Ahad, 25 Disember 2016

Cara Mencarum KWSP(EPF) Melalui Maybank2u


Teks : Nur Balqis Qahira

Bekerja sendiri termasuk suri rumah juga boleh mencarum KWSP.Baca di SINI (klik)

Alhamdulillah,syukur sangat hidup di zaman IT ni segala urusan penting boleh dilakukan di hujung jari.

Tak perlu bersusah-payah nak keluar heret anak-anak kecik untuk mencarum KWSP.

Semudah 123 membawang di hujung jari,hanya klik-klik skrin smartphone,tablet atau laptop,dah siap.Tak sampai 5 minit pun.

Sangat menjimatkan masa,tenaga dan minyak serta selamat kena cukai oleh anak-anak.

Rugi sangat kalau takde online banking terutama Maybank2u.



Cara Mencarum KWSP(EPF) Sendiri Melalui Maybank2u.

Mula-mula, Register No.KWSP terlebih dahulu di akaun Maybank2u korang.

1.Login Maybank2u macam biasa.

2.Klik pada "Investment"

Cara Mencarum KWSP(EPF) Melalui Maybank2u,Suri Rumah Juga Boleh Mencarum KWSP,Cara Mencarum KWSP Sendiri,Cara Mencarum KWSP Online



3.Klik "EPF"

Cara Mencarum KWSP Sendiri,Cara Mencarum KWSP Online,Suri Rumah Juga Boleh Mencarum KWSP


4.Klik "Add"

Cara Mencarum KWSP Online,Cara Mencarum KWSP Sendiri,Suri Rumah Juga Boleh Mencarum KWSP


5.Masukkan No.keahlian KWSP korang,No.IC dan Nama Penuh .Sila semak betul-betul details tersebut ye.

Cara Mencarum KWSP Sendiri,Cara Mencarum KWSP Online,Suri Rumah Juga Boleh Mencarum KWSP


Kemudian,klik "Continue".

6.Request "Tac Number ".Masukkan Tac Number macam biasa.

7.Klik "Confirm"


Cara Menambah Simpanan KWSP/ EPF

1.Login Maybank2u,Klik bahagian "INVESTMENT" dan "EPF"

Cara Mencarum KWSP Online,Cara Mencarum KWSP Sendiri ,Bekerja Sendiri Juga Boleh Mencarum KWSP

Cara Mencarum KWSP Online,Bekerja Sendiri Juga Boleh Mencarum KWSP/EPF



2.Klik bahagian "EPF REGISTERED PAYMENT"



3. Klik "EPF Amount Type"



*Pilih "1M Contribution"jika korang mendaftar Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia

*Pilih " Self Contribution" jika korang mendaftar Caruman Pilihan Sendiri.

(Ala,yang korang daftar kat pejabat KWSP tu,kalau belum,baca SINI)

4. Klik "Continue"

5. Masukkan jumlah simpanan yang hendak di masukkan ke akaun KWSP korang.



6.Klik "Continue" dan "Confirm"


Selesai.

Jangan lupa logout Maybank2u.

PENTING :Sila screenshots resit dan simpan untuk rujukan atau korang catit jer Reference No,Jumlah Caruman,Masa dan Tarikh caruman.Jika ada apa-apa masalah,korang boleh rujuk details tersebut.

Caruman melalui online banking akan dimasukkan ke Akaun KWSP korang dalam masa 3 hari bekerja.

Korang boleh semak transaksi caruman dan penyata KWSP melalui i-akaun di website rasmi KWSP bila-bila masa.

Selamat Mencarum 😊

Ps: Korang berminat untuk menjadi youtuber?

Jana pendapatan dalam USD melalui youtube.

Byngkn ni video dari channel anda 😍



Cuba darab dgn 4.3?Jadi berapa RM?🤗

Tu kalau 1 video,kalau berpuluh-puluh,beratus-ratus,beribu-ribu video?

Nak mula sesuatu kena ada ilmu,setuju tak?hehe
Ilmu ttg YouTube ? 


Click : EBOOK JOM JADI YOUTUBER

Boleh dapatkan EBOOK PANDUAN JOM JADI YOUTUBER.


Ebook ini ditulis oleh seorang peguam,penyanyi,ahli silap mata,motivator,penulis buku,penyusun muzik dan juga seorang youtuber iaitu AMAR.

UNTUK MENDAPATKAN EBOOK NI,SILA KLIK SINI

 atau boleh juga whatsapp saya ,
klik link ni utk whatsapp(NAK Ebook Jom Jadi Youtuber)





33 ulasan:

  1. hi, nak tanya..dari mana dpt no. from account tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula sis.. Saya pun tak dapat no. From acc tu.
      Macam mana eh?

