Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 4 Julai 2015

Petua Mudah Merawat Batuk Secara Tradisional

Teks & Foto:Nur Balqis Qahira

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan

Semoga kita semua sihat walafiat dan diberkati olehNya.

Hari ni saya nak kongsikan tentang satu petua merawat batuk secara tradisional menggunakan bahan-bahan di dapur.

Zaman kecik-kecik dulu,kalau saya dan adik beradik batuk,mak selalu guna petua ni.
Petua ni mudah je tetapi saya dah lama tak amalkan sebab terlupa.
Maklumlah dah 2 Kali "putus urat" .

OK.
Cara-caranya:

Bakar 2 ulas bawang putih sekali dengan kulit.
Saya cucuk dengan garfu dulu kemudian bakar lebih kurang 2-3  minit.

Selepas tu,ketuk bawang putih tersebut.

Buang kulitnya.

Letak dalam bekas dan campurkan dengan sedikit minyak masak.
Boleh juga kalau nak campurkan dengan minyak zaitun.

Sapukan di dada,leher dan belakang pesakit.

Qaleesya(anak sulung saya,berumur 4 tahun) kerap  batuk.Sekarang ni,saya terus sapu minyak bawang putih tersebut kalau terdengar dia batuk.

Alhamdulilah, batuk boleh dikawal dan cepat sembuh.Boleh diamalkan di samping pengambilan ubat-ubatan.

Selamat mencuba☺

Baca lagi Koleksi Petua Di SINI.

PS:Nak KERJA DARI RUMAH?Klik SINI.


Nak INCOME SETIAP 21 HB?KLIK SINI
atau SMS/Whatsapp "TTE" ke 010-7790237

Nur Balqis Qahira
010-7790237
Emel : nurbalqisqahira@gmail.com
URL:nurbalqisqahira.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...