Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 27 Januari 2014

Kenapa Perlu Membina Blog?

Teks: Nur Balqis Qahira
Foto:Google

Kenapa perlu membina blog?Ramai yang bertanya kenapa perlu ada blog sedangkan sekarang adalah zaman facebook.Ada ke yang nak baca blog?Bagaimana blog berfungsi?Macam mana nak bagi orang baca blog?Itu adalah antara soalan yang dilontarkan ke inbox facebook saya.

Jawapannya,blog sangat mudah muncul di carian Google.Pengguna internet sering mencari sesuatu atau dengan kata lain mencari cara menyelesaikan sesuatu masalah melalui Google.Taip sahaja keyword yang berkaitan dan pelbagai blog akan muncul di carian Google.Mungkin blog anda akan berada di tangga teratas melalui carian Google.Jadi, perlunya ada blog supaya blog tersebut akan keluar di enjin carian google. Berbanding jika menggunakan facebook pula, carian di google sangat jarang memaparkan link facebook.



Selain itu,blog juga berfungsi sebagai platform untuk membina kredibiliti anda di internet.Pengunjung blog atau bakal prospek akan lebih mengenali anda dengan lebih dekat.Pengunjung juga boleh melayari blog anda pada bila-bila masa waima ketika anda sedang tidur.

Di samping itu,blog juga adalah medium percuma sahaja.Sangat rugi jika anda tidak mahu memanfaatkannya.Melalui blog juga,anda bebas memilih nama domain atau jenama anda sendiri.
Jenama dan tagline juga penting untuk membuatkan pembaca blog mengingati jenama blog.

Walaupun facebook adalah laman sosial yang paling popular setakat ini,blog tidak "mati".Pengguna internet masih gemar melakukan carian di Google.Blog juga adalah medium pemasaran yang berfungsi sebagai tapak kedai online yang sangat efektif selain facebook.

Untuk menarik minat pengunjung atau pembaca ke blog anda,blog mestilah mengandungi informasi yang menyelesaikan masalah pengunjung.Tujuan utama pengguna internet melakukan carian melalui Google atau enjin carian ialah untuk mencari penyelesaian kepada masalah mereka dengan mudah,cepat dan jimat tenaga.

Selain itu,gaya penulisan yang santai dan bersahaja juga menarik minat pembaca ketagih untuk membaca informasi di blog.

Untuk menarik pelawat ke blog anda,anda juga perlu menghebahkan/mempromosikan blog kepada pengguna internet tentang kewujudan blog anda.

3 cara menjana pendapatan melalui blog:
                   i)Pengiklanan
                  ii)Menjual produk/perkhidmatan sendiri
                 iii)Menjual produk orang lain(affiliate/dropship)
Maklumat lengkap tentang 3 CARA MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG,klik SINI

Soalan, blog atau Facebook? Yang mana lebih baik?Jawapannya

Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan atau tapak kedai online anda kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma.Tiada kos yang perlu dibayar.Selain itu,bakal prospek atau pelanggan boleh membuat tempahan  dan melakukan transaksi bayaran terus di blog anda pada bila-bila masa dan juga ketika anda sedang lena tidur.

Facebook profile pula berfungsi sebagai platform untuk membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda.Kadangkala,jika kita melakukan hard selling di facebook profile,kemungkinan ''friends'' anda meluat dan mereka mungkin ''remove/unfriend'' anda daripada "friendlist" mereka.Manakala,fanpage pula biasanya lebih kepada hard selling.Tetapi,jika bakal pelanggan menghantar mesej di inbox fanpage ketika anda sedang offline dan mereka menunggu lama,situasi ini bakal membuatkan anda kehilangan bakal pelanggan yang berkualiti.Pelanggan mahu cepat dan mudah.

Gabungan Blog &Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpa had untuk apa sahaja perniagaan anda tak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara online/offline! Keduanya menjadi lebih baik apabila dimanfaatkan.

Mahu membina blog tetapi tidak tahu cara?
Mahu menjana pendapatan melalui blog?

KLIK SINI UNTUK PANDUAN BUAT DUIT DENGAN BLOG


Bagi yang sudah memulakan blog,anda juga boleh dapatkan ebook tersebut dengan harga promosi RM50 sahaja.Ebook tersebut mengandungi informasi lengkap berkaitan dengan dunia blog yang membantu anda bagaimana mahu membina blog yang orang suka baca,datang dan datang lagi sekaligus menjana pendapatan melalui blog.



Kami turut menawarkan kelas-kelas berikut 100% secara online untuk membantu menambah nilai hidup masyarakat khususnya suri rumah yang masih tercari-cari cara menjana pendapatan dari rumah.Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk wanita yang sibuk dan mempunyai kekangan masa.

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula  RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.


>>>Video Panduan Buat Duit Dengan Penulisan Di Akhbar, Majalah, Buku dan Blog.KLIK SINI<<<

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Peserta akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.


Peserta  dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Untuk MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN,sila klik butang pendaftaran di bawah.



Kini anda boleh menyertai kelas ini mengikut keselesaan rumah anda sendiri 

Ayuh,mari mengejar kejayaan dengan memulakan langkah pertama.



Kunci magnet kejayaan adalah sentiasa memperbaiki diri dari segi fikiran, emosi, kata-kata dan tindakan! Sentiasa belajar! (Dr Azizan Osman)

Nur Balqis Qahira
010-7790237
Emel:nurbalqisqahira@gmail.com

Facebook Profile:Nur Balqis Qahira(https://www.facebook.com/qisevadaniaqistina.daprincess)


Cara Terbaik Putihkan Gigi Anda:160114

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...