Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 20 Disember 2013

10 Tips Mengatasi Keletihan & Kelesuan


Teks :Nur Balqis Qahira
Foto:Google

Letih dan lesu.Itulah masalah yang sering kita alami setelah seharian bekerja,menguruskan rumah-tangga dan menjaga anak-anak.Hari ini saya mahu berkongsi tips-tips mengatasi keletihan dan kelesuan.Semoga tips-tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah keletihan dan kelesuan.Sebelum itu,mari kita lihat faktor-faktor yang menyebabkan badan letih dan lesu.Antaranya ialah :

a.Pemakanan yang tidak sihat
b.Tekanan dan stress
c.Insomnia/sukar tidur
d.Anemia
e.Tidak bersenam
f.Kekurangan air dalam badan
g.Kehamilan
h.Kurang rehat

Cara Mengatasi

1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan amatlah penting bagi mengembalikan tenaga.
Ini amat perlu bagi mengelakkan keletihan dan makanan seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah baik untuk kesihatan anda. Mengambil sarapan pagi amat penting untuk mengekalkan tenaga.Tidak bersarapan pagi adalah tabiat yang tidak harus diteruskan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada anda.

2. Minum Lebih Air
Penyahhidratan boleh menyumbang kepada keletihan. Minda anda sebenarnya bekerja dengan keras dan anda sangat memerlukan lebih banyak air di dalam badan.Dalam masa yang sama badan anda juga akan berusaha untuk menyingkirkan semua sel toksik dari badan dan meminum air dengan kuantiti yang mencukupi. Seterusnya apabila anda berasa letih, minum 2-3 gelas air dan anda akan perasan rasa segar datang dengan segera.Anda digalakkan meminum air kosong 8 gelas sehari.

3. Bersenam
Kesibukan merupakan penyebab kebanyakan di antara kita lupa akan kepentingan bersenam.Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita. dan mencergaskan badan sekaligus mencerdaskan minda.

4. Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur. Elakkan dari mengambil pil tidur sebaliknya lakukan beberapa senaman ringan dan minum segelas susu suam sebelum tidur. Ini akan membantu anda tidur lebih cepat dan mendapat rehat yang secukupnya.Bagi yang mengalami masalah sukar tidur,anda boleh atasinya dengan memakai STOKIN AJAIB.
Untuk maklumat lanjut,sila KLIK SINI

5. Berehat/bercuti
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.Ambillah masa 15 minit untuk anda merehatkan diri dan menikmati minuma kegemaran anda.Bercuti ke tempat-tempat yang menarik juga boleh menenangkan fikiran seperti di Pantai Port Dickson,Pulau Langkawi dan sebagainya.

6. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.

7. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.

8. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.

9. Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin pada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.

10.Mengambil Makanan Tambahan
Pengambilan makanan tambahan juga amat membantu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan sekaligus menjadikan kita bersemangat dan kekal cergas untuk melakukan tugasan seharian.Makanan tambahan yang terbaik untuk wanita ialah jus BIDADARI.Ambil 2 sudu jus Bidadari setiap pagi dan setiap malam.2 kali sehari.Amalkan secara konsisten.Selain itu,jus ini juga amat bagus untuk kesihatan dalaman wanita seperti senggugut.keputihan,haid tak teratur,faraj longgar,sukar hamil,mengecutkan peranakan dengan cepat(bagi wanita selepas bersalin),meningkatkan pengeluaran susu(wanita yang menyusukan anak),menghilangkan keletihan dan meningkatkan seri wajah.Harga jus BIDADARI ini ialah RM95 sebotol(belum termasuk kos pos).Untuk mendapatkannya,sila hubungi 010-7790237 atau klik sini:DE QAHIRA FORMULA SIHAT DAN CANTIK



Sekian,semoga tips-tips di atas dapat membantu mengatasi masalah keletihan dan kelesuan yang anda alami.

Kami ada menawarkan kelas-kelas berikut 100% secara online untuk membantu menambah nilai hidup masyarakat khususnya suri rumah yang masih tercari-cari cara menjana pendapatan dari rumah.Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk wanita yang sibuk dan mempunyai kekangan masa.

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula  RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Lihat di sini:KELAS PENULISAN KREATIF

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Peserta akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.


Peserta  dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Untuk MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN,sila klik butang di bawah.


Kini anda boleh menyertai kelas ini mengikut keselesaan rumah anda sendiri 

Nur Balqis Qahira
010-7790237
Emel:nurbalqisqahira@gmail.com

2 ulasan:

  1. Terima kasih. Banyak sangat tips yang bermanfaat :) Senang-senang jemput ke kindhearty.blogspot.com.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Nur Diana,nanti saya blogwalking di blog awak ya..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...