Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Selasa, 28 Januari 2014

Ulasan Kelas Asas Blog

Sumber :  Tuan Fadzilah

Kaedah Penulisan Blog

Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog  dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma. 


Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati  kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.
..................................................................................................................................................................
Kami menawarkan kelas-kelas berikut 100% secara online untuk membantu menambah nilai hidup masyarakat khususnya suri rumah yang masih tercari-cari cara menjana pendapatan dari rumah.Kelas ini terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk wanita yang sibuk dan mempunyai kekangan masa.

1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah menghampiri 400 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula  RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.
Lihat di sini:KELAS PENULISAN KREATIF

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Peserta akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.


Peserta  dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Untuk MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN,sila klik butang di bawah.


Kini anda boleh menyertai kelas ini mengikut keselesaan rumah anda sendiri 

Nur Balqis Qahira
010-7790237
Emel:nurbalqisqahira@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...