Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Jumaat, 27 Disember 2013

Kepentingan Perakaunan Dalam Perniagaan



Teks : Nur Balqis Qahira

Peranan perakaunan adalah amat penting dalam sesebuah perniagaan tanpa mengira perniagaan berskala kecil atau berskala besar.Untuk mengira keuntungan, usahawan harus mempunyai rekod tentang aktiviti perniagaannya.Perbelanjaan modal,operasi,untung dan rugi perlu direkod. Tanpa rekod atau catatan aktiviti kewangan, usahawan hanya mampu menganggarkan sahaja jumlah keuntungan yang diperolehi.Sesetengah usahawan bukan sahaja tidak tahu dengan tepat jumlah untung rugi malah tidak tahu langsung sama ada perniagaan mereka untung atau rugi.

    Sesebuah perniagaan memerlukan perancangan serta kaedah penyediaan rekod kewangan yang sistematik untuk membantu anda memantau pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.Jelas dengan sistem perakaunan yang dilaksanakan mampu memberi ketenangan fikiran kepada usahawan kerana terbukti segala pelaburan kewangan yang dibuat dapat dinilai hasilnya dengan kewujudan penyata kewangan yang meyakinkan.

Sama ada untung atau rugi, sistem perakaunan yang sistematik telah berfungsi sebagai alat pengukuran kecekapan pengurusan perniagaan.

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh dapatkan panduan Sistem Perakaunan DKS(klik).

Sistem perakaunan berasaskan Ms Excel. Mudah dan praktikal untuk membuat akaun perniagaan. Sistem perakaunan yang berasaskan debit dan kredit (catatan bergu).Menjana laporan kewangan dengan automatik dengan cara yang senang.Boleh dapatkan panduan di sini - http://bit.ly/1wnXVeR



Jadi bagi yang baru berangan-angan mahu jadi wahm(work at home mom), memiliki soho kalian boleh baca dan serap dahulu pengalaman mereka yang sudah terdahulu berstatus wahm/soho. Kalian boleh baca melalui ebook superwahm supermom. Banyak perkongsian, hakikat sebenar WAHM SOHO.


Bagaimana mahu bermula?Baca ini dahulu:  Rahsia Kerja Dari Rumah.


Sertai kami  untuk kelas online berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
3. Kelas penulisan kreatif(bagi yang bercita-cita mahu menulis cerpen/novel)
4. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
5. Kelas asas akaun khusus bisnes kecil wahm/soho,

Bagaimana kelas ini dijalankan?

Kelas berbentuk toturial ini dijalankan 100% secara online sahaja.Peserta akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) di facebook group.

Jadual belajar adalah fleksibel, ikut masa peserta sendiri,tiada waktu yang ditetapkan.Bila-bila masa sahaja. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online.Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu peserta menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini peserta tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. 

Peserta dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih/smartphone juga satu kelebihan kepada peserta untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.Syarat utama mesti ada facebook.

Kelas ini di mana?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa.

Saya bekerja tak ada masa?
Disebabkan kalian tak ada masa, itu sebab kelas ini fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

Saya tak ada produk.
Produk kami sediakan. Jika sudah ada produk lagi ok.

Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat kalian boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu.

Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.

21kelas bersiaran, 13 guru online, menghampiri 900 blog dalam akademi.

Bagi yang mahu menyertai KELAS ASAS BLOG BISNES DAN PENULISAN,Sila KLIK SINI

Untuk pendaftaran RAKAN NIAGA AKADEMI,sila KLIK SINI



...............................................................................................................................................
EBOOK PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE/OFFLINE

Ebook Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
Miliki Ebook ini Sekarang!

................................................




1 ulasan:

  1. Blog Nur Balqis Qahira: Kepentingan Perakaunan Dalam Perniagaan >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Blog Nur Balqis Qahira: Kepentingan Perakaunan Dalam Perniagaan >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Blog Nur Balqis Qahira: Kepentingan Perakaunan Dalam Perniagaan >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...