Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 20 Januari 2014

Cara Membasmi Cacing Gelang Dalam Perut

Teks : Nur Balqis Qahira
Sumber Petua :Buku Koleksi Petua Untuk Wanita

Cacing gelang.Nak tulis entri tentang cacing ni pun geli-geleman.Apatah lagi ia berada dalam usus kita.Meremang bulu roma.

Cacing gelang sering menyerang anak-anak disebabkan kelalaian mereka menjaga kebersihan.Namun begitu,ia juga menyerang orang dewasa.Cacing jenis ini akan bertelur dan membiak dalam usus kecil dengan jumlah yang banyak.

Anak yang diserang cacing ini akan akan kelihatan kurus ,berperut buncit,rambut jarang serta bewarna bulu jagung tetapi kering.Cuba perhatikan anak-anak,ada tanda-tanda seperti tu tak?

Kadangkala anak tersebut akan muntah dan cacing yang keluar sepanjang 20cm bagi yang jantan dan yang betina sepanjang 30cm.

Saya nak kongsikan petua membasmi cacing gelang dalam perut.

Ada 4 petua yang boleh kita amalkan untuk membasmi si parasit ini.

Petua Pertama
Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
5 biji lada putih

Cara-caranya:
*Tumbuk bawang putih dan lada putih sehingga halus.
*Masukkan air panas setengah gelas.
*Minum semasa masih hangat.Buat dalam 2-3 kali dalam 2 hari

Petua Kedua
Bahan-bahan
1/2 sudu makan bawang putih
Madu asli

Cara-caranya:
*Parut bawang putih tersebut.
*Campurkan madu asli dan minum.Ulang sehingga 3 hari.

Petua Ketiga
Bahan-bahan
5 ulas bawang putih

Cara-caranya:
*Kunyah bawang putih hingga lumat dan telan dengan air panas 1 cawan.

Petua Keempat
Bahan-bahan
1 biji buah mengkudu yang masak
Sedikit Garam

Cara-caranya:
*Makan buah mengkudu dengan sedikit garam.
*Makan sebiji sehari sebanyak 3 kali.

Cacing itu mungkin akan dimuntahkan atau dikeluarkan melalui dubur.

Sanggup ke makan buah mengkudu yang baunya sangat"harum" tu?

Saya tak sanggup.Pernah cuba makan buah mengkudu tapi tekak ni tak boleh nak telan.

Nak makan bawang putih mentah 5 ulas pun ''seksa'.Betul tak?

Tapi,nak basmi cacing gelang punya pasal,nak tak nak kena cuba petua kat atas tu.

Nak petua lagi?

Nantikan entri-entri seterusnya ya.


Gigi Kuning?Nak Senyum Tapi Malu?Tercari-cari Cara Putihkan Gigi?KLIK SINI






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...