Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Selasa, 28 Januari 2014

Rindu Anak Kecil Terhadap Ayah

Teks:Nur Balqis Qahira
Foto:Koleksi Peribadi
Catatan Harian

Qaleesya,si cilikku merindui papanya.Seminggu sudah berlalu.Tinggal beberapa hari lagi si ayah akan balik dari "medan"(melatih para rekrut di hutan).Beginilah hidup sebagai seorang isteri kepada seorang anggota keselamatan,sentiasa bersedia mengharungi saat-saat suami bertugas di luar kawasan tanpa mengira masa.Mengharungi kehidupan dan menjaga anak kecil seorang diri di perantauan bukan suatu yang mudah.Saat dia meragam tengah-tengah malam.Terjaga dan biasanya dia sukar tidur.Habiskan susu 2 botol dulu,baru dia tertidur.Syukur,dia tidak mengalami apa-apa masalah di saat kami hanya berdua di sini tanpa saudara-mara.Tambahan pula,saya adalah seorang yang "night fright"(takut apabila malam).Hanya tidur-tidur ayam sahaja apabila berdua sahaja dengan Qaleesya.


Sedar tak sedar dah setahun rupanya kami berada di pusat peranginan di Negeri Sembilan ini.Selama setahun ini jugak,saya kurang keluar dari rumah.Keluar apabila ada hal penting sahaja.Keluar untuk menenangkan fikiran dan menikmati suasana pantai.Lebih menumpukan perhatian kepada WAHM.Sebelum ini,kami berada di Sungai Petani,Kedah.Hidup berjauhan dari kedua-dua orang tua juga banyak mengajar saya berdikari.


 Setiap hari,Qaleesya asyik tengok dan pegang gambar ayahnya.Kadang-kadang,dia pegang sampai tertidur.Pandai dia cari dalam almari dan terjumpa album-album keluarga.Dia juga tak berselera untuk makan.Hmmm..sampai begini sekali si anak ini merindui ayahnya.


Apabila terdengar bunyi motosikal jiran sebelah,Qaleesya akan menerpa ke arah pintu.Oppsss..bukan papa rupanya.Hehee..

Akhirnya,dia tertidur dalam keadaan duduk sambil menunggu kepulangan ayahnya.Penantian itu suatu penyeksaan.Anak kecil yang merindui ayahnya.

Anak kecil pun tahu bagaimana meluahkan perasaan rindu kepada ibu bapanya melalui kelakuan.
Travelog suri.29 Januari 2014

Cara Terbaik Putihkan Gigi Anda:160114


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...