Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Rabu, 7 Mei 2014

Malang Sentiasa Ada Dimana-mana

Teks : Nur Balqis Qahira

Catatan Harian

5 Mei 2014

Ketika saya sedang enak menikmati sarapan pagi,milo panas dan roti kering(menu orang mengalami morning sickness),tiba-tiba handphone berdering.

"Helo,ni isteri Encik J...... ke?''Kedengaran suara seorang wanita bertanya.

"Ya,saya."

"Saya dari Klinik Kesihatan Teluk Kemang,awak tak mengandungkan?"

"Saya mengandung."

"Tau tak suami awak masuk hospital?''

"Tak tau,kenapa yer?"

"Dia accident.Sekarang ada di hospital,zon merah." (Zon Merah=Kritikal)

Darah saya berderau.Alangkah terkejutnya saya dan mula memikirkan perkara yang buruk mungkin berlaku.Air mata mengalir laju.

Tidak lama kemudian,seorang tentera menghantar semua barang dan pakaian yang dipakainya ke rumah.Bajunya koyak sedikit dan tiada kesan darah.

Saya meminta bantuan jiran sebelah rumah supaya menghantar saya dan anak ke hospital dengan segera.
Sampai di sana,ambulans sedang bersiap untuk membawa suami ke Hospital Seremban untuk menjalani X-ray.Kepalanya berbalut dan seluruh badannya ditutup dengan kain.Hati berasa sedikit lega melihat
dia sedar dan boleh bercakap.Saya juga menyusul ke Hospital Seremban ditemani oleh seorang kawannya.Sepanjang dalam perjalanan,saya hanya mampu berdoa semoga dia selamat dan tidak mengalami sebarang pendarahan dalaman.

Selesai menjalani X-ray,keputusan menunjukkan dia hanya mengalami patah di bahagian bahu selain luka di kepala dengan 15 jahitan berbentuk huruf Y.Tiada sebarang pendarahan dalaman.Dia dihantar semula ke Hospital Port Dickson dan dimasukkan ke wad biasa.Saya dan anak berulang-alik ke hospital untuk menjenguknya.Keesokkan harinya,doktor membenarkan dia balik ke rumah.Kepalanya masih berbalut dan masih memakai kain anduh.

Dia menceritakan bahawa dia tidak sedar bagaimana dia boleh kemalangan pada pagi itu.Ketika itu,dia dalam perjalanan pergi ke tempat kerja,lebih kurang pukul 6 pagi.Lokasi kemalangan ialah di satu selekoh berhampiran kubur.Kebetulan,kawan-kawannya juga berada di belakang.Dia hanya sedar ketika dia berada di hospital selepas kepalanya dijahit.Kawan-kawannya menyangka dia tidak bernyawa lagi memandangkan seluruh badan dan kepalanya berbalut.Tambahan pula,dia pengsan.

Alhamdulillah,syukur sangat.Dia selamat.Dia boleh berjalan,makan dan bercakap seperti biasa.Bahagian bahu yang patah mungkin mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.Terima kasih kepada jiran,Koperal Mohd Rezuan,Koperal Nasir dan lain-lain yang sudi menghulurkan bantuan.

Malang tidak berbau dan sentiasa ada dimana-mana.Berhati-hatilah ketika di jalan raya.

Nampaknya,bulan Mei ni bulan pergi ke klinik.

12 mei ; Buka jahitan(15 jahitan di bahagian kepala sblh kanan)
13 mei :follow up Qaleesya kat klinik pakar
15 mei :scan embrio/fetus
21 mei : ortho clinic
22 mei : SOPD
26 mei : minum air gula

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...