Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Rabu, 11 Disember 2013

Magnet Kekayaan & Kejayaan

Anda boleh menjadi MAGNET kepada kebahagiaan, kekayaan, kejayaan & keberkatanNya bila anda mula ubah cara anda berfikir, emosi anda, kata-kata anda & tindakan anda menjadi luar biasa'


Buku terbaru Dr.Azizan Osman

MAGNET KEJAYAAN DAN KEKAYAAN
Formula terbukti berjaya untuk menarik kebahagian,kekayaan,kejayaan & keberkatan dalam hidup anda

RM31(Semenanjung Malaysia),RM35(Sabah & Sarawak)
Stok sangat terhad dan cepat habis.Sila hubungi kami segera untuk mengelakkan menunggu lama.
Siapa cepat dia dapat!


Buku terbaru Dr.Azizan Osman untuk semua.Formula terbukti untuk menarik kebahagian,kekayaan,kejayaan dan keberkatan dalam hidup anda.Anda boleh menjadi MAGNET kepada kebahagian,kekayaan,kejayaan & keberkatanNya bila anda mula ubah cara anda berfikir,emosi anda,kata-kata anda & tindakan anda menjadi luar biasa.Orang yang tidak mahu berjaya atau tidak mahu mengubah hidup mereka lebih berjaya akan mempunyai masalah yang besar dengan orang yang berjaya!Mereka perlu mencari silap orang berjaya untuk membuatkan mereka merasakan yang mereka kononnya ok-ok atau nampak bagus.Tapi orang berjaya,mereka tidak kisah jika orang lain tidak mahu mengubah hidup mereka kerana apa yang penting ialah mereka terus memperbaiki hidup dan terus menyumbang manfaat kepada orang ramai.


Isi Kandungan
1.Transformasi Hidup 60 saat

2.Kejayaan Membuatkan Manusia Mengenal Diri,Agama dan Tuhan

3.Memberi Untuk Menerima(The More You Give The More You Get)

4.Formula Kekayaan Jutawan M.E.S.T.I

5.Magnet Kehidupan

6.Mitos Tentang Wang

7.Trauma Manusia

8.Keperluan Manusia Untuk Berjaya

9.Deklarasi Minda Jutawan

10.Transformasi Hidup Anda sekarang

11.Program Richworks


12.Mengenal Penulis-Azizan Osman

Buku Magnet kekayaan & Kejayaan (Dr Azizan Osman)

Buku ini mendedahkan formula menjadi individu yang cemerlang mental, emosi dan rohani. Menghuraikan aspek kejayaan hidup secara holistik tanpa mengkesampingkan lain-lain perkara yang dilihat remeh oleh sebahagian orang seperti gaya hidup sihat, mental yang cerdas dan positif, hubungan sesama manusia dan makhluk ciptaan Allah yang lain.

Mesti Jadi Jutawan dengan M.E.S.T.I

Bukan sebarang akronim, M.E.S.T.I menjelmakan 5 prinsip utama formula kejayaan dan kekayaan tersendiri daripada Dr. Azizan Osman. Keberkesanan formula ini terbukti selepas di amalkan dengan betul dan konsisten. M.E.S.T.I mentakrifkan perkara-perkara berikut:

M – Mentor
E – Elmu
S – Sistem/Strategi
T – Tindakan
I – Impian
Formula M.E.S.T.I merupakan satu modul lengkap dan boleh dijadikan mazhab untuk memulakan perniagaan oleh individu yang berhasrat serta merancang untuk menjadi seorang usahawan yang terbilang. Ramai antara peserta seminar beliau yang telah mengamalkan formula ini dan memberi maklum balas positif dan luar biasa.

Setiap pecahan akronim tersebut dihuraikan secara terperinci di dalam buku ini. Ia sebuah formula yang wajib di ketahui para peniaga dan individu yang bercita-cita menjadi luar biasa dalam apa jua lapangan yang diceburi.

Magnet Kehidupan

Di bab 5, mukasurat 43 buku ini menyentuh tentang keperluan-keperluan yang patut ada dalam perjalanan menuju kejayaan. Ia diterjemahkan sebagai empat magnet kehidupan yang terpenting iaitu:-

Pemikiran;
Perasaan;
Komunikasi; dan
Tindakan
Sebahagian daripada kita memandang ringan akan pengaruh di sekeliling kita. Saban hari pasti ada perkara-perkara yang menyumbang kepada aura positif dalam hidup. Namun, kerana sikap acuh tak acuh menjadi pemerhati alam, mungkin sebahagian kita terlepas peluang-peluang terbaik yang datang dalam hidup.

