Blog Nur Balqis Qahira

✔Lifestyle ✔Part Time Dari Rumah ✔Work at Home Mom ✔Home Office

Memaparkan catatan dengan label Panduan Temuduga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan Temuduga. Papar semua catatan

Khamis, 6 Oktober 2016

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan

ANDA DIPANGGIL UNTUK SESI TEMUDUGA JAWATAN KERAJAAN?

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH LULUS DAN TERPILIH UNTUK MEMEGANG JAWATAN YANG DITAWARKAN BERBANDING CALON-CALON YANG LAIN?

Memperkenalkan Ebook “RahsiaTemuduga Kerja Kerajaan - Ketahui Tip-Tip Mudah Lulus Dalam Sesi Temuduga Kerja Kerajaan”?


Ebook ini adalah dalam bentuk file softcopy PDF yang ditulis berdasarkan segala ilmu dan pengalaman penulis dalam pengambilan pegawai-pegawai baru.Penulis telah ringkaskannya dan memudahkannya untuk tujuan pemahaman anda.

Puan Jud Jamil


Penulis ialah Puan Jud Jamil dan berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 7 tahun lalu.

Penulis terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong  serta kerap menjadi panel temuduga.

Selain daripada itu, penulis juga mempunyai kelulusan dalam Ijazah Pengurusan Sumber Manusia, Universiti Utara Malaysia .

Ringkasnya, dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada, penulis ingin MEMBANTU anda supaya lebih bersedia dan yakin semasa menghadiri temuduga kerja kerajaan.

Berikut adalah antara isi kandungan, manfaat serta kelebihan yang bakal anda perolehi melalui pembacaan ebook ini:

*Penjelasan terperinci tentang 11 rahsia berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.

*Pemahaman mengenai rahsia ini dapat membantu anda berasa yakin semasa menghadiri temu duga.

*Ketahui 9 kriteria calon temu duga yang dipilih dalam temu duga kerajaan. Kriteria ini akan dinilai sepanjang temu duga. Anda perlu bersedia dengan mengetahui kriteria-kriteria tersebut supaya anda dapat menonjolkan diri anda seperti yang dikehendaki oleh panel temu duga kerja kerajaan.

*Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan. Ada diantaranya yang selama ini anda tidak menyedarinya dan mengetahuinya bahawa ia adalah salah satu punca anda gagal temu duga yang pernah dihadiri sebelum ini. Ketahui persediaan-persediaan dan lakukannya seperti yang dipelajari dalam ebook ini.

*Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan. Teknik ini digunakan dalam temu duga kerja kerja kerajaan pada masakini.  Anda akan lebih bersedia untuk menjawab 4 perkara akan diuji dalam soalan-soalan temu duga yang mengunakan Teknik CBI ini.

*Pembongkaran 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.  Anda akan didedahkan tentang panduan yang perlu diikuti supaya anda lebih tenang dan yakin menghadapi sesi temu duga. Ketahui tip-tip mudah ini dan kemudian anda praktikannya. Anda PASTI layak dipilih dalam temu duga kerja kerajaan seperti mereka yang telah berjaya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

*Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan. Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting untuk anda ‘menawan’ mereka. Jika anda berjaya ‘menawan’ panel temu duga, peluang anda untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan adalah sangat tinggi.


*Pembongkaran 4 proses temu duga kerja kerajaan dalam bentuk grafik yang mudah difahami. Setiap proses mengandungi perkara-perkara penting yang dinilai oleh panel temu duga.

*Pengetahuan mengenai proses-proses ini akan meningkatkan keyakinan anda semasa menghadiri temu duga.


*20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga. Walau pun soalan-soalan tersebut popular, anda perlu mengetahui cara menjawabnya. Jawapan-jawapan anda sangat penting untuk menentukan kejayaan temu duga yang anda telah hadiri.

*115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin. Pengetahuan mengenai soalan-soalan tersebut serta latih tubi menjawabnya mampu menonjolkan kelebihan diri anda daripada calon-calon lain.Anda tampak berpengetahuan, bersungguh-sungguh dan berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Ini memberi BONUS kepada anda.

*6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.

*Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan. Walau pun sesuatu perkara itu dianggap mudah dan remeh, tetapi ia boleh mengurangkan markah temu duga anda.

*Dan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temu duga kerja kerajaan.

Tawaran BONUS TAMBAHAN untuk anda.

