Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 6 Januari 2014

Jana Pendapatan Dari Rumah

Teks : Nur Balqis Qahira

Jana Pendapatan Dari Rumah

Bekerja di rumah atau menjana pendapatan hanya dari rumah bukan sesuatu yang mustahil pada zaman teknologi yang serba canggih ini.Malah,ia menjadi trend yang semakin mendapat perhatian para wanita dan juga kaum bapa.

Tidak dinafikan,dahulu ada juga wanita yang bekerja dari rumah seperti menganyam tikar,mengambil upah membasuh pakaian,menjahit dan membuat kuih tetapi pasaran agak terhad iaitu hanya di sekitar kampung sahaja.(Sila klik pada gambar di bawah untuk Panduan Menjana Wang Dari Rumah Untuk Wanita)


 Zaman teknologi di hujung jari sekarang memberikan peluang kepada para wanita khususnya untuk menjana pendapatan dari rumah dan mempunyai pejabat sendiri.Memikul tanggungjawab sebagai seorang suri rumah sekaligus menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja.
Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga. Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web.

Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan,facebook dan laman sosial yang lain di internet. Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius.Bisnes dari rumah juga boleh bermula tanpa modal dan tanpa produk sendiri serta tanpa perlu pergi ke pejabat pos.Bagaimana caranya?Caranya ialah menjadi agen untuk mempromosikan produk orang lain.Biasanya,komisen yang diberikan sekitar 20% sehingga 50%.Agen atau reseller hanya mempromosikan produk tanpa perlu mengepos tempahan dan mengurus stok.

Soho : Small Office Home Office

Ia juga rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru.Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi yang lebih tersusun. 

Ia bukan budaya luar biasa khususnya di negara maju. Konsep bekerja dari rumah atau Small Office Home Office (SOHO) bukan perkara asing malah semakin diterima masyarakat.

Seiring dengan kemajuan dan kecekapan teknologi komunikasi dan maklumat (IT), semakin ramai individu khususnya yang celik IT mencuri peluang untuk bina kerjaya idaman dan mempunyai pejabat sendiri.

Laporan kajian dijalankan di Amerika Syarikat mendapati lebih 25 juta penduduknya menyertai program SOHO dalam pelbagai sektor. Senarai ini diikuti Kanada (2.5 juta), United Kingdom (2.2 juta), Australia (778,000) dan New Zealand (200,000).

Mungkin sekitar lima tahun lalu, konsep ini masih dianggap baru di Malaysia. Namun ia kini semakin mendapat perhatian. Kementerian Sumber Manusia ada menyediakan program berdasarkan Peraturan Kerja Separa Masa mengikut Akta Kerja 1955 yang dilancarkan pada 2008 bagi menggalakkan pekerja sektor awam dan swasta bekerja separuh masa atau bekerja dari rumah.

Objektifnya, program terbabit memberi peluang kepada warga kerja khususnya wanita untuk menyertai dan terus bekerja bagi menambah pendapatan berikutan waktu lebih anjal, kurang tekanan, bebas daripada kesesakan lalu lintas dan sebagainya.


Bagi yang masih tercari-cari dan buntu memikirkan idea untuk menjana pendapatan dari rumah,boleh dapatkan ebook Panduan Janawang Di Rumah dengan harga RM20 sahaja.(KLIK SINI)











Kami juga menawarkan kelas berikut 100% secara online untuk membantu suri rumah dan suri bekerjaya menjana pendapatan dari rumah.Sila pilih mana-mana kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Untuk melihat pakej yuran,sila KLIK SINI

 Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula  RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Maklumat lengkap ,KLIK SINI

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.
Maklumat lanjut,KLIK SINI

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.


Peserta  dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Maklumat lanjut ,KLIK SINI :

Satu lagi bisnes yang mudah dilakukan dimana-mana sahaja ialah menjana pendapatan melalui HANDPHONE/SIMKAD.Syaratnya sangat mudah iaitu hanya perlu menjadi pengguna dan ia sudah melayakkan anda menikmati kelebihan dan menjana pendapatan melalui simkad tersebut.Sesuai untuk semua orang termasuk suri rumah dan pelajar.
Untuk maklumat lebih jelas,lihat di sini:RAHSIA JANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE


P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.

Salam sayang,
Nur Balqis Qahira
010-7790237
nurbalqisqahira@gmail.com





Adakah entri ini memberikan anda sedikit inspirasi? Mari kita senaraikan lagi. Sila tambah dan kongsikan maklumat yang telah memberi inspirasi kepada anda di ruangan komen dibawah ini. Sama ada dari anda sendiri mahu pun dari orang lain. Manalah tahu ianya mampu memberi manfaat kepada orang lain juga.

5 ulasan:

  1. As salam, saya suka gaya penulisan puan pada post ini. Teknik split info yang memberi satu tindakan dari minda di bawah sedar kepada pembaca.

    Terima kasih puan kerana berkongsi informasi yang bermakna ini.

    BalasPadam
  2. blog membantu surirumah untuk jadi lebih yakin untuk berniaga dah lama tak jumpa org, pasti gugup, membaca dan menulis akan mengajar surirumah jadi lebih yakin berbicara.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...