Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 2 November 2013

Rumahku Ofisku







 Teks : Nur Balqis Qahira
Imej : Google

Assalamualaikum..
Sudah lama tidak mengemaskinikan laman ini dek kesibukan berganda sejak kebelakangan ini.Hari ini baru selesai mengemas SOHO yang sudah seminggu tidak dikemas.Inilah rutin harian seorang suri yang bekerja dari rumah,sentiasa sibuk sehinggakan ofis mini yang terletak di satu sudut ruang tamu ini tidak sempat dikemas.Hari ini,saya mencuri sedikit masa untuk memasukkan entri baru di blog ini.Alhamdulillah,walaupun berdepan dengan kerenah anak yang masih kecil tetapi ia adalah satu kepuasan kerana boleh menjana pendapatan di samping mengurus rumah tangga dan anak-anak. 


   Sebagai seorang isteri dan ibu,semestinya tidak lari dari cabaran yang dihadapi seperti melayan anak yang masih kecil,menguruskan rumah tangga sekaligus memberi tumpuan kepada karier yang beroperasi dari rumah.Mungkin masih ramai yang tidak tahu,apa itu SOHO?Saya akan merungkaikan persoalan anda di sini.

    SoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. Saya menjalankan perniagaan dari rumah dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. Dato Dr Azman Chin pernah berkata tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi), hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya:

>Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.
atau…

>Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai.

Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama & kewangan.

So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go!


         SOHO adalah pilihan saya yang tepat sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang bekerja dari rumah.Surirumah sekarang sangat bertuah kerana adanya IT yang sangat membantu surirumah menjana pendapatan yang lumayan.Anak-anak pun berada di bawah jagaan kita.Yang penting pandai menguruskan masa ,tidak cepat berputus asa dan  mempunyai semangat serta disiplin diri yang tinggi.

Terdapat tiga kategori wanita yang bekerja dari rumah:

1. Wanita yang sudah bekerjaya, tetapi sayang melepaskan kerja sedia ada. Pada masa yang sama masih menjalankan bisnes online secara sambilan. Namun pendapatan secara online ini bukanlah calang-calang.

2. Wanita yang bekerjaya yang berpendidikan tinggi, berhenti kerja dan salah satu sebabnya adalah faktor anak-anak.

3. Wanita yang sedia ada suri rumah, tidak ada pengalaman kerja pun. Jadi baru mahu bermula sebagai usahawan dari rumah, bermula secara online dan sepenuh masa.

           Ilmu adalah sangat penting untuk mencapai sesuatu matlamat.Begitu juga matlamat bekerja dari rumah.Bukan semua wanita mampu bekerja dari rumah lebih-lebih lagi tanpa ilmu dan usaha yang konsisten.Maka,bagi yang ingin memulakan langkah pertama untuk bekerja dari rumah,baca eBook Inspirasi Bekerja Di Rumah .

WhatsApp"Inspirasi Bekerja Di Rumah " ke 010-7790237


  P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.



Panduan Untuk Anda

·    

2 ulasan:

  1. tips dan malumat hebat
    http://metrobestmom.blogspot.com/2013/05/kelebihan-menjadi-ahli-shaklee-saya.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...