Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Memaparkan catatan dengan label Bekerja Dari Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bekerja Dari Rumah. Papar semua catatan

Jumaat, 3 April 2015

Kisah Inspirasi Suri Yang Sudah Melepaskan Jawatan Idaman Dan Memilih Untuk Bekerja Di Rumah

Bagi suri yang sangat teruja dan tidak sabar untuk berhenti kerja, baca dulu pengalaman dan kisah inspirasi mereka yang sudah letak jawatan dan memilih untuk bekerja di rumah.




Nota inspirasi 6- Umi Arbee Ali
Saya selesaikan seberapa banyak hutang. Lupakan kad kredit. Adakan simpanan, insuran dan pelaburan secukupnya. Segera cukupkan simpanan untuk haji rukun Islam kelima. Latih diri hentikan perbelanjaan mengarut dan tidak perlu. Belajar berjimat dan menyimpan setiap hari. Belajar memasak pelbagai menu.

Dari status pengedar, saya sasarkan bergelar stokis supaya pendapatan separuh masa menyaingi gaji hakiki saya. Saya membaca banyak buku berkaitan rezeki dan bina keyakinan serta kesedaran bahawasanya segala-galanya adalah milikNya. Saya dapatkan idea dan buka minda akan realiti WAHM. Melatih diri pengurusan masa dan rumahtangga.

Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) antara hamba-hamba-Nya (Allah), dan Dia (Allah) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah terhadap segala sesuatu adalah al-‘Alim (Maha Mengetahui). Al-'Ankabut ayat 62

Telah empat bulan bergelar WAHM, saya masih mampu menghulur duit belanja kepada orang tua, membayar bil, menolong suami dan menggembirakan keluarga dengan percutian. Keluarga tetap utama. Bak kata orang tua, belajar setinggi mana tetap ke ceruk dapur juga. Tetap mengasuh anak jua. Namun, saya bahagia.




Nota inspirasi 9. Perkara paling penting dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja adalah restu suami dan pertolongan dari Allah.

Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah.
Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah.
Pastikan sebelum berhenti sudah ada pelan tindakan. Ketika masih bekerja sudah mula mengali ilmu dan mencari mentor. Supaya apabila sudah berhenti kita sudah pun dari awal membina landasan. Jangan berkira untuk mencari ilmu.
Nor Atiqah Hamidi
Sumber: Yeay! Mama sudah 'resign'

Nota inspirasi 8-Izzah Razak.
18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.

“Kaklong, mak dah tak ada."
Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja.

Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.

Nota inspirasi 5
1hb April 2015 ini genap 5 tahun saya berhenti kerja. Saya yakin, rezeki di tangan Allah. Saya menikmatinya selagi usia masih dipinjamkan untuk saya lalui bersama keluarga yang saya sayangi. Terima kasih Ya Allah, atas segala-galanya. Segalanya telah Kau berikan kepadaku dan keluargaku. Sederhana tapi ia sempurna
Saya tidak mengatakan menjadi WAHM atau menjadi surirumah ini mudah, namun percayalah, ia amat berbaloi. Yang penting, kita mestilah mempunyai niat yang betul. Untuk berjaya sebagai WAHM memerlukan ketabahan, keyakinan dan ilmu. Yakinlah pada rezeki yang telah Allah tentukan. InsyaAllah, segalanya akan dipermudahkan.
Akhir kata untuk perkongsian ini, “Yeay! Mama Saya Sudah Resign” bukanlah mimpi ngeri atau berakhirnya sebuah perjalanan karier seorang wanita. Malah, ia adalah permulaan kepada kehidupan berkeluarga yang lebih indah dan membahagiakan. Yang penting, kita harus bijak mengambil peluang agar kita mampu menjana pendapatan sendiri dari rumah.


Nota inspirasi 10
Saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang bisnes. Ijazah saya adalah dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Petronas. Saya banyak belajar dari pengalaman dan menerusi pembacaan / pengalaman rakan lain juga. Saya hanya bertahan bekerja makan gaji selama 4 tahun (sambil bisnes secara part time sepanjang masa itu) sebelum mengambil keputusan berhenti kerja untuk fokus kepada keluarga dan untuk cuba mengembangkan bisnes ini sebaiknya.