Dengan setiap pembelian ebook “Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah” ini dalam tempoh masa 24 jam daripada sekarang, anda turut akan mendapat bonus-bonus tambahan berikut:

BONUS #1 :72 Rahsia Menulis Resume Untuk Kerja Kerajaan



Setiap calon yang menghadiri temu duga kerajaan wajib membawa resume masing-masing. Dalam ebook ini, penulis kongsikan 72 rahsia yang boleh anda lakukan untuk menulis resume bagi memohon kerja kerajaan.

BONUS #2 :Pilihan 51 Templates Resume




 Kini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan contoh-contoh resume yang standard dan professional.

Terdapat 51 pilihan templates yang dapat membantu anda dengan mudah dan cepat untuk menyiapkan resume anda.


BONUS #3 :Tips Bergambar Pakaian Semasa Temu Duga Kerja Kerajaan




 Penulis himpunkan sebanyak 46 muka surat bergambar pakaian dan aksesori untuk lelaki dan wanita  yang boleh dipakai semasa temu duga kerajaan. INGAT! Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting.

Tunggu Apa Lagi? Jangan Bertangguh-Tangguh Lagi Untuk Terpilih Berkhidmat Dalam Sektor Awam .

P.S: Jangan biarkan diri anda berasa tidak yakin, gelisah dan gemuruh semasa menghadiri temu duga kerajaan. Anda perlu bertindak sekarang untuk melakukan persediaan dengan ikuti panduan langkah-demi-langkah ebook“Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah” ini!.

P.P.S: Ebook ““Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah”” ini telah ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam pengurusan sumber manusia di agensi kerajaan.

P.P.P.S: Dapatkan ebook ““Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah”berserta bonus-bonus tambahan ebook “72 Rahsia Menulis Resume Untuk Kerja Kerajaan”, ebook “Pilihan 51 Templates Resume” dan ebook “Tips Bergambar Pakaian Semasa Temu Duga Kerja Kerajaan” pada harga diskaun RM30 sahaja.

P.P.P.S: Ada kemungkinan besar harga ebook“Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah” akan dinaikkan kepada harga RM90 pada bila-bila masa! Cepat bertindak sekarang untuk menempahnya. Klik sini sekarang :Rahsia Lulus Temuduga (klik)

atau WhatsApp "Ebook Rahsia Temuduga RM30 ,Nama ,Emel & no.hp ke 010-7790237

 *ebook ini dihantar melalui emel ,bukan buku fizikal yang dipos ke alamat.
















Rabu, 16 Mac 2016

5 Punca Gagal Mendapat Pekerjaan Idaman

Di sini saya kongsikan punca-punca gagal mendapat pekerjaan idaman anda.

 1. Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.



2. Surat iringan permohonan menjelikkan. Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik. Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja. Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan. Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.

Good Luck!!

P.S : Layari rahsia resume kerja untuk mengetahui lebih banyak rahsia dalam sesebuah resume kerja!
        [+] Rahsia Resume Kerja -klik



Info berkaitan : Rahsia Resume Kerja 
                          Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan
                         Rahsia Bijak Temuduga 

Sabtu, 12 Mac 2016

15 Sebab Gagal Temuduga Kerja Kerajaan

Ada yang bakal menghadiri temuduga?
Jangan sia-siakan peluang anda.

(Info daripada TipsGraduan,klik SINI)

Jom semak 15 sebab gagal temuduga.

1. Imej kurang professional

Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.

Imej professional bukan bermakna anda harus memiliki pakaian yang mahal dan dijual di butik-butik termahal di pasaran. Ia sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu gah laksana pertunjukkan model.

Ingat, ini temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon perempuan. Kelihatan cantik amat perlu, cuma anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Anda mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.


2. Terlebih ramah dan santai

Anda berhadapan dengan saat gentar sebelum hadir ke temuduga dan sewaktu di tempat temuduga. Relak…itu sifat normal bagi seorang manusia yang normal. Fokus kepada perkara yang menghilangkan perasaan gentar anda.

Terdapat calon yang cuba hilang- kan gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.

Jika tidak, kekalkan tahap normal anda. Terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi anda. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Hilangkan rasa gentar sebelum temuduga dengan membaca, mendengar muzik, berdoa, berzikir dan lakukan senaman ringkas.

Relak..anda bukan dihukum. Anda hanya disoal.


3. Lagak gaya berlebihan

Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan diri anda.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.

Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan. Mereka professional, anda juga harus professional. Berlebih- lebihan tidak membantu anda.


