Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 6 Julai 2015

Cara Terima Wang Melalui Western Union

Teks & foto: Nur Balqis Qahira

Ini kali pertama saya menerima bayaran untuk tempahan stokin infrared melalui Western Union dari pelanggan negara Brunei Darussalam.Pada mulanya saya cadangkan supaya dia membuat bayaran melalui paypal kerana transaksi boleh dilakukan secara online.

Cara Terima Wang Melalui Western Union,Western Union,Borang Terima Western union


Maklumlah sejak dah bersalin anak kedua ni,saya jarang keluar rumah.Malas sikit nak keluar untuk uruskan kiriman Western Union tu.☺

Tetapi dia cakap dia selalu menggunakan servis Western Union.Servis ini agak cepat dan penerima boleh menerima wang tersebut dalam masa sehari.Penerima hanya perlu memberi nama penuh dan no.ic kepada pengirim dan tak perlu memerlukan akaun bank.


Memandangkan ini kali pertama saya menerima bayaran dengan menggunakan servis ini,saya pun mencari info di internet tentang cara menerima wang melalui Western Union.

Saya terjumpa blog saudari Ujie Othman.Menurutnya,penerima boleh menerima wang tersebut melalui agen-agen Western Union seperti bank-bank dan pejabat pos.Prosesnya tidak rumit.

Pengirim perlu memberi slip/resit kiriman kepada penerima kerana proses penerimaan wang tersebut memerlukan NAMA,NEGARA,NO.TEL PENGIRIM dan juga MTCN(Money Transfer Control Number).

Minta BORANG TERIMA Western Union daripada staff di situ.Kena cakap BORANG TERIMA ya,kalau tak nanti dorang bagi borang kiriman pulak.Isi dan serahkan bersama dengan salinan KAD PENGENALAN.Kalau semua maklumàt betul,penerima boleh menerima wang tersebut.


Saya memilih untuk berurusan di pejabat pos kerana pernah ternampak signboard Western Union kat situ. Sekejap je dah terima DUIT melalui Western Union.Sila fotostat IC siap-siap.Pastikan datang lebih awal kerana pihak pejabat pos memaklumkan bahawa urusan Western Union tidak boleh dilakukan selepas jam 4 petang.

Bisnes Stokin Infrared ini saya buat secara dropship dan sampingan sahaja sejak tahun 2013.Saya jarang promote di Facebook Profile  kerana FOKUS utama saya Ialah Tunetalk ToneExcel .Ini kerana Tunetalk ToneExcel adalah sumber pendapatan yang pasif dan boleh diwarisi.

Pasaran perniagaan online sangat meluas.Tidak terhad di Malaysia sahaja tetapi juga di Asia serta di seluruh dunia.Kos perniagaan internet juga lebih rendah.Anda boleh memulakan perniagaan internet  walaupun tanpa produk sendiri dan tanpa perlu menyimpan stok.Ia mudah diuruskan dimana-mana sahaja dan bila-bila masa.

Saya tepek kat blog aje untuk promote stokin ni dan biarkan pelanggan menjejaki saya melalui handphone atau email.Antara kelebihan stokin ini ialah mengatasi masalah tak boleh tidur, lenguh kaki,krem,bengkak kaki,mengurangkan toksin dalam badan,mengurangkan sakit-sakit badan dan lain-lain.

Wanita berpantang dan mengandung juga boleh menggunakan stokin ini.Saya sendiri guna sepanjang tempoh mengandung dan berpantang.Memang best.Stokin ni jugak tak berbau busuk walaupun tak basuh selama 6 bulan.Haha.Serius!
Lagi satu,Stokin ni tak mudah koyak.

Update pada 5 Julai 2017 : Stok habis!

Nak income setiap 21 hb?
http://pendapatanhandset.blogspot.com

Nak belajar bina blog tetapi masalah kekangan masa?Jom daftar di kelas Online ABDR..
Kelas 100% secara online dan waktu belajar ikut masa sendiri.
Boleh daftar melalui saya selaku pengurus online ABDR.
Maklumat lanjt.klik SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...