog anda, ini juga akan menarik perniagaan atas talian seperti  penjual tudung, pakaian, kasut, aksesori ,syarikat-syarikat besar dan lain-lain turut mengiklankan perniagaan mereka di blog anda dalam menarik pelanggan yang membaca blog anda. Iklan-iklan sebegini seringkali berbentuk grafik yang dikenali sebagai 'banner' yang selalu terpapar dibahagian atas atau tepi sesuatu blog.

    Cara kedua menjana pendapatan melalui  blog adalah dengan mula menjual produk atau perkhidmatan sendiri atau produk orang lain(dropship). Apabila blog anda mula mendapat perhatian pengguna Internet, mungkin tiba masanya anda mengambil kesempatan ini untuk memulakan perniagaan berkisarkan tema blog anda.

   Sebagai contoh , sekiranya anda menulis blog mengenai bisnes ''online''di mana ia merupakan hobi dan minat anda, pastinya yang datang berkunjung blog anda juga adalah daripada mereka yang meminati bisnes "online", atau sekurang-kurangnya ingin mempelajari mengenai bisnes "online'' dari hasil tulisan anda. Tiba waktunya untuk anda fikir seperti usahawan dalam memulakan kelas atau workshop bisnes "online'' dalam mengajar peserta  secara bersemuka dan lebih praktikal atau mengajar 100% atas talian. Melalui blog anda yang bermula "suka-suka", ia boleh menjadi punca pendapatan yang serius melalui perniagaan.Ini adalah contoh perkhidmatan.


   Satu lagi cara menjana pendapatan melalui blog adalah melalui program yang dikenali sebagai program affiliate. Caranya adalah umpama gabungan dua cara diatas, di mana, anda mengiklankan produk atau perkhidmatan usahawan lain di blog anda, dan sekiranya terdapat belian dari pelawat blog anda, anda akan menerima komisyen dari perniagaan tersebut.

    Konsep perniagaan berbentuk affiliate adalah amat popular dalam kalangan bloggers oleh kerana ia mudah dan fleksibel untuk dimulakan. Dalam memulakan perniagaan sendiri, memerlukan modal dalam membeli stok dan pengendalian perniagaan harian. Tetapi, melalui perniagaan affiliate, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan tanpa modal dan masalah pengendalian perniagaan. Apa yang perlu adalah untuk mencari program-program affiliate yang berkaitan dengan blog anda untuk anda sertai. Anda boleh daftar secara percuma untuk menyertai program affiliate.Sertai webinar PERCUMA berkaitan affiliate.Anda boleh menghadiri webinar tersebut dimana-mana sahaja.Hanya perlukan komputer/laptop,headphone dan internet.
Daftar di sini - WEBINAR PERCUMA (klik).

Dengan 3 cara menjana pendapatan melalui blog di atas, harapan saya anda kini sedikit sebanyak tahu langkah-langkah awal bagaimana anda juga boleh menjana pendapatan melalui blog.Kini,blog bukan sahaja tempat meluah rasa,bercerita tentang diri anda,tetapi anda boleh menjana pendapatan melalui blog anda.

P/S;Bagi sesiapa yang tidak pernah lagi merasa buat duit dengan blog dan ingin mempelajari Asas Buat Duit Dengan Blog, saya kongsikan panduan lengkap untuk anda dan praktiskan hingga anda berjaya mendapat income anda yang pertama hanya dari blog-http://bit.ly/1zWKwxu(klik)



Adakah entri ini memberikan inspirasi kepada anda?Mari kita senaraikan lagi.Sila tambah dan kongsikan maklumat yang telah memberikan inspirasi kepada anda di ruangan komen di bawah ini.Manalah tahu ia mampu memberi manfaat kepada orang lain juga.



PENDAFTARAN KELAS ONLINE BLOG MASIH BERLANGSUNG!
KELAS ADALAH 100% SECARA ONLINE!
KINI ANDA BOLEH BELAJAR DI RUMAH MENGIKUT KESELESAAN DIRI SENDIRI!
MASA BELAJAR ADALAH FLEKSIBEL!IKUT KELAPANGAN DIRI SENDIRI!
DAFTAR SEKARANG!

Info Berkaitan : Panduan Lengkap Buat Duit Dengan Blog

                         101 Idea Perniagaan Internet

Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline: MULA BISNES BUTIK


GIGI KUNING?NAK SENYUM TAPI MALU?HILANG KEYAKINAN DIRI?
TERCARI-CARI CARA PUTIHKAN GIGI?
KLIK SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...