4. Lambat dan tiada persediaan

Oh tidak…usah sesekali lambat di hari yang bermakna untuk kerjaya anda. Ini mencerminkan sikap anda dan pengurusan masa anda yang lemah.

Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan jika anda hadir menggunakan kenderaan sendiri.

Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.

Penyelesaian terbaik, bersedia lebih awal. Hadir ke kawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak membantu anda berjaya dalam temuduga.


5. Maklumat palsu dalam resume

Resume anda tanggungjawab anda. Pastikan maklumat dalam resume anda adalah tepat dan benar tentang diri anda. Jika tidak, ia seolah-olah meletakkan label palsu pada sesuatu produk.

Ada kemungkinan tinggi panel temuduga menyemak resume anda pada waktu temuduga berlangsung dan mereka dapat bertanya terus kepada anda tentang maklumat yang anda tulis dalam resume anda.

Penulisan resume yang palsu dan hebat dengan niat memancing ke temuduga satu persepsi yang kurang tepat kerana anda mungkin berjaya semasa pemilihan resume tetapi tidak pada temuduga sebenar. Jadi… awas!




6. Lupa sediakan maklumat penting

Pastikan anda tahu maklumat penting yang harus dibawa ke sesi temuduga nanti. Lupa adalah satu alasan. Dapatkan maklumat apa yang harus dibawa sebelum hadir ke temuduga dan bawa pada hari temuduga dalam keadaan kemas dan tersusun.


7. Terlalu pemalu dan kurang berinteraksi

Jika anda seorang yang pemalu tidak mengapa, tetapi elakkan daripada terlalu pemalu hinggakan anda menjadi terlalu kekok semasa sesi temuduga. Pekerjaan memerlukan kemahiran komunikasi. Rasa malu harus bertempat.

Malu yang terlampau malu akan mengurangkan sesi berinteraksi bersama panel temuduga. Walhal mereka memanggil anda ke temuduga untuk berkomunikasi dengan anda dan melihat bagaimana anda berkomunikasi untuk tujuan pekerjaan kelak.

Pastikan anda berbual dengan panel temuduga dan selesakan diri anda. Mereka berniat membantu anda dalam pekerjaan. Anda harus bersikap terbuka.

Panduan Temuduga Kerajaan,Soalan Temuduga Kerajaan,Jawatan Kosong Kerajaan



8. Tidak menjaga bahasa badan

Bahasa badan adalah satu lagi bentuk komunikasi. Jaga postur semasa anda duduk di atas kerusi. Jangan terlalu menyandar hinggakan anda nampak seperti mahu menonton televisyen.

Tunjukkan minat anda dengan maklumat yang disampaikan oleh panel temuduga. Ia adalah maklumat penting untuk anda. Jika anda bosan, elakkan daripada menampakkan diri anda bosan kerana itu mencerminkan sikap anda.

Mereka tidak memberitahu anda jika maklumat itu tidak penting. Jadi, fokus dan jaga gaya bahasa badan anda.


6. Bertanya “gaji saya berapa?”

Bertanya tidak salah. Namun bertanya soal gaji sebelum panel temuduga menyentuh soal gaji merupakan satu kesilapan besar. Gaji berbeza-beza mengikut syarikat dan sektor.

Bagi sektor kerajaan, ada tangga gaji yang perlu diikuti. Bagi sektor swasta, gaji adalah pelbagai dan mengikut aktiviti bisnes yang mereka jalankan. Jika ini adalah panggilan pertama anda untuk temuduga selepas tamat belajar, soal gaji menjadi isu sensitif kepada pihak anda dan pihak syarikat.
Satu, anda tiada pengalaman bekerja sebelum ini. Kedua, pihak syarikat tidak tahu sejauh mana potensi anda dalam menjalankan dengan baik.

Oleh itu, bertanya mereka apabila mereka menyentuh soal gaji sahaja. Jika anda berpengalaman, bertanya soal gaji adalah satu kebiasaan kerana anda mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran yang telah dibina sewaktu pekerjaan sebelum ini.


7. Merayu dan berlakon drama sedih

Usah merayu dalam sesi temuduga. Merayu dengan niat anda diterima bekerja dan menimbulkan perasaan kasihan, ia kurang berhasil. Ia menandakan anda amat terdesak dengan pekerjaan.