      Padam
    2. Boleh tengok dekat statement. Ada no akaun

      Padam
  2. nom account tue kena isi nom account mybank2u kita ker

    BalasPadam
  3. No.account yg mana yer?utk mencarum sendiri melalui maybank2u,kena dftar skim simpanan i-saraan(dulu skim simpanan 1M) atau caruman pilihan sendiri di kaunter kwsp terlebih dahulu..bila dah dftar,baru boleh buat caruman sendiri.Nama Penuh,ic no & no.epf je yg perlu diisi dalam maybank2u.

    BalasPadam
  4. salam....kalau utk isuri plih self contribution ke 1m contribution???

    BalasPadam
  5. Klu kita kj swasta yg ad epf tapi nk tambahkn lagi caruman mcm ni boleh kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut fahaman saya,caruman sendiri hanya untuk yang bekerja sendiri (yang tiada slip gaji dan tiada caruman kwsp yg tetap).kalau bekerja di syarikat swasta & pihak majikan membuat caruman yg tetap setiap bulan tak boleh..boleh double check di website KWSP untuk caruman pilihan sendiri

      Padam
    2. Salam sis, tapi saya kerja swasta dan ada potongan kwsp. Dan bulan lepas saya carumkan diri sendri melalui maybank2u. Dan duit masuk ke akaun kwsp. Jd macam mana tu ye? Sbb saya baca kat atas puan ckp kalau dah ada potongan tak boleh carum diri sendiri

      Padam
    3. wahh.. nak tanya..yang dah ada caruman kwsp dr majikan tapi tambah carum sendiri bulan2 ni untuk apa ye? ada duit lebih atau mcm mana? mohon penjelasan Eli5

      Padam
  6. Salam sis, kalau kerja swasta tapi tak ada potongan epf boleh kan buat caruman sendiri? Saya dah ada akaun epf..so boleh terus transfer guna maybank2u tanpa isi apa2 borang kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,kena isi borang utk daftar caruman pilihan sendiri atau i-saraan (dulu dikenali sebagai skim simpanan 1Malaysia) di kaunter KWSP dulu sis.

      Padam
    2. saya dah call kwsp dan tanya. mereka kata boleh terus transfer guna m2u. pilih self contribution.

      Padam
  7. Hai sis , maknanya sblm carum guna maybank2u kena pergi pejabat kwsp dan isi borang kat sana dulu ke untuk caruman sendiri .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai sis..ya betul sis..isi borang pendaftaran i-saraan di kaunter KWSP,dh settle,bila2 masa boleh buat caruman sendiri dari maybank2u

      Padam
  8. thank u dear... worked out well!

    BalasPadam
  9. Hai sis... berapa amount yg sepatutnya boleh kita carum.. ikut suka ke atau pihak kwsp yg tetapkn amount tu...

    BalasPadam
  10. saya baru saja try. sya ada caruman majikan tapi sya tdi terbuat caruman sendiri bayaran tu sya semak tak kluar pun mcmna ya puan?

    BalasPadam
  11. Salam sis. Nk tnyaa , kalau buad caruman i-saraan , dapat pelepasan cukai maksimum berapa yee . Sbb sye cadang sebulan nak masokkan 1k ke kwsp , tapi takot LHDN kacau

    BalasPadam
  12. As salam..nk register no kwsp kat maybank2u mcamane ye..

    BalasPadam
  13. Klu pki bank lain xleh ke

    BalasPadam
  14. Affin bank online boleh ke

    BalasPadam
  15. sis carum tu anytime kite nak buat ke auto tolak buln2?

    BalasPadam
  16. Salam sis..kalau macam kita kerja under company... And biasanya everymonth company yang akan masukan ...kalau kita nak tambah sendiri boleh x ?

    BalasPadam
  17. Xda Maybank tu Ada bank Islam je

    BalasPadam
  18. saya ada buat caruman sendiri sudah ikut step by step tapi kan belum masuk . .kena pergi dekat pejabat kwsp jugak ke?

    BalasPadam
  19. hi sis .. sye dah buat by step yg sis ajar to.. tapi bile sye tengok dalam sistem kwsp duit to masih belum masok lagi..
    atau kene pergi ke kiosk kwsp untuk semak amount to masuk atau tidak ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai sis..amek masa dlm 2-3 hari bekerja sis,baru masuk dlm akaun kwsp.nanti lepas 3 hari,check semula.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...