Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Sabtu, 21 Disember 2013

Resipi Kek lapis Tembikai


Teks : Nur Balqis Qahira

Assalamualaikum kawan-kawan,.

Kali ni saya nak berkongsi resipi Kek Lapis Tembikai(Kek Lapis Sarawak).Kek Lapis Tembikai ni sangat menarik dan rasanya sangat sedap.

Bahan-bahan ( tidak terhad )
  • 10 biji Telur
  • 16oz Butter
  • 200gm Gula halus (kalau x nak manis boleh kurangkan)
  • 300gm Tepung Hong Kong (tepung gandum pun boleh)
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil Susu Manis
  • 1 paket Serbuk Santan (50gm)
  • 1 botol Chocolate Chips (utk di jadikan biji Tembikai)
  • 1 sudu mkn Ovallate
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • Sedikit pewarna Hijau, Kuning & Merah
Cara-cara membuat
  1. Pukul butter dan susu manis sehingga putih dan kembang. Ketepikan.
  2. Di tempat yg berasingan, pukul telur, ovallete, gula halus dan esen vanilla hingga sebati.
  3. Satukan kedua-dua  adunan butter tadi dan telur. Pukul hingga betul-betul sebati yer..
  4. Masukkan seri kaya dan serbuk santan, pukul hingga adunan sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga betul2 sebati.
  6. Selepas itu, adunan di bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan 1 (letak warna hijau), sebanyak 3 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 6 senduk utk lapisan hijau. Adunan 2 (letak wana kuning), sebanyak 2 lapisan (satu lapisan diberi 2 senduk nasi) jadi semuanya 4 senduk utk lapisan kuning. Adunan selebihnya letak warna merah, setiap lapisan 2 senduk. adunan di habiskan utk adunan warna merah.
  7. Lapiskan adunan hijau dulu, bila masak buat lah begitu sehingga adunan seterusnya. warna hijau sebanyak 3 lapisan.
  8. Kemudian lapiskan adunan kuning, sehingga lapis ke dua.
  9. Akhir sekali lapiskan adunan merah, bakar berlapis2. Setiap lapisan di taburkan chocolate chips.
  10. Ulang sehingga adunan habis.
Siap..Selamat mencuba ya.Semoga berjaya!

Anda boleh membuat kek lapis tembikai ni untuk hidangan keluarga pada hujung minggu atau apabila sudah mahir,boleh la ambil tempahan daripada jiran-jiran.Boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Bagi yang tercari-cari idea bisnes dari rumah,baca ni:101 Idea Home-Based Bisnes

Kami juga ada menyediakan kelas membina blog yang dikendalikan 100% secara online dan melalui hujung jari sahaja.Maklumat lanjut:KELAS ONLINE ASAS BLOG BISNES & PENULISAN

Kalau tak nak belajar di kelas online,kami ada servis bina blog bisnes,klik sini:SERVIS BINA BLOG

Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline:KLIK SINI

Cara Buat Duit Melalui Simkad Klik sini : Jana Pendapatan Melalui Simkad

Panduan Tiket Penerbangan AirAsia Percuma:KLIK SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...