Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 17 November 2014

Panduan Lengkap Bisnes Online.Mulakan Langkah Pertama Anda!


Teks : Nur Balqis Qahira

Salam ceria,

Trend bisnes online untuk orang muda dan sesiapa sahaja termasuk suri rumah dan pelajar.Ada laptop/smartphone?Berminat untuk memulakan bisnes online?Masih terkial-kial untuk memulakan bisnes online?Anda sedang tercari-cari PANDUAN LENGKAP BISNES ONLINE?Mulakan dengan apa yang ada.Saya pasti anda sangat berminat untuk mempelajari bisnes online ini.Jangan risau,rahsianya akan dibongkarkan kepada anda.

3 Perkara paling asas yang penting untuk memulakan bisnes online ialah seperti berikut:

1)Mempunyai online banking seperti maybank2u,cimb clicks,mybsn atau lain-lain.Kebiasaannya,pemilik bisnes online menggunakan kemudahan maybank2u dan cimb clicks.Kemudahan ini amat memudahkan anda untuk menyemak transaksi pembayaran daripada pelanggan online.

2.Mempunyai laptop atau gadget.Laptop atau komputer amat penting untuk membina kedai online anda.Begitu juga dengan gadget seperti smartphone.Ia memudahkan anda untuk menyemak sebarang tempahan daripada pelanggan di mana-mana dan pada bila-bila masa asalkan ada talian internet.

3.Ilmu bisnes online.Sentiasa belajar dan belajar untuk memantapkan lagi ilmu bisnes online.Berani melabur untuk ilmu.



8 Kelebihan Bisnes Online

1.Kos murah berbanding kedai offline yang memerlukan modal yang besar dan kos overhead.Tiada produk sendiri pun tak mengapa.Anda juga boleh memulakan bisnes tanpa produk sendiri.Bisnes tanpa produk sendiri dikenali sebagai bisnes dropship.Anda tidak perlu menyimpan stok dan mengepos tempahan,hanya mempromosikan produk orang lain,mengambil tempahan daripada pelanggan dan menerima komisen daripada pemilik bisnes/produk.

2.Fleksibel.Anda bebas menyelia atau monitor perniagaan anda dari mana-mana tempat sama ada di rumah, di restoran, di wad, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda sedang bercuti asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.Tidak perlu ruang pejabat.Ia boleh dilakukan dirumah pada bila-bila masa dengan keselesaan sambil menjaga anak atau ibu bapa anda. Anda juga tidak terikat dengan waktu pejabat.

3.Anda adalah BOS.Anda boleh melakukannya dengan tenang tanpa desakan mana-mana pihak. Ia sesuai dijadikan hobi yang menjana pendapatan.Tiada siapa yang akan mengongkong anda. Anda bebas menentukan corak perniagaan anda. Memang menyeronokkan.

4.Tidak perlu jumpa pelanggan.Anda hanya berjumpa pelanggan anda hanya dari komputer/gadget anda menerusi laman sosial seperti facebook.Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui facebook,sistem email,sms,whatsapp,telegram dan pelbagai lagi laman sosial yang lain.Memang mudah. Anda tidak perlu keluar bersesak-sesak di jalan raya untuk berjumpa pelanggan.Berkaitan penghantaran produk pula anda boleh gunakan khidmat kurier seperti Poslaju,Skynet,Gdex dan lain-lain.Anda juga boleh membuka akaun dengan pihak kurier untuk menggunakan sistem pick-up.

5.Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti walaupun ketika anda sedang tidur. Dengan teknologi terkini yang ada sekarang,semua ini mampu anda lakukan dengan bisnes online.Anda juga boleh monitor atau menyelia perniagaan anda melalui smartphone/gadget.Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.

6.Risiko kecil .Semua perniagaan mempunyai risiko.Cuma kelebihan bisnes online ini mempunyai risiko yang paling rendah berbanding perniagaan offline. Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya.Contohnya,tapak hosting yang anda sewa dan tools yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan di internet. Berbeza dengan bisnes offline modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. Misalnya mana mungkin anda boleh menggunakan semula peralatan bisnes butik dalam bisnes dobi.Anda juga boleh memulakan bisnes tanpa produk sendiri terlebih dahulu seperti yang saya nyatakan di atas.Risikonya sangat kecil kerana anda tidak perlu menyimpan stok berlambak-lambak yang belum tentu ada pelanggan mahu beli.