Yakin dengan rezeki anda. Jika disitu bukan tempat anda, itu bermakna tempat anda adalah terbaik di syarikat lain. Berlakon drama sedih dalam sesi temuduga juga membuatkan panel temuduga menjadi rimas. Dan mungkin sesi temuduga anda bakal berakhir dengan lebih awal.


8. Tidak mampu membuat keputusan sendiri

Soalan yang ditanya mungkin pelbagai. Soalan panel temuduga juga meminta anda membuat keputusan dalam masa yang singkat. Anda perlu yakin dengan jawapan anda.

Menangguh jawapan supaya anda boleh bertanya kepada pihak lain menandakan anda masih belum mampu membuat keputusan sendiri.

Ada masanya anda perlu merujuk kepada seseorang yang lebih tinggi pengetahuannya. Dalam situasi temuduga, jika ia memerlukan pengetahuan yang lebih tinggi sesuai untuk menangguhkan jawapan. Di sini ia menandakan anda bijak mengurus sumber maklumat. Berlaku bijak dalam mebuat keputusan anda.


9. Tiada lesen kenderaan

Tiada lesen kenderaan juga boleh buatkan calon gagal dalam sesi temuduga. Terdapat kerja yang memerlukan calon bekerja di luar pejabat untuk bertemu pelanggan. Tidak mengapa jika tiada kenderaan. Bagi sesetengah syarikat anda disediakan kenderaan untuk urusan rasmi.

Namun ia bergantung kepada jenis jawatan yang anda mohon. Tetapi untuk lebih selamat usahakan dapat lesen kenderaan atau pilih jawatan lain yang tidak memerlukan lesen kenderaan sebagai syarat penting.


10. Diam berbahasa inggeris

Ini yang banyak menjadi mimpi ngeri calon temuduga. Bagi yang mahir dalam berbahasa Inggeris, itu kelebihan bagi anda. Bagi yang jarang-jarang menggunakan bahasa Inggeris, sesi temuduga merupakan satu sesi yang amat digeruni.

Dalam sesi temuduga, temuduga boleh berlangsung dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Ia terpulang kepada panel temuduga menyoal anda mengikut kehendak yang syarikat mahukan. Jika ia berlangsung dalam bahasa Melayu, ia adalah bonus bagi anda.

Jika ia dalam bahasa Inggeris, usah diamkan diri. Terus atur ayat sebagaimana yang anda boleh jawab. Mendiamkan diri menandakan anda tidak minat dan tidak menampakkan usaha anda.


11. Banyak ‘kemungkinan’

Menjadi kebiasaan panel temuduga menyoal anda tentang soalan penyelesaian masalah yang melibatkan jawatan yang anda mohon. Apabila menjawab, elakkan daripada bercakap “Mungkin saya akan buat begini dan begini….”

Ayat kemungkinan adalah ayat menandakan tahap keyakinan diri anda. Terlalu banyak kemungkinan dalam jawapan memungkinkan juga anda diterima untuk menjawat jawatan tersebut.

Jawab dengan yakin dan matang. Anda ingin bekerja, bukan menjawab soalan di kertas peperiksaan. Tiada jawapan betul atau salah, mereka cuma ingin melihat kreativiti anda dalam menguruskan situasi yang berlaku.


12. Tidak mengkaji syarikat / jawatan

Anda ingin bekerja di syarikat yang anda mohon, anda seharusnya peka kepada bisnes syarikat berkenaan. Calon yang tidak membuat persediaan menyemak maklumat syarikat di halaman web bakal menemui jalan buntu apabila panel temuduga bertanya tentang “Apa pandangan anda tentang syarikat kami…”

Bagi jawatan kerajaan, anda berkhidmat dengan kerajaan. Apa yang harus anda peka adalah berkenaan jawatan. Calon yang tidak mengetahui maklumat tentang jawatan yang mereka mohon menunjukkan mereka tidak berusaha dengan cukup.

Ambil masa mengkaji syarikat dan jawatan terlebih dahulu sebelum hadir ke temuduga. Jika tidak, temuduga anda menjadi satu temuduga yang sia-sia sahaja.


13. Menggunakan bahasa pasar

Bahasa pasar adalah bahasa yang tidak formal. Ia digunakan dalam perbualan harian anda bersama rakan baik anda dan kenalan yang lain. Sesi temuduga meminta anda menggunakan bahasa yang formal dan teratur.

