Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Ahad, 20 April 2014

Kenapa Smartphone/Gadget Penting Kepada Masyarakat Zaman IT Khususnya Work At Home Mom?

Teks : Nur Balqis Qahira
Foto:Carian Google


Salam Ceria Dan Hai,

Gadget,gadget,gadget.Ia adalah trend terkini dan popular masyarakat hari ni.Ia bukan sahaja menjadi trend para remaja malah ibu bapa juga turut tidak ketinggalan.Kenapa gadget penting kepada seorang WAHM(Work At Home Mom)?Dalam entri ni,saya fokus kepada smartphone.Seminggu yang lepas,Qaleesya menjatuhkan laptop tanpa sengaja ketika saya sedang memasak.Semestinya laptop adalah aset penting untuk bekerja di rumah.Dia naik atas kerusi dan 'mengemas' meja SOHO saya.SOHO saya di ruang tamu.Saya pilih satu sudut di ruang tamu untuk SOHO saya sebab mudah untuk saya sentiasa bersama Qaleesya setiap masa.Bagi yang tidak tahu apa itu SOHO,klik sini:Rumahku Ofisku

Apabila laptop rosak,saya pun mula membelek-belek smartphone untuk menyemak email jika ada sebarang tempahan daripada pelanggan.Satu masalah saya,bagaimana saya mahu menyemak sebarang transaksi di akaun Maybank saya.Saya teringat bahawa ada ''maybank2u android application'' yang boleh kita "install" secara percuma.

Ini logo maybank2u android yang boleh di"install'' secara percuma melalui "Playstore"


Paparan seperti ini akan terpampang di skrin smartphone anda setelah anda ''login''.

Aplikasi ini sangat penting untuk menyemak sebarang transaksi jika laptop mengalami masalah.

Antara aplikasi  penting yang boleh dipasang di smartphone anda selain email dan facebook ialah M2u(maybank2u),Cimb Cliks,Bloggeroid dan Whatsapp.

Cimb Clicks

Bloggeroid(berfungsi untuk mengemaskini blog anda melalui smartphone)

Whatsapp




Jadi,smartphone adalah salah satu alternatif terbaik untuk anda.Guna gadget ke arah kebaikan.Lihat ia secara positif,ia akan menjadi sesuatu yang sangat berguna.Lihat secara negatif,negatif lah ia.

p/s:Sedang Merancang Mahu Bekerja Di Rumah?





Info berkaitan-Rahsia Kerja Dari Rumah(klik)

Rahsia Menjadikan Handphone Sebagai Sumber Pendapatan Kedua,klik SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...