Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Selasa, 27 Mei 2014

Petua Menghalau Lalat Di Dapur


Teks:Nur Balqis Qahira

Lalat adalah sejenis serangga yang boleh menyebarkan penyakit lantaran daripada cara pemakanan dan sifatnya yang sering menghurung tempat-tempat yang kotor seperti tempat pembuangan sampah dan pelupusan sampah,bangkai binatang,najis,dan sebagainya.

Makanan yang terdedah serta tidak ditutup dengan rapi juga menjadi pilihan serangga ini.Kuman yang dibawa dari tempat yang kotor akan disebarkan di atas hidangan yang dihinggapinya dan mengundang pelbagai penyakit kepada manusia yang memakan hidangan tersebut.Ia juga mengeluarkan telurnya di atas makanan yang dihinggapinya.

Selalu kita lihat lalat-lalat berterbangan dan hinggap di atas makanan yang dijual di kedai-kedai makan dan pasar malam,bukan?Ia mengundang persepsi buruk kepada pemilik kedai tersebut.Pelanggan juga mungkin akan berkurangan.

Ketika sedang memasak di dapur,lalat-lalat turut sama menyibuk memainkan peranannya sambil bertelur di atas hidangan.Kalau setakat menghalau lalat dengan rungutan dan mengibas dengan tangan,memang tidak menjadi sebaliknya ia hanya akan mentertawakan anda.

Salah satu petua mudah untuk menghalau lalat di dapur,di meja makan atau hidangan ialah dengan menyalakan lilin.Letakkan lilin yang sudah dinyalakan di atas meja atau dapur anda.Dalam masa 5 minit,lalat akan berlalu pergi dan tidak kelihatan lagi.Mudah,bukan?

Selamat Mencuba.Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda.Baca KOLEKSI PETUA di SINI.

Jika kalian ada petua lain untuk menghalau lalat,jom kongsikan di ruangan komen.Manalah tahu,ia mungkin boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Kelas-kelas Online Asas Blog seperti Blog Bisnes,Penulisan Kreatif dan Kelas Perakaunan masih berlangsung ya.Untuk Maklumat lanjut,sila KLIK SINI


p/s;Sedang Merancang Mahu Bekerja Di Rumah?
Baca ini dahulu:Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita

 Iklankan produk / servis anda : SOHO DIRECTORY




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...