Perjalanan bisnes saya bermula dengan menjual kerongsang dan aksesori wanita secara part time ketika saya baru sebulan berkhidmat dalam jawatan. Perniagaan ini saya mulakan dengan hanya bermodalkan RM300, untuk 30 pasang kerongsang yang dijual online. Sedikit demi sedikit perniagaan ini dikembangkan sehingga mempunyai stok bernilai puluhan ribu ringgit dan kira-kira 40 reseller dan pemborong dari serata Malaysia dan Singapura.

Perniagaan ini saya usahakan selama 4 tahun secara part time dan sepanjang itu juga saya tidak mempunyai kedai atau pejabat rasmi untuk bisnes ini, semuanya diuruskan dari rumah dan dijual melalui online sahaja. 6 bulan sebelum saya berhenti kerja, peluang datang untuk mengambil alih satu pusat cucian dan kecantikan kereta di USJ. Lokasinya strategik dan membawa pulangan yang baik.
Sumber: Yeay! Mama sudah 'resign'.


Baca lebih banyak lagi dalam "EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN"

Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.

Dapatkan Ebook "Yeay,Mama Sudah Resign dengan Harga PROMOSI RM20 sahaja.
Promosi bakal tamat pada bila-bila masa.Jadi,bertindak sekarang!

Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!



atau SMS/Whatsapp/Telegram "Yeay,Mama Sudah Resign" ke 010-7790237


___________________________________

atau kalian boleh dapatkan Pakej  Ebook di  dengan HARGA PROMOSI di SINI


P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.

{Bina pendapatan lumayan dan berterusan dengan handphone anda.KLIK SINI}


Ada yang nak belajar membina blog bisnes?


Daftar belajar di kelas online ABDR.
Belajar di tempat sendiri.
Masa belajar mengikut kelapangan diri sendiri.
100% secara online sahaja.
Maklumat lanjut,KLIK SINI


Nur Balqis Qahira
010-7790237
nurbalqisqahira@gmail.com

Sabtu, 26 Oktober 2013

Bekerja Dari Rumah



Memegang status bekerja dari rumah mungkin menjadi impian ramai orang.Tanpa mengira jantina lelaki mahupun wanita,sudah ramai yang sukses.Jika anda ingin memulakan usaha bekerja dari rumah,anda boleh memilih jenis pekerjaan(kerjaya)atau memulakan bisnes berskala kecil.
Bagi yang ingin memulakan bisnes dari rumah atau mahu bekerja dari rumah,ebook di bawah sangat bersesuaian dengan anda.Ebook yang mengandungi semua maklumat dan panduan bekerja dari rumah.

PAKEJ WAHM SOHO BEKERJA DARI RUMAH

Ebook ini adalah ebook sambungan Jana Wang Di Rumah. Banyak panduan yang diberikan kepada ibu-ibu terutama yang bekerja di rumah. Ebook ini patut dimiliki oleh semua ibu-ibu yang bekerja di rumah, belajar di rumah, merancang untuk bekerja sendiri. Ebook ini mengandungi 119 mukasurat.

Ibu ceritakan di sini 10 sebab kenapa ibu-ibu perlu memiliki Ebook Super WAHM Super Mom.

1. Pengalaman Berharga Usahawan Hebat Bekerja Di Rumah

Antara perkara yang paling berharga terdapat dalam ebook ini adalah pengalaman lebih dari 10 usahawan wanita yang bekerja di rumah. Pengalaman tidak boleh dibeli, ianya adalah guru yang paling berharga. Belajar sahaja dari pengalaman orang yang telah menempuh alam berhenti kerja dan bekerja di rumah. Jerit perih, kepuasan, cabaran, tekanan, dan kejayaan yang ditempuh mereka. Serius ibu teruja dengan kecekalan usahawan hebat tersebut.