Mengambil mudah dalam soal bahasa ini memungkinkan anda diterima bekerja kerana ia memberi persepsi yang kurang baik kepada panel temuduga. Ingat, mereka yang menemuduga anda adalah orang yang berpengalaman dan lebih tinggi pengetahuan mereka daripada anda.

Oleh itu, gunakan bahasa yang lebih formal untuk menghormati mereka dan menghargai mereka sebagai orang yang berpengalaman.


Bonus : hargai panel temuduga

Manusia suka dihargai. Anda juga begitu. Oleh itu, selepas tamat temuduga berikan penghargaan kepada mereka dalam bentuk pujian atau mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa menemuduga anda. Bukannya terus beralih dan terus beredar.

Dapatkan nama dan emel panel temuduga untuk anda menulis emel ringkas untuk ucapan terima kasih anda sekali lagi selepas pulang ke rumah. Ia nampak biasa, tetapi kesannya diluar jangkaan anda.

Jika dalam perniagaan ia dinamakan ‘After Sale Service’.


14. Terlalu ‘demand’

Terlalu ‘demand’ semasa temuduga juga boleh membuatkan anda gagal lebih awal. ‘Demand’ bermaksud anda meminta pihak syarikat sediakan rumah, kenderaan dan pelbagai kelengkapan lain untuk anda.

Tidak salah untuk ‘demand’ jika anda sememangnya seorang yang menjadi rebutan dipasaran. Tetapi jika ia adalah temuduga anda untuk melompat kerja ke tempat kerja baru, elakkan dari terlalu meminta-minta.

‘Demand’ bagi pihak syarikat adalah satu bentuk pelaburan mereka kepada anda. Bagaimana mereka boleh laburkan banyak kemudahan untuk anda sedangkan anda belum menunjukkan prestasi yang baik lagi kepada mereka?


15. Terlalu berpolitik

Adakalanya panel temuduga menguji anda dengan fahaman politik. Mereka ingin melihat pendapat anda tentang hal-hal dunia luar. Namun, anda harus berhati-hati dalam memberikan pendapat anda supaya tidak menampakkan anda menyebelahi sesiapa. Atau dalam erti kata lain anda terlalu fanatik kepada sesuatu parti.

Jawab secara ‘general’. Berpolitik bukan tempatnya di dalam bilik temuduga. Panel temuduga menyoal anda dengan niat untuk melihat sejauh mana kefahaman dan keseriusan anda dalam politik negara.

Bersederhanalah. Usah kerana politik anda tidak diterima kerja.

Banyak lagi tip-tip rahsia yang anda boleh gunakan. Anda boleh dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan di SINI(klik).


Jumaat, 16 Oktober 2015

Panduan Dan Rujukan Peperiksaan Online Calon Jawatan Penolong Akauntan W27


Rujukan Serta Contoh Soalan Peperiksaan ONLINE Calon Jawatan Penolong Akauntan W27.

Format ambilan kerajaan berubah lagi kali ini. Ia akan dilangsungkan secara online
dan hanya mengambil masa tak sampai 3 jam!

Ada 3 Seksyen tapi yang paling mengejutkan untuk seksyen C ,anda diberikan masa 9 SAAT SAHAJA untuk jawab 1 soalan...

Oiii! 9 Saat ja. Hadoi!

Tak nak komen. Tapi anda boleh dapatkan rujukan untuk bantu anda
di sini;

[+] Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Ini memang cara nak singkirkan  calon yang sangat ramai. Hanya
mereka (ANDA!) yang serius dan berusaha keras inshaAllah berjaya

Anda serius nak masuk kerja kerajaan?
Rujukan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27,Panduan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27,Tips Peperiksaan,Tips Lulus Peperiksaan,Tips Temuduga,Info Kerjaya,Tips Graduan


Tim Infokerjaya telah mengeluarkan Rujukan Untuk Peperiksaan ONLINE untuk jawatan Penolong Akauntan W27 dengan kerjasama Tips Graduan.

Disediakan nota ringkas untuk rujukan segera calon peperiksaan. Contoh soalan, penerangan dan pecahan format diberikan untuk bantu calon buat persediaan yang terbaik untuk peperiksaan mereka.

Tawaran ini dibuka selama 3 hari iaitu bermula hari ini,16 Oktober 2015 sehingga 19 Oktober 2015.





Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Untuk info lanjut dan akses pakej rujukan ini,sila klik pada pautan di bawah.


Pakej ini dibuka sehingga 19 Oktober 2015.

Jangan Ketinggalan.

Jadi,BERTINDAK SEKARANG!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...