Teks : Nur Balqis Qahira
Imej : Google
Assalamualaikum..
Sudah lama tidak mengemaskinikan laman ini dek kesibukan
berganda sejak kebelakangan ini.Hari ini baru selesai mengemas SOHO yang sudah
seminggu tidak dikemas.Inilah rutin harian seorang suri yang bekerja dari rumah,sentiasa
sibuk sehinggakan ofis mini yang terletak di satu sudut ruang tamu ini tidak sempat dikemas.Hari
ini,saya mencuri sedikit masa untuk memasukkan entri baru di blog
ini.Alhamdulillah,walaupun berdepan dengan kerenah anak yang masih kecil tetapi ia adalah satu kepuasan kerana boleh menjana pendapatan di samping mengurus rumah tangga dan anak-anak.
Sebagai seorang
isteri dan ibu,semestinya tidak lari dari cabaran yang dihadapi seperti melayan
anak yang masih kecil,menguruskan rumah tangga sekaligus memberi tumpuan kepada
karier yang beroperasi dari rumah.Mungkin masih ramai yang tidak tahu,apa itu
SOHO?Saya akan merungkaikan persoalan anda di sini.
SoHo atau Small
office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah.
Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. Saya menjalankan perniagaan dari
rumah dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah
dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. Dato Dr Azman Chin pernah berkata
tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi),
hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya:
>Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian
yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan
teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.
atau…
>Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada
jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai.
Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh
kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama
& kewangan.
So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go!
SOHO
adalah pilihan saya yang tepat sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang
bekerja dari rumah.Surirumah sekarang sangat bertuah kerana adanya IT yang
sangat membantu surirumah menjana pendapatan yang lumayan.Anak-anak pun berada
di bawah jagaan kita.Yang penting pandai menguruskan masa ,tidak cepat berputus
asa dan mempunyai semangat serta
disiplin diri yang tinggi.
Terdapat tiga kategori wanita yang bekerja dari rumah:
1. Wanita yang sudah bekerjaya, tetapi sayang melepaskan
kerja sedia ada. Pada masa yang sama masih menjalankan bisnes online secara
sambilan. Namun pendapatan secara online ini bukanlah calang-calang.
2. Wanita yang bekerjaya yang berpendidikan tinggi,
berhenti kerja dan salah satu sebabnya adalah faktor anak-anak.
3. Wanita yang sedia ada suri rumah, tidak ada pengalaman
kerja pun. Jadi baru mahu bermula sebagai usahawan dari rumah, bermula secara
online dan sepenuh masa.
Ilmu adalah sangat penting untuk mencapai
sesuatu matlamat.Begitu juga matlamat bekerja dari rumah.Bukan semua wanita
mampu bekerja dari rumah lebih-lebih lagi tanpa ilmu dan usaha yang
konsisten.Maka,bagi yang ingin memulakan langkah pertama untuk bekerja dari
rumah,baca eBook Inspirasi Bekerja Di Rumah .
WhatsApp"Inspirasi Bekerja Di Rumah " ke 010-7790237
P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini
untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di
kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas
walaupun hanya duduk di rumah.
tips dan malumat hebat
BalasPadamhttp://metrobestmom.blogspot.com/2013/05/kelebihan-menjadi-ahli-shaklee-saya.html
Terima kasih puan Irnawati Mohd Mydin
Padam