Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Isnin, 21 April 2014

Wajah Baru SOHO Saya

Teks :Nur Balqis Qahira
Foto:Koleksi Peribadi
Catatan Harian

Salam Ceria dan Hai,


Seminggu yang lalu,ketika saya sedang memasak,terdengar satu bunyi benda jatuh di ruang tamu.Rupa-rupanya laptop saya dijatuhkan oleh Cik Qaleesya.Skrin tak pecah tapi tak boleh "on".Oh,nak marah pun tak guna.Salah sendiri jugak sebab tak simpan laptop kat tempat yang tidak boleh dicapai oleh Qaleesya.SOHO saya terletak di satu sudut ruang tamu.Mudah untuk saya sentiasa bersama Qaleesya.Di satu sudut ruang tamu,terdapat tadika mini untuk Qaleesya.Apa itu SOHO?SOHO ialah akronim bagi Small Office Home Office.Baca lagi di SINI.


Meja "Mickey Mouse" kegemaran Qaleesya.Hehe





Tadika mini untuk Qaleesya


Mula-mula saya hantar laptop ke kedai "repair" laptop.Tuan kedai tu bagitau selepas 3 hari siap.
Selepas 3 hari,tapi tak repair pun.Oh,saya tak boleh tunggu lama-lama.Saya tak senang duduk kalau tak  menghadap laptop dalam sehari.Hobi sayakan suka duduk depan laptop.Hehe.Jana pendapatan melalui hobi.

Saya pun pergi mencari 'pengganti pekerja' setia yang banyak berjasa ni.Tak banyak sangat kedai yang saya survey.Mula-mula pergi kedai Acer tapi tutuplah pulak.



Akhirnya,saya pun pilih jenama HP di sebuah kedai cina.Harga RM850.Printer pulak RM239.Jenama Canon.3 in 1.Ada 3 fungsi iaitu scan,print dan copy.Manalah tau,kalau korang merancang nak beli printer.Nak cari yang kaler putih tapi takde.(Putih yang saya nak,hitam yang saya dapat,hehe).Ermm,dah lama mengidam nak ada printer sendiri.Senang tak payah pergi jauh-jauh untuk print dokumen penting.Sempat lagi beli Power Bank(RM90)dan jugak SD Card 8GB(RM30) untuk handphone.Tauke cina tu bagi total RM1200.(Minimakan modal).Kos untuk semua gadget ni saya tanggung sendiri yer.Bukan ditaja oleh encik suami.Semuanya hasil bekerja dari rumah sahaja.

Mahu bekerja dari rumah tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula?

Mulakan dengan apa yang ada.Tidak perlu modal yang besar.Cukup jika anda mempunyai handphone,laptop/gadget dan talian internet.Jadikan gadget anda sebagai aset untuk menjana pendapatan bukan tanggunggan.Modal yang paling penting ialah ilmu.Berani melabur untuk ilmu.

Bagi yang sedang merancang mahu bekerja di rumah,baca ini dahulu:Panduan Menjana Pendapatan Di Rumah Untuk Wanita

Saya juga nak bongkarkan RAHSIA MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE kepada anda.Klik SINI

Oh ya,Kelas Online Bina Blog Penulisan dan Bisnes masih berlangsung ya,Klik SINI

............................................................................................
(Iklan)
Adakah anda mengalami masalah-masalah ini?
>Sukar Tidur
>Sering Sakit kepala
>Baru lepas bersalin
>Kejang dan kebas kaki
>Sengal-sengal badan
>Bisa-bisa pada kaki dan tangan
>Kuat berjalan/berdiri
>Gout
>Memandu kenderaan dalam jarak yang jauh
>Masalah saraf



Jika ''Ya'',amalkan penggunaan STOKIN AJAIB,klik SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...