7.Pelanggan Tanpa Had.Anda boleh menjalankan bisnes online anda ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah jumlah pengguna internet seluruh dunia  yang semakin bertambah khususnya pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda.Pengalaman sepanjang saya menjalankan bisnes online dengan menjual produk fizikal(STOKIN AJAIB),pelanggan yang menempah produk tersebut hampir dari semua negeri di Malaysia.Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda kerana bisnes offline hanya bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar kawasan anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online ini.

8.Peluang Pendapatan Pasif .Satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau passive income. Dengan erti kata lain anda boleh mendapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ia bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya.Saya juga sering menerima tempahan STOKIN AJAIB daripada pelanggan ketika saya sedang berada di wad selama 56 hari walaupun saya kurang mempromosi kedai online saya ketika itu.Saya hanya monitor kedai online saya melalui smartphone.Close sales sebanyak RMXXXX walau hanya monitor dari wad.Sekali anda sudah mula menjana passive income anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.Mulalah bina empayar perniagaan online anda dari sekarang serta eksploitasi segala kelebihan bisnes online yang ada. Jika anda tidak mencubanya anda tidak akan dapat pengalaman dan sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya menjana income pertama di internet.Saya yakin sudah tentu anda suka melayari internet terutama laman sosial.Sayangnya,anda hanya membuang masa sahaja di internet tanpa menjana sebarang pendapatan daripadanya.Walaubagaimanapun, berhati-hati memilih perniagaan yang ingin dijalankan di internet. Sekiranya anda masih lagi was-was serta belum lagi yakin dengan kemampuan anda untuk jalankan bisnes secara online, apa kata anda timba dulu ilmu serta kemahiran untuk membina website perniagaan yang berjaya. Kata Albert Einstein, pelaburan yang digunakan untuk menuntut ilmu adalah pelaburan yang dijamin memberikan pulangan lumayan.


Mari saya bantu,saya ada sesuatu untuk anda yang mahu memulakan bisnes online tetapi tidak tahu cara dan masih terkial-kial dalam bisnes online.

 Panduan Lengkap Bisnes Online





Pakej ini merangkumi semua aspek yang diperlukan dalam pembinaan laman web yang lengkap meliputi daftar domain hosting, grafik, autoresponder,shopping cart,bina borang, produk dan banyak lagi.Pendek kata,memang sangat lengkap.

Ini merupakan video ebook interaktif yang mengabungkan text, gambar dan video. Ia sangat menarik kerana setiap video dimulakan dengan penerangan berbentuk text. Ia adalah text diikuti video, text diikuti video, text dikuti video dan seterusnya. Semuanya step by step diterangkan secara terperinci.

Bahan-bahan pembelajaran juga turut disediakan membolehkan anda terus mempraktikkan tutorial yang diajar. Anda tonton dan terus boleh buat... tonton dan buat.... tonton dan buat... tonton dan buat.  Inilah cara terbaik dalam pembelajaran. Memang sangat mudah dipelajari.

Kelebihan menggunakan video ebook ini, anda boleh mengulangnya beberapa kali sehingga anda mahir. Jika anda terlupa, anda boleh kembali semula kepada tutorial yang disediakan. Semuanya diajar dari asas sehingga pandai.



Untuk mendapatkan pakej ini,sila klik Pakej Belajar Bina Grafik dan Laman Web Perniagaan Lengkap 

Beri Peluang Kepada Diri Anda Untuk Berjaya
Laburkan Untuk Ilmu Yang Akan Majukan Diri Anda

Mulakan hari ini!

Inilah langkah pertama usahawan-usahawan online dalam menjana wang online. Hampir semua bermula belajar cara membina laman web dan grafik online. Semua rahsia membina laman web dan grafik online didedahkan di dalam pakej hebat ini.  Semuanya diajar step by step menggunakan video yang mudah dipahami, padat dan berkesan.

Jika tak mahu lepaskan peluang yang saya kongsikan ini, sila terjah untuk info lebih lanjut dan juga cara nak dapatkan video ebook Panduan Lengkap Bisnes Online ini di sini-http://bit.ly/1vgnwey


Jangan tangguhkan kejayaan anda sehingga esok.

p/s:Jangan tunggu untuk bertindak, selagi tidak bertindak ianya hanyalah KEHENDAK dan ANGAN-ANGAN.




__________________________________________________________________

Bagaimana membina pendapatan pasif melalui handphone?Bukan jual handphone dan bukan jual topup ya.
Dapatkan RAHSIA MEMBINA PENDAPATAN PASIF MELALUI HANDPHONE di entri saya yang terdahulu.
Klik SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...