Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 7 Disember 2013

Peranginan Dataran Teluk Kemang



 Teks : Nur Balqis Qahira

Sudah lama tidak keluar menghirup udara segar sejak kebelakangan ini.Agak sibuk menguruskan aktiviti SOHO.Petang tadi,saya mencuri sedikit masa untuk bersiar-siar di Dataran Teluk Kemang yang hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari rumah saya untuk sampai ke dataran ini.Musim cuti sekolah begini,tempat ini memang tidak lengang dengan kehadiran pengunjung.Di sinilah destinasi utama pengunjung-pengunjung yang datang dari jauh untuk menikmati suasana di tepi pantai.Bagi yang sedang merancang untuk bercuti di tempat peranginan,apa kata datang ke Port Dickson yang sangat terkenal dengan keindahan suasana pantai ini.Jom lihat beberapa gambar di bawah.

Pemandangan di Pantai Teluk Kemang pada waktu petang.Suasana yang sangat mendamaikan.


Pengunjung-pengunjung sedang bersuka-ria dan bermandi-manda.Si Qaleesya ni pulak meronta-ronta nak turun,tak nak bergambar.



Ini antara kraftangan yang dijual di Dataran Teluk Kemang.Banyak lagi kraftangan yang menarik dan comel untuk dijadikan buah tangan jika kalian datang berkunjung ke sini.



Ala-ala Disneyland.

Siapa tahu ini binatang apa?

Tengok budak perempuan ni,berani mencuba menunggang kuda.Kalau kalian naik kuda ni,bayaran yang dikenakan ialah hanya RM20 untuk satu pusingan.Ha,inilah peluang untuk menunggang kuda.



Kalau nak ambil gambar dengan ular sawa ni,bayaran yang dikenakan adalah RM15 sahaja.

Jom bercuti di Port Dickson.Banyak tempat-tempat yang menarik di sini.
Selamat bercuti kawan-kawan.
.......................................

Bagi yang sedang tercari-cari idea bisnes dari rumah,Sila klik sini : http://storebuku2u.blogspot.com/2013/10/101-idea-home-based-bisnes.html













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...