Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 15 Mac 2014

Gempur-Gempur Wira,Maju-maju Mara

Teks:Nur Balqis Qahira
Foto:Koleksi Peribadi
Catatan Harian

Hari ni saya berkesempatan menyaksikan perbarisan perajurit muda(rekrut) yang telah menamatkan latihan selama 6 bulan dengan jayanya.Sampai di PUSASDA seawal pukul 7.30 pagi.Ingatkan nak cari tempat duduk yang terlindung dari panas matahari,tetapi dah penuh.Terpaksalah duduk kt atas bukit.Baru nampak sikit.Agaknya,kawasan padang kawad tu dibanjiri oleh orang ramai seawal pukul 6.30 pagi terutama mereka yang datang jauh.Lebih kurang 15 000 orang awam yang datang menyaksikan perbarisan ni.Mungkin juga lebih.

Gempur gempur Wira,Maju maju Mara

Saya dan Qaleeysa menyusup masuk di celah-celah ribuan orang ramai untuk menyaksikan perbarisan dengan lebih dekat.Qaleesya pulak asyik cari 'tukang dukungnya' mr papa."Papa,papa?"
Bising pulak tak nampak kelibat si "tukang dukung".


Seramai 2469 orang perajurit muda(lelaki dan perempuan) telah berjaya menamatkan latihan yang semestinya sangat mencabar ketahanan mental dan fizikal.Tahniah kepada abang tentera dan cik tentera baru kita.Selamat bertugas dan berkhidmat untuk negara.Seronok la korang dah bebas dari kena ragging oleh jurulatih masing-masing.^_^

Mereka turut mempersembahkan 3 alunan muzik iaitu "Senyumlah,senyumlah ahai cik mek molek"(M.Daud Kilau),"Perwiraku" dan satu lagi tu tak ingat tajuk lagu.Hehe
Perbarisan tamat pada pukul 10.30 pagi.Tahniah sekali lagi,Perwira Negara!


Ha,dah jumpa si "tukang dukung" buat muka tak puas hati pulak Cik Qaleesya ni.Jangan risau Cik Qaleesya,si 'tukang dukung" sedia mendukungmu bila-bila masa.**Mama tukang pimpin tangan**.



***Bagi yang selalu berkawad,berdiri lama,kuat berjalan,sukar tidur,kejang & kebas kaki,sengal-sengal badan,gatal-gatal pada kaki,bengkak kaki,memandu kenderaan dalam jarak yang jauh,gout dan masalah saraf,amalkan penggunaan STOKIN AJAIB untuk menyelesaikan masalah tersebut.Dapatkan di SINI.


Gigi Kuning?Tercari-cari cara putihkan gigi?Klik Cara Putihkan Gigi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...