Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 17 Januari 2014

Jadual Waktu Work At Home Mom


Teks : Nur Balqis Qahira

"Matlamat utama pengurusan masa adalah mencapai tujuan bekerja di rumah iaitu menjana pendapatan,masa bersama keluarga  dan terus mengembangkan karier.Mencapai sasaran apa yang dirancang menjadikan seseorang tahu matlamat asal bekerja dari rumah"(Sumber:Buku Jana RM Dari Rumah)

Setiap wanita yang bekerja dari rumah (WAHM)tidak sama peruntukan masa bekerja.Status berada di rumah bukan hanya menguruskan rumah tangga semata-mata tetapi dalam masa yang sama bekerja dari rumah.Walaupun masa lebih fleksibel berbanding wanita yang bekerja di luar rumah,namun jadual waktu yang ditetapkan memainkan peranan penting untuk mengelakkan pembaziran masa dan lebih terurus.





Semua orang ada 24 jam sehari.Bagi saya,jangka waktu 24 jam itu sangat pendek dan ia berlalu dengan cepat sekali.
Tercungap-cungap dibuatnya(ahaks!)

Kadang-kadang waktu tidur anak yang berubah-ubah juga membuatkan jadual waktu saya berubah.

Saya lebih suka menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti mencuci pakaian dan mengemas rumah pada waktu malam kerana ia akan memudahkan saya pada awal pagi.Ia akan membuatkan saya lebih produktif.Sebaik sahaja bangun dari tidur,tak perlu fokus sangat kepada kerja-kerja rumah sebab dah diselesaikan pada waktu malam.Fokus kepada SOHO(Small Office Home Office).

Bekerja dari rumah bunyinya sangat indah dan semestinya cabaran juga sangat "indah"(sangat mencabar).Cabarannya bukan calang-calang.Perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat.

Bekerja dari rumah bukan seperti bekerja di pejabat kerana bekerja di rumah sudah semestinya kita bekerja dikelilingi anak-anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian.

5 KelebihanBekerja Di Rumah

1.Boleh menjaga anak-anak sendiri sambil menjana pendapatan dari rumah(selalu dekat dengan keluarga)

2.Tidak perlu terkejar-kejar mengharungi trafic jam ketika pergi dan balik dari kerja

3.Masa yang lebih fleksibel(waktu bekerja terpulang kepada diri
sendiri )

4.Tidak perlu meminta cuti dari majikan jika berlaku kecemasan

5.Boleh menjana pendapatan tanpa had(tidak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja)

Disiplin,berdikari,tidak putus asa dan kejujuran adalah ciri-ciri besar yang perlu ada ketika bekerja di rumah.

Ada yang sedang merancang mahu bekerja dari rumah?

Saya sarankan anda supaya membaca pengalaman dan motivasi serta cara mengendalikan anak-anak sambil bekerja di rumah melalui Ebook Panduan Menjana Wang Di Rumah Untuk Wanita dan juga ebook Super WAHM Super Mom.


Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-

Bab 1: Pendahuluan & Konsep
Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.

Bab 2: Masalah Mencetus Motivasi
Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman seorang ibu(Puan Masayu Ahmad) yang membuatkan beliau berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.

Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah
Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.

Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.

Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah
10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.

Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah
9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.

Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak
Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.
Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi
13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.

Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah
7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah

Kita tidak perlu tunggu sehingga masa yang sesuai kerana tiadasatu masa pun yang sesuai melainkan kita sendiri yang menjadikan masa itu sentiasa sesuai dengan bertindak.



Dapatkan ebook ini dengan harga RM20 sahaja.
Ebook Panduan Menjana Wang Di Rumah Untuk Wanita
RM20 sahaja
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!


Ebook Super Wahm Super Mom pula adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah. Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.

Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.

1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah

Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut.

2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang Jujur

Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.

3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan Sendiri

Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan. Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.

4. Panduan Rutin Harian

Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka. Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi memudahkan kerja rumah.

5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan

Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan 'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi, anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan cawan dan sebagainya jika mampu.

6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan

Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial juga!

7. Motivasi Ibu Hebat!

Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling. Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita. Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal, tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk kita.

8. Rawat Dan Rehat

Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha

9. Cari Ilmu Baru

Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial, jumpa kenalan baru.

10. Bina Rangkaian

Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM Community), kumpulan ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika ada masa boleh sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain.


Hanya dengan membaca 1 ebook, ibu dapat mengutip pengalaman usahawan hebat yang bermula dari rumah. Ada di kalangan mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana mereka mulakan? Dari mana mereka mendapat idea memulakannya? Apakah formula yang menjadikan mereka kental dan bertahan? Semuanya ada di dalam ebook ini.

Ebook Super WAHM,Super Mom
RM25 sahaja
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!




Bagi yang mahu merancang bekerja dari rumah dan masih buntu memikirkan bagaimana mahu bermula,ebook 101 Idea Home-Based Bisnes sangat sesuai untuk anda.Antara yang terkandung dalam ebook ini ialah 101 idea bisnes dari rumah,strategi pemasaran secara offline dan online,khidmat pelanggan online,strategi pemasaran gaya Rasulullah,rahsia bisnes Siti Khadijah dan pengalaman usahawan berjaya.


RM50 sahaja
11 Sebab kenapa anda perlu miliki ebook ini.

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes = RM50 sahaja

Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!


Pendaftaran kelas-kelas online berikut juga masih berlangsung.Masa belajar adalah fleksibel dan belajar di tempat sendiri.tak perlu susah-payah mengambil cuti atau menghantar anak ke pusat asuhan untuk menghadiri kelas ini kerana ia berlangsung 100% secara online.


1.Kelas Asas Blog Bisnes
2.Kelas Asas Blog Penulisan
3.Kelas Asas Blog & Penulisan Kreatif(Cerpen/Novel)
4.Kelas Mudah.my(belajar teknik beriklan dengan betul di situ)
5.Kelas Perakaunan Kecil
6.Pendaftaran Rakan Niaga Akademi Bekerja Dari Rumah

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Peserta akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka.


Peserta  dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Untuk maklumat lanjut,sila klik SINI


 P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.


Panduan Untuk Anda

·       Rahsia Emas
·       Rahsia Bisnes Tudung
·       Jana RM800-RM1000 Secara Part TimeDari Rumah
·       Buat Duit Dengan Menulis



                               Cara Menjana Pendapatan Melalui Handphone,Klik SINI


Cara Terbaik Putihkan Gigi Anda:160114

1 ulasan:

  1. Blog Nur Balqis Qahira: Jadual Waktu Work At Home Mom >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Blog Nur Balqis Qahira: Jadual Waktu Work At Home Mom >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Blog Nur Balqis Qahira: Jadual Waktu Work At Home Mom >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...