2. Dekat Di Hati Ibu Yang Bekerja Di Rumah: Tulisan Yang Jujur

Ebook tulisan Puan Masayu Ahmad ini sangat dekat di hati ibu ketika membacanya. Banyak perkongsian dan pengalaman yang diceritakan pernah dialami sendiri oleh ibu. Ibu kagum dengan usaha dan sikap positif yang ada pada usahawan hebat yang dikongsi di dalam ebook ini. Ini bermakna, ianya adalah tulisan yang jujur dan lahir dari hati yang ikhlas.

3. Bacaan Awal Sebagai Panduan Memulakan Perniagaan Sendiri

Jadikan ebook ini bacaan santai puan-puan serta ibu-ibu yang berhasrat untuk memulakan kerjaya sendiri tanpa terikat dengan majikan. Berniaga tidak semestinya mengeluarkan modal yang besar. Mulakan dengan apa yang ada di tangan, mulakan dengan modal yang rendah atau tidak perlu keluarkan modal. Pilih perniagaan berdasarkan pasaran yang ada dan minat yang mendalam.

4. Panduan Rutin Harian

Rutin sebagai ibu yang bekerja di rumah bukanlah seperti bangun pagi, bersiap dan masuk ke pejabat. Sampai waktu pulang, bersiap dan tinggalkan tempat kerja. Tambahan pula bekerja dengan di kelilingi oleh anak-anak yang perlukan perhatian (memang ini pun matlamat awal kebanyakan ibu yang bekerja di rumah). Ada usahawan yang berkongsi jadual rutin harian mereka. Rancang, rancang, rancang. Disiplin, masa dan jangan bertangguh. Ibu tertarik dengan perkongsian seorang usahawan hebat yang menggunakan pelbagai gajet bagi memudahkan kerja rumah.

5. Bagaimana Mengurus Stress/Tekanan

Jangan biarkan ibu-ibu tenggelam dengan perasaan yang tidak seronok, kecewa, marah, geram dan sebagainya. Tekanan lebih mudah berlaku apabila ibu-ibu menginginkan kesempurnaan atau lebih tepat ibu katakan 'expectation' di rumah. Contohnya rumah sentiasa kemas, baju tersusun rapi, anak-anak semuanya kemas bersih. Belajar toleransi kerana kita bukanlah robot yang boleh lakukan semuanya tanpa ada perasaan penat. Berikan masa dan buat kerja dengan seronok. Jika rasa penat/lelah, ambil masa berehat dan tinggalkan kerja-kerja rumah yang tiada kesudahan itu. Ambil pembantu mingguan untuk melakukan pembersihan seperti cuci tandas, urusan kain baju, bersihkan sawan dan sebagainya jika mampu.

6. Rancang Aktiviti Harian/Mingguan/Bulanan

Luangkan masa 'ibu anda' setiap hari. Apa yang ibu-ibu suka lakukan? Surfing? Membaca? Spa? Senaman? Berkebun? Menjahit? Cari ruang masa dan lakukan sendiri tanpa gangguan anak-anak. Membaca boleh dilakukan di waktu malam sebelum melelapkan mata ketika anak-anak sudah tidur. Rehatkan badan dengan melakukan senaman ringan di awal pagi sebelum memulakan rutin harian. Rancang masa cuti bersama keluarga, berbincang dengan suami sekiranya ibu-ibu perlukan waktu rehat, minta suami ambil cuti. Sesekali biarkan anak-anak dengan suami atau hantar anak-anak ke taska harian/playgroup untuk aktiviti sosial anak-anak bersama rakan sebaya mereka. Ibu-ibu boleh bersosial juga!

7. Motivasi Ibu Hebat!

Rutin harian yang sama setiap hari menjadikan emosi dan sikap kita berubah-ubah. Ingat jangan kita tenggelam dengan keadaan sekeliling. Bina hati yang kuat. Jangan biarkan keadaan luaran mengubah emosi dalaman kita. Mulakan dengan ber'dating' dengan Pemilik Kekal Hati. Bangun dan mandi awal, tips untuk segar setiap hari. Solat sunat walaupun hanya 2 rakaat dan baca Quran setiap pagi sebelum Subuh. Solat sunat sebelum Subuh (lebih baik dari seluruh dunia dan isinya) InsyaaAllah segala ujian dunia menjadi ringan untuk kita.

