Sumber Teks : www.nadraamat.blogpsot.com
Nama Pelajar: Nadra binti Amat
Sebelum ini saya pernah ada blog, tetapi blog itu saya
biarkan sehingga bersawang dan akhirnya saya tak pernah buka lagi. Bila saya
mula belajar berniaga secara online, saya cuba buat blog semula. Tetapi saya
tidak berpuas hati kerana banyak yang saya tidak tahu. Walaupun saya selalu
mencari toturial yang dikongsikan dalam internet. Saya dapat rasakan blog saya
banyak kekurangan. Pernah juga saya terfikir ingin mengupah orang profesional
untuk buat blog, tetapi kos agak tinggi. Lagipun,saya memang nak belajar
membuat blog sendiri.
Bila saya nampak iklan tentang kelas penulisan dan asas
blog, saya terus menyertainya. Saya rasakan inilah peluang terbaik untuk saya
tambahkan pengetahuan tentang blog. Tambahan lagi, kelas di buat secara online.
Jadi mudah untuk saya mengikutinya walaupun jauh di Semenanjung sana dan saya
di Sabah. Setiap hari saya boleh bertanya soalan kepada cikgu, dan masa adalah
fleksibel. Pada permulaannya,cikgu telah memberikan soalan analisa tentang
latar belakang, pengalaman, kerjaya, minat dan matlamat. Kemudian e-book asas
blog dalam bentuk blog diberikan untuk dibaca, rupanya memang banyak yang perlu
dibelajar, terutamanya cara dan teknik penulisan yang baik. Selepas membaca
e-book tersebut, tugasan akan diberikan. Saya masih baru belajar, tugasan saya
pun masih belum selesai iaitu penulisan 44 entri. Tetapi, saya sudah ada
keyakinan untuk menulis, walaupun Saya tidak ada pengalaman dalam penulisan.
Masih banyak yang saya tak tahu dan perlu dibelajar. Insyaallah, saya akan
habiskan pembelajaran ini.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Pendaftaran Kelas
Online masih berlangsung seperti biasa.Pendaftaran adalah setiap hari.
Kami turut menawarkan kelas-kelas berikut :
1. Kelas online
asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih
mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka
baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal
pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 371
blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul,
apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk
sertai kelas ini.
2. Kelas online
asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi
tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga
mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana
pendapatan awal bermula RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya
(tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat
sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi
mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog
kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis
entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
3. Kelas beriklan
di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma.
Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.
4. Kelas penulisan
kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen
dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah
boleh menulis novel.
5. Rakan niaga /
pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu
memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama
akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya
atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal
tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
6. Kelas urus
niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus
akaun bisnes.
Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan
permintaan demi permintaan.
Masa belajar adalah fleksibel.Ikut masa atau kelapangan
sendiri.Peserta kelas online boleh berkomunikasi secara langsung dengan
fasilitator.Boleh belajar dimana-mana sahaja asalkan ada talian internet.
Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.
Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.
Peserta dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.
Semestinya anda tahu blog adalah pemasaran yang efektif selain facebook.
Untuk melihat pakej yuran dan maklumat lebih lanjut,sila klik SINI
Nur Balqis Qahira
No.Hp: 010-7790237
Emel :nurbalqisqahira@gmail.com
DAPATKAN PANDUAN MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE!
KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan