Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 6 Mac 2015

Cahaya Mata Kedua


Teks  & Foto ; Nur Balqis Qahira

Assalamualaikum dan hai,
Selamat Hari Wanita

Anda semua adalah wanita yang HEBAT!


Lamanya tak update blog sejak bersalin dan keluar masuk wad.
Hari ni 7 Mac 2015,genap 4 tahun bergelar isteri.Bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri dan pelengkap rumah tangga.Hari ni juga cahaya mata kedua berumur 101 hari.




mix kids,hehe

Mengimbau kembali saat mengandung dan bersalin anak kedua,ia adalah satu pengalaman yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan.Tiga hari sebelum admit ward,saya mengalami sakit perut yang luar biasa .Sakit terasa macam mahu bersalin tetapi tiada sebarang kontraksi.Sakit teramat sehingga tangan saya cramp dan tidak mampu  mencapai handphone untuk menghubungi sesiapa.Saya menahan sakit perut lebih kurang sejam.Sakit perut tersebut berulang selama 2 kali pada hari yang sama.Ketika itu,suami outstation selama 2 minggu.Saya dan anak sulung saya(Qaleesya) sahaja berada di rumah.Dua hari selepas itu,suami balik dan saya pergi ke klinik pakar untuk appointment seperti biasa.

Doktor memaklumkan kepada saya bahawa saya perlu admit ward kerana pangkal rahim pendek dan boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Saya terlantar di wad selama 56 hari dari usia kandungan 26 minggu hingga minggu ke-34.Pergerakan yang sangat terbatas sehingga menyebabkan saya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ke bilik air membuatkan saya semakin menghargai kesihatan. 

Saya juga sudah biasa disuntik ubat untuk mematangkan paru-paru bayi  selama 8 kali sepanjang berada di wad.Sakitnya tak payah ceritalah.

Kedudukan bayi yang songsang pada minggu ke-28 merisaukan saya kerana saya berisiko melahirkan bayi pada bila-bila masa.Ia berada dalam kedudukan melintang pada minggu ke-30 dan berpusing ke kedudukan normal pada minggu ke-32.

Saya bersyukur kerana melahirkan zuriat ke-2 pada minggu ke-37 setelah melalui pelbagai dugaan ketika mengandung.Saya diuji lagi ketika dalam pantang.Saya bentan pada hari ke-3 berpantang dan batuk kuat pada hari ke-7.Bayi saya juga mengalami prolonged jaundice dan kami terpaksa berulang-alik ke klinik setiap hari untuk memantau tahap jaundisnya.Kadang-kadang kami pergi ke klinik 2 kali sehari sepanjang saya dalam pantang.

Bayi saya turut dijangkiti batuk berkahak dan sukar bernafas serta perlu dirawat di wad selama seminggu.Tangan dan kakinya bengkak akibat dicucuk untuk memasukkan antibiotik.Berada di wad selama seminggu menjaga bayi sambil menjaga si kanak-kanak riang(Qaleesya) sangat mencabar.


Walaubagaimanapun,saya bersyukur kerana semuanya selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...