8. Rawat Dan Rehat

Badan kita juga perlukan rehat secukupnya. Jaga kesihatan dengan melakukan senaman ringan dan jaga pemakanan. Nasihat ini untuk ibu sendiri juga. Bila sudah lama tidak bersenam, badan terasa berat. Melompat pun tidak mahu. Ayuh bangun dari katil, buat lompatan bintang 20 kali... ha ha

9. Cari Ilmu Baru

Cari peluang dan ruang mencari ilmu dalam perniagaan atau juga dalam pembangunan diri. Terpulang pada minat ibu-ibu, cari seminar, kursus atau bengkel berkaitan. Sesekali ambil angin, keluar dari rumah, bersosial, jumpa kenalan baru.

10. Bina Rangkaian

Paling mudah sertai rangkaian kumpulan sokongan di facebook. Ada kumpulan untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah (Malaysian WAHM Community), kumpulan ibu-ibu menyusukan anak, kumpulan ibu-ibu yang berkecimpung dalam perniagaan (Malaysian Mom Biz Network). Jika ada masa boleh sertai kumpulan sokongan seperti WENA, EWA, RootWoomers dan lain-lain.

Hanya dengan membaca 1 ebook, ibu dapat mengutip pengalaman usahawan hebat yang bermula dari rumah. Ada di kalangan mereka yang sudah berjaya dalam bidang masing-masing. Bagaimana mereka mulakan? Dari mana mereka mendapat idea memulakannya? Apakah formula yang menjadikan mereka kental dan bertahan? Semuanya ada di dalam ebook ini.


 "Perlu Matlamat Jelas Bekerja Dari Rumah"
 Sumber: Ebook super wahm super mom

Cabaran paling besar adalah diri sendiri
>>Bagi saya cabaran yang paling besar adalah dari diri sendiri. Kerja dari rumah memerlukan motivasi yang sangat tinggi, kerana berada di rumah, tidak seperti berada di pejabat. Terlalu banyak 'gangguan' yang boleh mengganggu bukan saja emosi malah juga tenaga fizikal. Jadi mereka yang bekerja di rumah memerlukan jatidiri dan jaringan yang kuat bagi membantunya ketika mengalami masalah-masalah tersebut.

Perlu bangkit sebagai penggerak perubahan
>>Pegangan saya - if you can dream it, you can do it. Saya memiki banyak impian dan salah satunya membantu orang lain. Kita terlalu banyak menghabiskan masa menunggu dan menyalahkan orang atas apa yang berlaku dalam hidup kita. Jadi kita semua kena bangkit menjadi penggerak perubahan (change agent) agar generasi depan tidak lagi menjadi 'mangsa keadaan' sebaliknya mampu mengawal situasi.

Perlu jelas matlamat bekerja di rumah
>>Mesti tahu dan jelas apa yang apa yang kita mahukan. Ramai orang yang memulakan bisnes tanpa tujuan yang jelas. Kerana itu ramai peniaga online mahupun offline yang kecundang di awal hari. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitmen kepada perniaagan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukkan sebahagian dari masa
baca lebih lanjut dalam ebook super wahm super mom


DAPATKAN EBOOK SUPER MOM,SUPER WAHM INI SEKARANG!

RM25 SAHAJA!

SILA KLIK BUTANG TEMPAHAN DI BAWAH UNTUK PENGHANTARAN SEGERA!




Pakej asas mula berkerja dari rumah merupakan pakej asas bacaan awal untuk bermula.

Pakej Ebook (Kursus Asas Blog,Super Wahm Super Mom dan Panduan Mula Bisnek Butik Online/Offline) 
RM110 sahaja






Pakej Ebook Belajar Asas Blog,Panduan Mula Bisnes Butik Offline/Online dan 101 Idea Home-Based Bisnes
Harga RM150
Sila klik butang tempahan di bawah untuk PENGHANTARAN SEGERA!


P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.
.........................

 Iklankan produk / servis anda : SOHO DIRECTORY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...