Menariknya tentang bab ini ialah eksperimen air jernih dan air kopi. Analogi kepada ‘taraf kesihatan’ hati dan minda seseorang dalam melakukan aktiviti ‘menyaring’ perkara-perkara positif dan negatif.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut eksperimen menarik ini, baca buku ini .
Proaktif dan Pantas Untuk Berjaya

“Fast action, fast result” yang bermaksud bertindak pantas untuk hasil yang cepat adalah satu moto yang begitu sinonim dengan Azizan Osman. Moto ini boleh di anggap sebagai kata azimat kerana ia menjadi mantera wajib dalam setiap seminar dan kursus yang dianjurkan Dr. Azizan dan tim Richworks.

Moto ini secara lahiriah saja seakan menyalurkan unsur-unsur positif dan motivasi dalam diri. Membawa maksud tindakan yang pantas menghasilkan pulangan yang lebih cepat pula.

Sesuatu yang di lakukan dengan sambil lewa dan terhegeh-hegeh sudah tentu menyebabkan hasilnya lambat untuk dituai. Berlandaskan niat yang betul dan dengan tujuan meraih redha Allah, dan bersegera dalam melaksanakannya, pasti memberikan pulangan yang setimpal.

Prinsip inilah yang menjadikan Dr. Azizan Osman sebagaimana beliau yang dilihat masyarakat pada hari ini. Setelah memilih mentor yang terbukti telah berjaya, komited ialah langkah seterusnya dalam memastikan kelangsungan impian untuk kaya dan berjaya.

Latarbelakang Penulis

Dr. Azizan Osman merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks International Sdn. Bhd., iaitu satu-satunya yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records pada tahun 2012 sebagai syarikat terbesar di Malaysia yang menganjurkan pelbagai seminar dan kursus dalam bidang pembangunan usahawan, pemasaran dan motivasi.

Dr. Azizan dan pasukan Richworks telah membantu ramai para usahawan meluaskan empayar perniagaan mereka dengan mengeksploitasi kepakaran dan pengalaman 12 tahun beliau dalam bidang perniagaan dan pemasaran.

Pengalaman hidup sendiri yang dikongsikan beliau melalui buku ini menjadikan ia sebuah bacaan catatan pengalaman yang realisitk dan dekat dengan hati para pembaca terutamanya yang bergelar usahawan.

Perkongsian tulus dalam usaha membantu lebih ramai orang menjadi kaya, berjaya dan bahagia dalam kehidupan adalah sesuatu yang tidak wajar dilepaskan.

.............
Minda kita adalah seumpama sebuah magnet.Minda yang sangat hebat menarik apa sahaja,sama ada unsur positif mahupun negatif.Tanggungjawab memilih sama ada inginkan tarikan minda positif atau negative terletak di tangan anda sendiri.Jika minda anda asyik diasak dengan keluh kesah,kecewa dan tidak berpuas hati,pastilah lebih banyak tarikan negatif yang menjelma di dalam hidup anda.Jika anda juga selalu bersangka buruk,suka menabur fitnah atau menjaja cerita orang lain,apa sebenarnya yang anda sedang tanam ke dalam minda anda?Apa pula yang anda sebenarnya sedang tarik ke dalam hidup anda?Lihat di sekeliling anda,pasti ada individu yang mempunyai sikap seperti ini.Perhatikan bagaimana kehidupan mereka.Adakah mereka bahagia?Saya pasti anda sendiri tahu jawapannya.

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa memelihara minda dan hatinya.Mereka tidak ada masa mengambil tahu perihal orang lain.Apa yang utama bagi mereka ialah menambah nilai kepada orang ramai dan bukannya menilai orang ramai.


Sumber : Buku Magnet Kekayaan & Kejayaan
Penulis : Dr Azizan Osman
Muka surat : 59
…………………
Hindarkan segala cara pemikiran negatif terhadap kehidupan anda.Mulakan penghijrahan hidup secara keseluruhannya menerusi pembacaan buku ini.


RM31(Semenanjung Malaysia),RM35(Sabah & Sarawak)
Stok yg ada Kat saya sold out.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...